Friday, August 05, 2011

Kekal Fokus Bila Idea Mengganggu

Bismillah,



Kadang-kadang, bila tengah fokus buat kerja kaw-kaw... ada idea baru tiba-tiba datang. Agak-agak, idea ni akan jadi gangguan ke tak??

Contohnya, tengah pulun dok tulis satu entry, tiba-tiba nak tulis entry yang lain pulak. Kalau tak pandai manage, alamatnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Selalu terjadi kepada saya. Kadang-kadang tengah tengok TV, terasa nak menaip. Tengah dok buat cross-stitch tiba2 terasa nak jahit felt pulak.

Sebab itu, di dalam blogger.com, ada fungsi draf. Jika anda sedang menulis satu perkara, alih-alih ada idea lain menjelma. Buat sedikit draf dahulu. Jangan berhenti dari menghabiskan entry yang sedang anda buat.

Dalam kehidupan pula, jika ada perkara yang hendak dilakukan terlintas di dalam fikiran sekiranya sedang melakukan kerja lain, tuliskan. Tidak kiralah atas satu kertas kah (jika kertas, pastikan ia ditampal di dinding), atau pada whiteboard (best recommended) atau pasang alarm pada handphone.

Jangan alih kepada pekerjaan lain selagi apa yang sedang kita lakukan itu tidak selesai. Adalah dibimbangi sekiranya konon-konon nak buat idea yang melintas tu, kita terlepas fokus untuk menyelesaikan perkara lain. Ini adalah kerana KEKAL FOKUS adalah sangat penting.

PS: Even small butterflies ("Oh, this will just take two minutes") are dangerous when your goal is to stay focused.


3 comments:

  1. idea akak selalu datang masa tgh memandu.. masa tu berkobar2 nak cepat sampai sebab nak menulih. Tapi bila dah hadap laptop, rasa macam tak sedap ler pulak nak cerita kat blog.

    ReplyDelete
  2. hehehe...saya sll mcm tu...buat draf lps tu bila time nk cerita tiba, rasa tak patut plak nk tulis :P

    ReplyDelete
  3. kakyong pun melambak n3 dlm draft yg x langsung disiapkan.. atas sbb yg x best tu la.. tetiba rasa mcm x sesuai utk di sharekan.. riso apa pulak org kata dsb...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!