Wednesday, March 23, 2011

Bosan Dengan Kehamilan??

Bismillah,

Semalam terbaca dekat wall seorang kawan sekolah saya dulu. Saya rasa dari ayat dia tu sama ada dia sudah bersedia untuk mengandung lagi atau dia dah pun mengandung. Ramai yang memberi respon terkejut. Manakan tidak, saya rasa dia baru sahaja melahirkan baby Ammar pada November yang lalu. TApi yang terkejut itu orang lain, barangkali orang yang sama yang terkejut saya asyik mengandung. Akhirnya kini, mereka terkejut pulak kalau saya tidak mengandung.

Selalunya orang akan sangat excited ketika awal mengandung. Walaupun ditimpa masalah alahan mengandung tapi semangat bukan main lagi rasanya hendak menyambut orang baru. Tetapi cuba tanya mereka yang telah berada dalam trimester ketiga? Ramai yang menyatakan 'hope for the baby pop out really soon'. Banyak sebabnya sehingga perasaan itu datang :

  • Sudah terasa perut berat
  • Sudah terasa sakit di sana sini
  • Tak sabar hendak bercuti panjang!
Memang ramai yang bosan ketika perut benar-benar besar. Ada seorang junior sekolah juga yang tulis di wallnya yang dia sangat tidak selesa dengan pandangan orang lelaki pada perutnya. Itu belum lagi cubaan untuk memegang perut lagi. Kalau yang sibuk nak pegang tu kawan-kawan lain lah sikit. Maklum sahaja, waktu begini, pusat pun dah terjuih dan memang susah nak cover.

Malah teguran orang ramai, tentang bentuk body kita yang sudah semakin besar juga menambah ketidakselesaan. Seolah-olah tiba-tiba sahaja kita bertukar menjadi giant. Sebenarnya mereka semua ini sangat excited melihat perubahan kita. Cuma, abaikan sahaja perasaan ini. Walaubagaimana sekalipun kehamilan mesti diteruskan.

Selama lima kali mengandung dulu, saya sangat takut untuk sampai ke tahap sakit bersalin. Kalau boleh biarlah bawak perut tu saja. Tapi, janji ALLAH itu sangat pasti kan?

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (untuk berbakti kepada) kedua orangt uanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orangtuamu dan hanya kepada-Kulah kembalimu.“ (Luqman: 14)

Di tempat lain, Dia Yang Maha Suci berfirman:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orangtuanya, ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandungnya dengan menyapihnya adalah tiga puluh bulan….” (Al-Ahqaf: 15)

Setakat ini saya tidak mendapat banyak gangguan sangat. Barangkali kerana tubuh saya yang kecil dan tudung labuh serta jubah yang menjadi pemakaian saya. Malah sehingga mengandung bulan terakhir pun ada yang tidak menyedari saya akan melahirkan pada bila-bila masa. Walau apapun dugaan yang dihadapi dalam tempoh ini, bersabarlah, ia adalah peluang kita menyucikan diri :) Semoga ALLAH mudahkan!

 

5 comments:

  1. seronok pregnant..saya suka..boleh makan without risau badan naik...hehehe...

    but so sad today...dari awal bulan ni igtkan dah ada rezki tambah family..tup..tup ari ni bulan mengambang dah...hemmm...

    teringat pulak manusia2x durjana yang buang anak merata-rata...bunuh anak...hemmm....bertambah sedih pulak kita yg kepingin nak baby lagi ni....

    ReplyDelete
  2. sayalah dalam trimester terakhir tu.. dalam bulan terakhir pun...
    tapi, bab tak sabar tu memang ye... bukan sebab tak larat bawak perut, tapi tak sabarnya nak tengok baby... hehehehe... tapi, kena bersabar2 jugak kan.. :)

    ReplyDelete
  3. aku kan kak..
    memang laki bini bercita - cita anak nak ramai.
    tapinya kan aku lepas ni cume boleh pergi 3 - 4 saje sebab dah ceasar 2 kali.
    dan jugak,klu tak kesempitan sgt,mmg nak anak rapat.
    tpi sume tu kena pikir jugak.
    disamping kesihatan yg kdg2 tak berapa bagus..
    tapi bila ingat semula time bunting tu,tak terbayang berganda2 pahala kita sebagai seorang manusia bile kita redho bwk nyawa dlm dlm kita ni.

    ReplyDelete
  4. kak pija preggy ke ??
    yer,awal2 preggy mmg mengujakan...tp bile dah masuk bulan2 terkahir,minggu2 terkahir , rasa nk keluarkn je cepat2....berat bebbb ... mcm den ni tiap2 kali induce manjang....sorang je terlepas induce sbb xsaba2 nk keluar :p

    ReplyDelete
  5. ye la kak pijah, skrg ni rasa cm xsabar nk baby keluar cepat. dh makin terasa sakit2 kat pinggang, punggung etc... tp sakit2 ni lah yg akan disampaikan kt anak2 kan...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!