Saturday, October 04, 2008

Raya Yang Tidak Raya


Bismillah,

Saya juga seperti yang lain. Kali ini saya dilanda duka dan kebetulan pula, duka ini datang ketika yang lain bergembira menyambut hari raya. Alhamdulillah mujur juga saya rasakan kerana mungkin saya ini jenis 'malas nak letak masalah dalam kepala'. Maka hari raya kali ini masih juga saya rasakan.

Buat suami ku nan tercinta, ku pohon kemaafan setulusnya atas salah silap yang telah kulakukan. Andai kedapatan salah ku, maka ku harap engkaulah yang akan meluruskan. Andai terlihat turunnya semangatku maka ku harap engkaulah yang akan mengujakan. Jika aku di dalam duka, biar tanpa ku pinta selalu engkau meredakan. Terima kasih yang tidak terhingga buat mu sayang.

Buat anakanda2 ku, umi memohon keampunan andai umi tidak seperti yang anak2 harapkan. Ada masa umi marah, ada masa umi cubit, ada masa umi menengking tapi ketahuilah itu semua tidak menunjukkan kebencian. Tetapi itulah dia kasih sayang umi buat kalian. Satu hari bila tikanya sudah tiba, akan umi terangkan semula kerana apa semua ini umi lakukan.

Buat keluarga2 ku, terima kasih kerana menyokong dan membantu ku. Biar terasa ada yang mahu menjatuhkan tetapi ketahuilah, aku hanya merasakan kejatuhan itu hanya sementara kerana selepasnya akan aku bangkit untuk memusnahkan angan2 jahat itu. Tapi jangan bimbang kerana biasanya aku mudah memaafkan cuma kadangkala sahaja aku sukar melupakan.

Buat teman, rakan dan taulan. Maafkan aku terutama kepada mereka yang mengirim salam hari raya. Aku masih mengingati kalian cuma respon kali ini adalah respon budget. Banyak keperluan lain yang terpaksa ku penuhkan. Namun kalian masih dalam doaku. Moga semua dalam kerahmatan selalu.

Buat mereka yang merasakan telah membuatkan 'Raya ku tidak seperti raya' :) . Aku pasti ingat detik ini. Kerana detik ini tidak lain dari mendewasakan aku. Kesempitan yang telah diberikan ini akan menghimpit aku untuk berfikir sebelum berjumpa jalan penyelesaian nanti insya ALLAH. Dan kudoakan moga jalan aku diluruskan ke jalan Nya. Apa laku ku, dan apa laku mu, semuanya akan mendapat pembalasan. Semoga kita sama2 bertemu cahayaNya sebelum dipanggil kembali kepadaNya. Semoga kita sentiasa ada kesempatan.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!