Thursday, February 10, 2011

Ahmadi Ada Kerusi

Bismillah,

Entry takde motif. Nejad tidak sihat dan kalau dia tak sihat, saya pun tumpang tak sihat jugak :P. Kesian tgk org comel tak sihat...rasa nak tepuk2 suruh tidur je. Dia sakit kepala...agaknya smlm blk lewat sbb pegi beli dedak. Sudahlah balik lewat, bagi makan arnab pulak lagi. Dah masuk dalam rumah cium Ahmadi dah ada bau u'uk pulak. Umi dia kalau dah lena maka hidung pun tak berfungsi dah. Kena lak gi basuh.

Pagi2 sebelum umi bangun untuk sediakan sarapan anak ke sekolah, Uwaiys dah kejut awal2 lagi abah dia mintak susu. Kalau dia mintak kat abah, memang abahlah yang kena buat. Semua nak dengan abah, mandi dengan abah, pergi sekolah dengan abah...pendek kata semualah. Smlm sblm lena, dia boleh bukak pintu cari abah kat luar rumah padahal abah takde pun kat depan sbb dia takleh tidur kalau abah tak tidur sblh dia.

Lepas je hantar Asmaa' ke sekolah dia dah flat. Kalau tak kul 820 hantar Usamah dengan Uwaiys pulak. Tapi dah jalan pun melelong je, umilah yang gi hantar. Belum keluar pun jalan besar depan rumah ni abah dah tepon, "Lambat lagi ke?? Abah pening ni??" Waaa...maka terbintatlah nafsu nak ke pasar tani pagi ni. Tapi lepas je balik dari hantar anak berdua tu, saya balik tidokan Ahmadi dan keluar sambil jengkek2 kaki ke pasar tani.

Ntah ape motif haa buat report panjang berjela ni?? Takpelah...saje ni nk tunjuk kerusi Ahmadi yang abah diorang beli kat kedai bundle. Harga hanya RM 20. Tapi puas hati lah guna... kiranya kalau dia nangis2, bukak CD dan letak dia dalam kerusi tu.

Ni waktu tgk SPIRIT

Kerusi ni tinggi....macam kat restoran tu lah

Saya untung tau kecik2 lagi boleh tgk mcm2 VCD..kakak dengan abang saya dulu orang lain jaga time umi pergi kerja....

Dah nama pun takde motif, makanya jgn carilah isi penting dr entry ini..kekekeke


Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

2 comments:

  1. sikecik akak pun ada gak kerusi camtu, redeem kat anakku, cute siap ada kartun

    ReplyDelete
  2. macam kerusi ikea ek...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!