Tuesday, July 20, 2010

Tidak Membantu Maka Tidak Dibantu

Bismillah,

Menjelang Maghrib semalam saya terima mesej dari seseorang. Mesej yang memaksa, tapi saya nak buat macam mana, itu dah kerja dia. Maksudnya, dia dibayar untuk memberi mesej tu. Saya rasa bagaikan nak terduduk mengenangkan saya tiada upaya untuk memberi apa yang dia mintak. Tiba2 kepala saya serabut. Tapi tidaklah sehingga serabut itu memakan diri saya.

Rasa itu saya lepaskan dalam FB :


Norhafizah Madzlan Mungkin tidak cukup aku membantu, maka aku tidak dibantu :|

11 jam yang lalu ·  · 
Noor Saadah Dahalan
Noor Saadah Dahalan
bantu diri sendiri dengan daya sendiri,bila dah tak berupaya mintalah bantuan
11 jam yang lalu ·  · 
Ummu Muhib
Ummu Muhib
apakah maksud tersembunyi dari ayat ini? jeng.. jeng..
9 jam yang lalu ·  · 


Saya rasa saya kurang memberi. Maka saya tidak boleh menyalahkan jika saya tidak menerima. Dalam keserabutan semalam, suami mengajak saya ke program di KB. Sekadar mengisi lopak di hati yang dah lama tidak diisi dengan benih ilmu. Sekali lagi, di sana ketika mendengar pengisian saya terasa bagai dipanggang dengan kata2 penyampai.

Kemudian ternampak quote ni dalam FB seorang yang baru menambah saya semalam :
Selemah-lemah manusia ialah org yang gagal mencari sahabat,dan org yang lebih lemah dari itu ialah org yang mensia-siakan sahabat yang dimilikinya.

Ntah kenapa semua ni ibarat terkena pada batang hidung saya sendiri. Saya tiba2 terasa saya tidak menyumbang apa2 kepada sesiapa. Dan ketika saya menulis ini, saya sedang melihat 'Tanyalah Ustaz' di TV9, berkenaan dengan UKHUWWAH... sekali lagi saya rasa perkaitannya dengan perasaan saya ini. Ya ALLAH....terasa seperti saya ditegur oleh Pencipta saya tentang kealpaan saya ni...

Sedang dalam proses muhasabah diri, maka saya terbuka untuk menerima nasihat insya ALLAH...

*smlm saya ke KB dua kali, paginya sekali...on the way back, tangki air kering (padan muka :P)
*Burung merpati Lahore :( tapi pagi ni nampak si comel tu ada kat atas bumbung....jgn lari jauh ye comel :D


6 comments:

  1. sahabat belog kan ramai? :)

    ReplyDelete
  2. pija,
    apakah sebenarnya yang berserabut di dalam kotak fikiran mu itu?

    memberi senang diucap tapi sukar utk dilakukan sebenarnya, memberi tanpa sebarang expectation, ikhlas kerana Allah InsyaAllah Allah akan berikan kepada kita, jangan berharap pada manusia

    Seperti menderma, jika ikhlas maka Allah akan beri dengan cara yg tidak disangka-sangka.

    Adakah akak ni dah lari tajuk? hehe

    Akak balik kampung hujung bulan ni, ada kenduri sikit mak dan ayah nak ke mekah...

    ReplyDelete
  3. pija,
    kdg2 lupa kot, sebenarnya ade juga memberi.. tp terasa mcm tak cukup juga memberi..
    Allah menduga tanda kasih.. kdg2 Allah mberi dlm bentuk yg pija tak jangka...

    kakyong pun buat masa ni perlu ruang utk muhasabah diri. kurang2 pija ada juga keluar rumah utk mengisi diri.. kakyong ni... ntah lah.. requset pun tak dilayan, tak request lagi lah tak dpt...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Dia sayang la tu maka Dia tegur.. buat sekadar yang termampu... memberi bukan terhad kepada wang ringgit, tenaga, senyum, nasihat... nasihat yang bayak dalam blog pijah ini juga sudah dikira amal jariah, kerana akak pasti ramai yang terkesan dengan nasihat dan cerita2 pijah yang bukan kosong belaka..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Dia sayang la tu maka Dia tegur.. buat sekadar yang termampu... memberi bukan terhad kepada wang ringgit, tenaga, senyum, nasihat... nasihat yang bayak dalam blog pijah ini juga sudah dikira amal jariah, kerana akak pasti ramai yang terkesan dengan nasihat dan cerita2 pijah yang bukan kosong belaka..

    ReplyDelete
  6. elissmie, yupp at least ada shoulder to cry on

    k.Wan, btl, kita tak bole berharap kepada manusia...manusia memang tak boleh diharap :P erk, balik nnt jgn lupa koling2 ai ek..yu ade nombot ai kan?

    k.yong, btl...saya mungkin bertuah berbanding yang lain...kenapa mesti ditangisi takdir

    k.aanas, mungkin ALLAH mahu memberitahu yang telah lama saya tidak berbicara denganNya

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!