Friday, July 16, 2010

Sangat Tension Part 2

Bismillah,

Ahahaha...paranoid rasanya kerana menulis part dua untuk siri bengang kali ni. Ia telah menjadikan blog Supernova ni sebagai blog Cik Joyah juga!

Lebih kurang kul 4 ptg tadi suami daku yang comel pun pulang dari solat Jumaat. Ye kawan2, dia gi cari buah binjal yang kalau isterinya tengok aje, air liur dah meleleh ke pipi.

Sedap ni weih kalau buat jeruk

Saya bagitau suami tadi saya dah bukakan pintu, kira2 bahasa indirect untuk suruh budak tu balik, malah Usamah pun dah suruh balik sebab dia tak khusyuk nak minum susu dan Asmaa' yang lapar pun dah kata kat dia, "Mak panggil nuh!" Tapi budak itu tidak faham. Malah semasa hujan, dia ajak anak2 saya masuk semula dalam rumah dan kata, "Bakponyo duduk luar hujan2 ni...."

Ahmadi dah menangis2 nak tidur sbb dia lagi senang lena kalau saya BF dia sambil berbaring. Tapi tak dapatla saya berbaring dengan budak ni lari keluar masuk BILIK SAYA. Suka suki aje huhu... Saya sound suruh dia duduk diam dari berlari ke sana ke mari tapi dia tak jugak diam. Ingatkan kalau dia senyap dan tengok Go Diego Go tu, saya redhalah layan dia sebagai tetamu.

Last2 saya amik nasik sepinggan dan suap 4 anak saya sambil Ahmadi saya pegang dengan tangan kiri sambil melalak-lalak menangis. Selalu saya suruh diorang makan sendiri tapi ntah serabut apa time budak tu ada lebih afdhal saya suap anak2 saya sendiri. Saya pelawa dia nak makan ke dia kata tanak, dia pun amik air sendiri. Hua hua...1st time masuk dah tau air kami letak kat mana..bagus..bagus...

Anak2 saya pulak kalau ada cerita Diego tu khusyuknya semacam. Jadi time tu budak tu layan diri sendiri sambil cuba tarik perhatian anak saya yang dok menjawab pertanyaan Diego tu. Sampailah akhirnya suami ku  pulang :D Saya pun cakap lebih kurang pasal budak tu. Suami saya slow gi bukak pintu (kami selalu kunci rumah) dan bagitau suruh dia balik takut mak dia panggil, dan dia gi jenguk pintu dan kata, "Tak panggil pun :P"

Mungkin jugaklah, mak dia ingat budak ni pergi rumah atuk dia yang bersebelah rumah saya. Diorang punya rumah saling berdepan. Kami pun decide lepas ni jangan bukak pintu lagi. Juga kami bagitau Asmaa' jangan dekat dengan budak tu dah. Ohh... teringatlah zaman dulu2, saya selalu ajak kawan2 lepak umah. Mesti mak saya serabut sebab ada sorang budak tu siap panjat peti ais rumah kitorang dulu :P

Begini rupanya berjiran. Saya dah mula risau dengan apa yang dikatakan 'pengaruh rakan sebaya'. Sungguh saya tak ada kekuatan untuk cakap, "Pergi la balik...mak awak panggil." Saya juga tak reti nak marah anak orang dan sepanjang budak tu ada tadi, saya asyik marah2 anak saya yang main dengan budak tu. Nampaknya esok lusa saya mungkin kena ada skill mendidik anak orang yang lepak di sini sebab saya akan berhadapan dengan kawan2 anak saya juga kelak. 

*Asmaa' tanya, kalau dia takleh kawan dengan budak tu, dia nak kawan dengan sapa?? Saya jawab kawan dengan Husna... Husna...ooo Husna, meh sini meh...lepak umah cik Pizah :P

6 comments:

  1. pija,
    samalah ngan izan..xreti nak marah2 anak org. seb baik sepanjang kami tinggal kat umah ni xde kawan2 muhaimin nak masuk umah. sebab depa selalu main kat padang je. tp, kalau perangai 8 thn gitu... sapa tak menyirap weeiiii~~

    ReplyDelete
  2. owh..bersiri...hehe

    ReplyDelete
  3. adoi...
    terfikir juga nanti bila dah duduk rumah dalam taman macam ni juga ke ye? huhu

    ReplyDelete
  4. sungguh memahami perasaanmu bila bercakap dengan budak tak reti bahasa

    ReplyDelete
  5. Salam Pija, k.ana sungguh faham apa yang anda lalui, sebab k.ana pun ada kes yang sama dengan anak jiran..
    setiap kali k.ana nampak je dia ikut mak dia datang umah akak, akan akan tensen.. apa taknya, masuk umah kita terus bukak petis ais.. itu lom lagi kes berebut mainan anak akak dengan anak akak, sampai budak tu menangis2. yang akan jadik mangsa anak akak lah.. tak boleh nak marah anak jiran sebab mak dia ada sekali... yang lagi sakit hati tu, dia udah darjah 1, bukan kecik lagi.. hihi.. sori, terjadik joyah lak.. :)

    ReplyDelete
  6. oh sungguh ku faham. penah jd ms dok kuarters dl. anak2 jiran siap lepak semua adik beradik main toys fatimah n umar. siap konker n tuan punya toys blh pandang jer. bl srh blk gn ayat belapik, diaorg jwb cam tu la. "mak x panggil pon" :) . end up,ckp mcm ni "pg blk dulu, umar nak rehat.dia x leh tido kl ada org, nnt dia nanges2, lain kl datang lg eh" pas tu, x penah dah jemput diaorg hatta ajak2 ayam sekalipun. kalau diaorg datang gak, kami sanggup angkut anak2 kluar g jln2 pusing port dickson. mmg nampak zalim, tp x tahan nak kn babysitt budak2 yg x de manner.oh, si bungsu dlm tu siap susun kusyen atas sofa n jalan atas kusyen tu, mcm red kapet. hangin la mak.. tu yg trs x terima tetamu kecik lg lps tu =)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!