Monday, July 05, 2010

Ralat Klinik Cas Mahal

Bismillah,

Saya sebenarnya berbolak balik juga nak tulis hal ni apatah lagi kalau kesannya akan menyebabkan pihak2 tertentu jatuh sahamnya. Macam yang saya bgtau semalam saya terkena UTI. Apa dia UTI tu?? Rujuklah link ni, tak larat nak cerita panjang2... Link tu blog saya juga :P Blog copy paste aje..

Saya rasa tak terganggu sangat dengan jangkitan kali ni dan saya ajak suami saya ke klinik. Klinik yang biasa saya kunjungi di P.Putih ni tutup hari Ahad maka terpaksalah saya serah diri kepada klinik yang lain. Kalau macam di P.Buntar dulu saya sebut nama kliniknya supaya yang membaca boleh pergi dan turut berpuas hati.

Tapi, kali ni saya tak maulah bagitau klinik yang mana. Mula2 saya masuk saja, doktor tu tak bertanya apa2 soalan pun. Not even a word okeh.. Waa...dia assume saya akan masuk dan bgtau terus saya sakit apa. Saya pulak, takmolah tunjuk lagak sangat dengan cakap, "Doktor, saya kene UTI," jadi saya kata, "Doktor, rasanya saya terkena kencing kotor."

Kemudian dia tanya, "Dah pernah kena?"
Saya jawab, "Sebelum ni semasa mengandung pernah kena."

Lepas tu dia berleter dengan leteran yang tak jelas langsung bunyinya. Seolah2 seperti dia kemam sesuatu dalam mulutnya. Saya kata leter itu adalah kerana antara perkataan yang saya dengar adalah, "Kenapa tak jaga kalau dah tau pernah kena, cara dia senang aje, banyak minum air....bla bla bla"

Dia ambil BP, kemudian dia suruh saya baring atas katil. Huh...cuak jugak seblom ni kalau kene infection ni tak dela pulak kena baring atas katil. Rupanya dia nak tekan sikit di bahagian abdomen saya (mungkin nak cek atau rasa buah pinggang). Kemudian dia simpulkan BP saya low (90/60) dan saya mungkin pening2 akibat dari UTI ni.

Tapi saya bgtau dia, itu BP yang biasa buat saya dan alhamdulillah, selama ni takdelah pulak saya pernah sampai nak pengsan dengan BP yang low ni. Saya terasa nak buka mulut untuk beritahu bahawa saya tak mintak infection ni tapi saya memilih untuk diam, amik ubat dan lepas ni berdoa supaya saya tidak sakit hari Ahad lagi.

Bila tiba part bayar, memang terperanjat dengan kos seolah2 macam dok kat KL. RM 40 okeh... Saya pergi dekat Klinik Jammy Suzana yang 'pakar' pun taklah cas saya semahal itu even saya scan kandungan sekali dengan amik ubat. Kalau mahal2 macam Klinik Dr Ho di P.Buntar tu pun sllnya saya puas hati dengan layanan doktor yang jawab apa aje soalan dan penerangan dia pulak adalah jelas.

Bukan hape, saya pun basic dari bidang kesihatan juga. Memang saya harap saya dapat maklumat lebih dari apa yang saya dapat semalam. Tapi kalau saya bukan dari golongan ni pun, janganlah sampai kita marah patient dengan kata,"Kenapa kamu tak jaga???"

Owh..sungguh serik sekali rasanya. Suami saya pun nampak sangat tidak puas hatinya dengan harga tu. Tambah2 dengan duit yang kami jimat2kan sekarang. Ye lah, masa depan kita tak tau... tapi saya harap saya tidak kena infection lagi. Mesti kerap2 minum air dan cari cranberries punya suplemen utk membantu mengelakkan kejadian serupa.

Mmm....dah la tu Pijah. Lagik dikenang lagi tak puas hati. Makan2 aje ubat tu dan jaga kesihatan diri...eh, nasihat diri sendiri pandai nohh..

OKlah korang, mesti korang kata saya 'kupik' 40 hengget pun bgtau satu dunia. Uwaaaaaa..........

**takde gamo sebab tension :P

9 comments:

  1. hmm, aida faham. kat melaka pun tak kurang juga klinik yg cekik darah! itu ini begitu begini RM40-RM45. ntah apa-apa... now, anak-anak tak sihat, aida terus gi pantai - pakar kanak-kanak. RM50-RM70. dan confirm pakar! utk diri kami sendiri, most of the time gi spital k'jaan. unless emergency.

    ReplyDelete
  2. akak pun dulu masa preggy anak2 selalu kena camtu, kalo g klinik dapat antibiotik, mesti sembuh. mmg kena minum byk air, pastu byk minum air barli, insyaallah cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. salam pija. mcm tau je klinik ni.. kalau yg bckp style kemam rs nya doktor tu sorang je kot kat sini. kl that lady doc and nama mcm nm anak sy tu, btl la. dulu dia fav doc kami, tp makin lama, makin kami x faham butir cakap dia. trs kami opt ke klinik naser & namaziah yg buat kami selesa nak cerita n tanya psl sakit. tp d lady doc (yg bckp kemam tu) terkenal sbg doc yg pemurah. cuma ramai yg komplen the same thing, dia bercakap dah susah nak faham. agaknya sbb tu la dia kurang nak bercakap skrng kot =)

    ReplyDelete
  4. kalau rawatan biasa2 kat klinik around 20 - 30 ringgit jer biasanya...

    memang 40 tu agak pricey

    tapi depend juga pada ubat yg dia kasi, maybe ubat jenis mahal... tapi selalunya tidaklar... kalau mahal dr advise kita pi beli ubat tu kat farmasi jer

    pija, take care of yourself ok...

    kalau umi tak sihat macamana dgn anak2 nanti.. jaga diri k

    ReplyDelete
  5. UTI adalah penyakit yg sangat sakit. Dan kalau boleh takmo melaluinya lagi. Sebab tu, kalau saya dah mula rasa ala-ala pedih lepas buang air, saya cepat2 minum 2-3 gelas air putih.

    Nway...take care dan semoga cepat baik.

    ReplyDelete
  6. ambo pun kupik bab belanja doktor ni... nasib la company cover..ha..ha

    ReplyDelete
  7. yelah pija...mmg mahal kalau 40 hengget utk servis yg gitu2 aje~ kalau izan pun mmg xpuashati n taknak pegi lagi.

    ReplyDelete
  8. errmmm.. doktor skrg ni ramai yang cenggini.. expect utk kita yg bagi tau diorg kita ni sakit apa.. kalo camtu.. x payah kita jumpa doktor sbb dah boleh diagnos sendirik.. betul tak..

    ReplyDelete
  9. lain kali tak usah p situ dah...
    buat tensi jer kalo doktor mcm tu...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!