Tuesday, April 27, 2010

Kawan Yang Sebenar2nya Kawan

Bismillah,

Sekali lagi, saya bukan juga kawan yang baik buat kawan2 saya. Tapi saya harap, sekurang2nya saya bukan kawan yang makan kawan. Sangat susah sebenarnya nak jaga hati kawan tapi andai sampai satu tempoh, kita takkan terasa lagi sekalipun kawan kita itu dengan selamba menegur kita atas kesalahan yang kita lakukan atau kita tak kisah lagi bayarkan dia makan seperti mana dia tak kisah keluarkan duit poket dia untuk kita.

Saya adalah sejenis orang yang sentiasa perlukan seseorang untuk sekurang2nya boleh dibawa berbincang. Tak kisah sekalipun orang tu bg ayat laser baik punya, saya tetap terima. Sebab saya memahami bahawa dia itu menegur kerana sayang kepada kita. Bukan disebabkan dia tidak suka kepada kita.

Saya juga tak kisah belanja kawan2 saya sebagaimana saya tak malu bila dengan selambanya saya tak bawak duit bila nak pergi makan. Kan Azee?? Kan Amy?? Kan Syu?? Kan Ida?? Tapi harap2 belanja2 kami ni balance la...mintak halal kalau terkurang belanja kalau tiba part korang. Hakikatnya, semoga persahabatan ni terjalin bukan saja2 tetapi ada sesuatu yang telah ALLAH aturkan dalam perjalanan hidup kita.

Walaupun bersahabat dengan mereka yang saya sebutkan di atas, itu tak bermaksud saya tak campur dengan orang lain. Saya masih ada geng lain dari sekolah rendah, sampailah masa dekat UKM. Kiranya saya memang ada kroni tertentulah masa belajar dulu. Semakin ramai kawan, semakin banyak pengalaman baru akan kita tempuhi. Let say tersalah faham dengan seorang, mungkin yang lain itu boleh tolong damaikan. Semakin ramai kawan jugalah, semakin kita akan disegani lawan sehingga akhirnya, lawan juga akan menjadi kawan.

Bagi mengukuhkan persahabatan ni, pengurusan masa adalah penting. Ibaratnya semasa saya di Taayah dulu, saya bagi contoh semasa saya di Tingkatan 3. Geng saya semasa di Form 3R adalah yang paling happening pernah saya ada. Walaupun masa tu, saya mula suka buat jadual untuk study saya (gara2 balik dari kursus BAKA PREP), tapi saya masih meluangkan masa dengan kawan2. Best gila bila ramai2 berkumpul untuk makan sama2, utk celebrate besday sama2.

Menyentuh pasal celebrate besday, saya paling tabik pada kawan saya Azzatul Ainur yang tak pernah gagal utk mengucapkan HAPPY BIRTHDAY kepada saya semenjak dia tau tarikh besday saya. Saya yakin, saya yang tak rapat dengan dia pun dia wish, mestilah orang lain yang lebih rapat dia wish jugak kan?? Saya pernah cuba nak jadi macam Azza dan saya pernah wish Mc Shid Selamat Ulangtahun dan dia wonder tak ada orang lain ingat anniversary dia. Tapi once buku catatan saya tu hilang, plus saya dah buang kad kawin diorang maka benda tu jadi tak terbuat sedangkan perkara ni buat kawan kita rasa seronok.

When we've had a hard day, kadang2 bercakap kosong atau dengan kawan juga membantu. Seperti semasa di UKM dulu, bila saya rasa nak menangis sangat2 sbb ada masalah tertentu, saya akan jumpa Azniza. Dia akan temankan saya di tangga yang jarang orang lalu dan di situ, saya menangis sampai rasa lega. Dia taktau pun apa masalah saya, tapi hanya dengan dia pegang bahu saya saja saya rasa cukup lega.

Semua yang saya sebutkan itu adalah antara yang memberi warna dalam alam persahabatan saya. Alhamdulillah, kami semua adalah kawan2 yang baik...bukan tak pernah gaduh, tak pernah salah faham. Tapi semuanya selesai bila kita sama2 berlapang dada. Jika kawan saya bermasalah, apa yang saya cuba lakukan adalah :

  • Jika mereka tak tau nak bermula nak bercerita tentang masalah mereka, saya akan mula bertanya. Sekalipun saya bertanya, ada masa mereka tidak memberi jawapan. Maka ketika itu mereka hanya perlu teman...bukan penasihat.
  • Sesekali saya akan mengiakan apa yang mereka buat, jadi mereka tau saya faham. Tapi saya prefer tempat yang tertutup. Kalau dok kat depan TV ke, kat cafe ke..sah2 saya perati orang lain lebih dari yang depan mata saya :P
  • Ada satu yang selalu saya silap, kalau saya cuba nak selesaikan masalah diorang, saya sll anggap jika saya menghadapi masalah tu...bagaimana saya nak selesaikannya. Yang betulnya adalah saya menjadi diri mereka dulu sebelum membayangkan mcm mana dia nak buat untuk selesaikannya. Mungkin apa yang diorang anggap sebagai satu masalah tu bukan masalah bagi saya. Mmm...faham tak??
  • Ada sesetgh org dia tak harapkan pon kita cakap apa2 sekalipun dia mengadu itu ini, jadi utk org mcm ni, tak payah susah2 nak bg nasihat atau saranan tapi hanya dengar.
Walaupun begitu, dunia persahabatan ni tak semedang aje indah. Kadang2 akan datang juga perasaan menyampahnya dekat seseorang ni. Utk situasi yang mcm ni, kalau sayalah..lebih baik I let them go daripada saya paksa diri berkawan jugak dengan orang ni dan kemudiannya saya sakit hati seorang diri. Nak ngadu kat orang pun orang akan kata, 'Haa...sapa suruh kawan dengan budak tu sangat??'

Tapi janganla kita hasut pulak orang jgn berbaik2 dengan orang yang kita tak rasi tu kan? Itu tak baiklah... Mana tau satu hari nanti orang itu berubah dan kita akan terus jadi kawan baik mereka?? Dunia ni penuh dengan kejutan jadi bersedia saja dengan apa2 kemungkinan. Mmm... motif entry ini adalah kerana rasa rindu yang tidak terhingga kepada kawan2 saya dahulu.

Setelah kawin ni, semua yang pernah kami lalui sama2 tu hanya tinggal kenangan. Bukan kata berkahwin ni tak indah tetapi zaman berkawan2 dahulu tetap ada istimewanya juga. Justeru itu encik suami...selepas2 ni, kalau ada kawan2 ai nak buat reunion ke, sudilah kiranya anda memberi sokongan padu kepada ai untuk pergi bersama2 ek...

**Kengkawan lama ku, ai miss yuuuu

4 comments:

  1. huhuu kak....me miss my frenz oso...! uwaaa...dah le 1 may ni reunion yg kami janji sejak 9 tahun sudah..alih2 xdpt pegi sbb masa tu hubby xder...:(

    ReplyDelete
  2. kenangan zaman bujang tu jd kenangan manis. mmg agak susah bila masing2 dah ada keluarga sendiri ni. Knur pun banyak berhubung dgn kwn2 lama kat FB je skrg tambah2 sejak di seberang laut ni.

    ReplyDelete
  3. miss u too..i kena pegi BTN kt Besut bln dpn.kalau u blk kg bole kita gather2.besut ngn jerteh x jauh kan??

    ReplyDelete
  4. kak pijah, nangis dkt tngga ktsn blok mana tuh?blok J ke???hihi

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!