Thursday, October 23, 2008

Bersangka Baiklah


Bismillah,

Alam rumahtangga memang bukan sentiasa je yang manis2. Kadang2 ada masa pasangan kita akan merasa syak wasangka dengan kita. Pada masa lain kita pulak syak yang bukan2 pada dia. Syak wasangka atau buruk sangka ni ada baiknya diperjelaskan lagi dengan berterus terang dan telus dalam perbincangan.

Saya ingin membawa semua yang membaca ke suatu cerita yang membawa kisah buruk sangka yang kecil. Anda sendiri nanti yang akan membayangkan bagaimana pula jika buruk sangka yang besar dan tidak diperjelaskan dengan baik ya?

Suatu pagi Tipah bangun pagi seawal 5 pagi. Ahaks..nampak je bangun awal sebenarnya semalam dia tak solat Isya sblm tertidur. Katanya dia ingat nak bangun semula sebab nak tolong suaminya picitkan badan dengan minyak sakit urat yang suami dia beli kat pasar pagi tadi. Kalau tak ditidurkan anak2 dulu, takut nanti anak2 tu mengacau pulak.

Nak jadi cerita, pada hari tu pulak dia buatkan penyata akaun lah, penyata untung rugi lah, kunci kira2 lah utk suami tercinta mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan. Memang kerja ni biasa tapi ye lah kalau bukan akauntan yang buat, memang tepu kepala hotaknya. Jadi dah dapat lena maka terlebih lenalah pula..alhamdulillah juga jam dikunci jam lima. Maka Tipah solatlah Isya di hujung2 waktu.

Selepas berdoa, Tipah nampak kain selonggok di tempat dia solat dan dia mula mengemas2 kain yang melonggok tu. Bila dah terdengar azan dia pun bangun dan kejutkan suaminya. "Abg, bangun lers, ni ha ada orang nak beli nasi lemak." Tipah cuba nak buat lawak kekunun nak bg suaminya terjaga dan hilang mengantuknya. Ye lah, smlm bila segala akaun makaun tu siap dan dibawa ke PUNB, kata mereka ish kat tpt ni dah banyak kedai plastik. Kang kami bagi modal, bisnes takleh jalan lak kang.

Tipah cuba jugalah bersabar dengan apa kata PUNB. Manakan tak, dia dah sampai beku otak buat kertas kerja tu alih2 lagu tu pulak. Tapi PUNB mencadangkan agar bukak kedai lain dan kedai makan juga mempunyai prospek yang bagus memandangkan orang ni tiap2 ari keje nye melantak aje. Nampaknya Tipah pun tak kisah asal sahaja suaminya dapat menjalankan perniagaan yang diminatinya, Tipah akan tetap memberi sokongan.

Selepas solat Subuh, Tipah pun cuba2 ajak2 berbincang. Kalau nak buka kedai makan, kita kena beli periuk la ek kan? Wahh...ada can lah nak gi Bukit Kayu Itam. Tapi nampak macam mata suaminya separuh buka, separuh pejam. Tipah rasa laki dia letih maka dia pun kensel amik pen dgn kertas yang tadi dia nak gunakan utk lakar kertas kerja baru.

Tiba2 anak no 6 diorg bangun dan mula2 OK. Tetiba pulok, dah dalam 10 minit jaga, dia nangis guling2 atas ayahnya. Tipah rasa elok jugak kot kalau anak dia guling2 macam tu biar ayah dia terjaga. Sekali ayah dia sound pulak, "Buat la susu, asyik nak kene suruh je," Hadoih, dok tgh menjahit ketiak baju yang koyak ni memang Tipah maleh bebeno nak bangun.

Sebab kalau dia bangun, percayalah yang dia takkan duduk semula untuk menjahit ketiak baju tu. Tapi dek suara keras suami mengarah, dia bangunlah jugak. Lepas bancuh susu, dia nampak anak no 4 terjaga tapi anak no 4 ni cool aje. "Andak, tolong bagi susu ni pada Acik," Sementelah Tipah dah nampak pinggan mangkuk yang dibasuh semalam masih dok kat tempat pengering belum diletak ke rak pinggan.

Maka bermulalah bunyi pinggan berlaga. Hakikatnya Tipah buat kerja macam biasa. Dia menyusun pinggan tetapi agaknya suaminya rasa terganggu Tipah sekali lagi disound. Aiyyah...Kebetulan masa kene sound tu satu cawan dalam rak tu terjatuh ke bawah. Wah..ini dah bunyi macam melawan. Tipah jamin aritu mesti jadi hari untuk bergaduh mereka.

Disebabkan Tipah dah kene sound, mood Tipah menjunam dan makanya hari tu punya saham akan merudum serta merta. Tapi Tipah malas nak amik port. Dia kejutkan semua anaknya. Kalau boleh dia tak mau rumah dia senyap sunyi tido sedangkan dia susah buat kerja senyap2. Jadi, dia kejutkan semuanya bagi bangun. He he...biarlah ayah diorang tido, kurang2 anak2 tak terganggu tidurnya sebab Tipah dah bangunkan siap2.

Tipah pun mula masak nasi, mula panaskan lauk smlm yang masih berbaki. Kemudian dia ajak anak2 nya duduk tengok dia lenyek pisang. Saje takmo kasi anak2 dia bising kat area ayah diorg tido. Dah habis tu, dia mandikan anak2 yang tak pandai mandi sendiri. Yang nak ke sekolah dia suruh ke sekolah dan yang nak ke nurseri, dia akan hantarkan masa nak gi keje jap gi.

Well, cerita tu saje saya tulis begitu dan hendaknya ada yang menghayati ha ha...cuma saya nak petik sedikit. Andai saja Tipah tidak bertanya kenapa suami dia lembik je aritu, mungkin dia akan anggap pemalas betul laki aku tanak bangun pun tolong aku. Balik2 aku jugak nak kene siapkan semua kerja.

Sebenarnya kerja Tipah bukan banyak tapi dia rasa banyak sebab dia serabut. Dia serabut tengok suami dia tidur pagi. Kalau dia tidur sama2 mungkin lah dia tak serabut tapi kang akhirnya mesti serabut jugak bila perut takde benda nak di isi. Di sebalik ni mungkin Tipah terlupa, suami dia minta diurut mungkin sebab dia lenguh sangat.

Yang suami pun sebab tak beritahu badannya kurang sihat, telah menyebabkan cik Tipah kita sedikit hot. Kalau diberitahu, mungkinlah Tipah ada kaedah lain untuk mengatur kerja dihari itu. Sekarang yang penting adalah beritahu.

Mungkin anda terfikir semula. Takkan benda sekecil itu pun nak kene cakap. Sebagai contoh anak yang nak susu tadi. Kalau Tipah fikir anak dia lapar, dia mungkin akan bangun bancuh susu, tapi dia pegi fikir anak dia nak suruh ayah dia bangun sebab nak main. Dia berfikir, tapi fikirannya lain pada fikiran suami.

Anda boleh marah pasangan anda namun anda sangat digalakkan untuk bersangka baik. Ini hanya sekecil2 hal di dalam rumah. Bagaimana dengan hal yang melibatkan rakan sekerjalah...yang melibatkan klien lah. Macam2 benda yang menjadikan rumahtangga sedikit bergegar.

Jika tiada kekuatan untuk berterus terang dengan mulut, sampaikanlah dengan mesej. Buatlah apa2 cara pun asal selesai masalahnya. Kerana halyang kecil sllnya menjadi ungkitan yang melampau jika api pergaduhan menjadi marak. Semoga adalah sedikit yang dapat anda fikirkan di sini.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!