Wednesday, March 14, 2012

Mengenal Gula Dalam Pemakanan

Bismillah,

Semasa di kedai, saya tumpang baca Harian Metro dengan tajuk Elak Ketagihan Gula. Sayangnya saya cuba cari tajuk ini dalam laman web Harian Metro tiada. Beberapa minggu ini, saya selalu saja mencari hubungkait antara pengambilan gula dengan tingkahlaku anak-anak kita.

Bila saya baca artikel berkenaan, barulah saya lebih percaya bahawasanya, jika kita tidak menjaga pemakanan alamatnya pengambilan gula dalam diet seharian kita memang sangat tinggi jadinya. Bila dibaca rupanya perkataan gula telah ditukar kepada perkataan yang lebih indah sehingga kita tak sedar semua perkataan itu membawa maksud GULA.

Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar  

OK, sekarang cuba perhatikan label pada makanan yang kita ambil setiap hari. Kalau di rumah kami sendiri, memang tak banyak makanan yang telah diproses. Sila baca di link ini dan link ini tentang jerih perihnya dan susah payahnya nak menjaga pemakanan.

Sebenarnya, kita tak sedar pun kita ambil gula berlebihan dalam sehari. Gula yang berlebihan tu menyorok dalam makanan-makanan berikut :

Contoh hidangan yang nyata mengandungi kandungan gula tambahan adalah biskut, piza, snek, sos barbeku, kicap, sos pada salad, sup, yogurt, minuman coklat, minuman soda serta kek. 

Atau dengan erti kata lain, makanan yang berlabel tu lah. Contohnya nak masak sweet sour kita gunakan kombinasi sos cili, tomato dan kicap...oh sangat menyirap sbb saya sangat sukakan swee sour dgn gabungan 3 sos itu kemudian tambah pulak garam dan gula. Rupa2nya tindakan itu boleh membahayakan kesihatan.

OK, mari kita perhatikan apa kesan gula tambahan kepada kesihatan :


Apakah kesan jika mengambil gula tambahan secara berlebihan?
  1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit).
  2. Mengganggu imbangan galian dalam badan.
  3. Kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
  4. Kanak-kanak rasa mengantuk dan kurang cerdas.
  5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
  6. Meningkatkan paras trigliserid.
  7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
  8. Merosakkan buah pinggang.
  9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
  10. Menggalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs).
  11. Mengurangkan kromium dalam badan.
  12. Mengurangkan kuprum dalam badan.
  13. Mengganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan.
  14. Menyebabkan kanser payudara, ovari, prostat dan dubur.
  15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar), wanita amat berisiko tinggi.
  16. Faktor kepada kanser pundi hempedu.
  17. Meningkatkan paras glukosa dalam darah dengan cepat.
  18. Melemahkan penglihatan.
  19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah.
  20. Hipoglisemia.
  21. Perut berasid.
  22. Meningkatkan paras adrenalin di kalangan kanak-kanak.
  23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
  24. Mempercepatkan proses penuaan, kulit berkedut dan uban pada rambut.
  25. Membawa kepada ketagihan alkohol.
  26. Merosakkan gigi.
  27. Punca utama obesiti.
  28. Meningkatkan risiko penyakit crohn dan kolitis berulser.
  29. Bengkak saluran usus di kalangan pesakit gastrik.
  30. Artritis.
  31. Lelah.
  32. Pembentukan batu dalam ginjal.
  33. Jangkitan yis atau kandidiasis.
  34. Pembentukan batu karang dalam hempedu.
  35. Sakit jantung iskemik.
  36. Apendiks.
  37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis.
  38. Pendarahan.
  39. Penyebab vena varikos.
  40. Meningkatkan tindak balas glukosa insulin kepada pengamal pil pencegahan kehamilan.
  41. Sakit gusi.
  42. Osteoporosis.
  43. Air liur berasid.
  44. Kemerosotan toleransi glukosa.
  45. Kemerosotan sensitiviti insulin.
  46. Mengurangkan hormon tumbesaran.
  47. Meningkatkan tekanan darah sistolik.
  48. Mengubah struktur protein sehingga menganggu serapan protein oleh tubuh.
  49. Alergi terhadap makanan.
  50. Kencing manis.
  51. Keracunan darah ketika hamil.
  52. Ekzema kepada kanak-kanak.
  53. Penyakit kardiovaskular.
  54. Melemahkan struktur DNA.
  55. Katarak.
  56. Emfisema.
  57. Arteriosclerosis.
  58. Pembentukan radikal bebas dalam aliran darah.
  59. Merendahkan kemampuan enzim.
  60. Kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya.
  61. Penyebab sel hati terbahagi menyebabkan peningkatan saiz hati.
  62. Peningkatan lemak dalam hati.
  63. Pembesaran saiz buah pinggang.
  64. Tekanan tinggi kepada pankreas dan merosakkannya.
  65. Peningkatan retensi cecair dalam badan.
  66. Sembelit.
  67. Rabun jauh.
  68. Punca kepada lapisan rerambut.
  69. Hipertensi.
  70. Sakit kepala.
  71. Menganggu kemampuan berfikir.
  72. Kemurungan.
  73. Meningkatkan tindak balas insulin.
  74. Punca penapaian bakteria dalam usus.
  75. Ketidakseimbangan hormon.
  76. Meningkatkan risiko darah beku dalam darah.
  77. Meningkat risiko penyakit alzheimer.

ALLAH! Menakutkan okeh...dan malangnya kesan kepada kesihatan ini berlaku sedikit demi sedikit. Ada satu kesan yang jelas nyata tapi kita tidak perasan ia adalah kesan memberi keluarga gula tambahan iaitu kelakuan nakal anak-anak!

Jadi marilah kita bersama-sama memperhatikan semula apa yang kita beri kepada anak-anak. Semoga kita diberi lebih kekuatan untuk masak makanan yang berkhasiat buat ahli keluarga.





1 comment:

  1. rabun jauh pun ada dlm senarai...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!