Bismillah,
Sekarang kan sangat heboh dengan kehadiran ChurpChurp. Kerana ChurpChurp lah saya sibuk2 mau tambah follower di Twitter saya. Tatau dah lagi mcm mana nak mencapabkan diri maka terhegeh2lah mencari kekdah yang sesuai. Tapi masya ALLAH, ada yang siap menjual lagi cara2 nak tambah follower. Ni yang nak nangis ni.
Silalah daftar ChurpChurp untuk penjanaan wang pasif :))
Saya nak nangis bukan sbb apa, saya nak cari duit seposen dua alih2 kene bayar ratus2 untuk tau mcm mana nak tambah follower. Saya bukan apa, saya bimbang tak berbaloi je, kalau dua tiga puluh tu terfikir gak la nak beli. Ni sampai ratus2, lain la kalau saya glamer macam Erma Fatima ke, Eman Manan ke...huahua....
Anyway, saya jumpa satu cara ni, mungkin bercinta sikitlah kot nak dapatkan follower tapi boleh cuba lah.
- Mula-mula tekan TweeterFollower ni. Website ni menggunakan sistem twitter train.
- Login guna username dan password twitter (TweeterFollower tak save - no worry)
- Selepas masuk, kita akan jadi ahli 'regular' dan akaun kita masih belum aktif
- Utk aktifkan, sila follow semua member VIP dan 20 member regular yang dipilih secara rawak oleh sistem TweeterFollower ini.
- Selepas follow semua yang dia suruh tu, maka jarang2 sekali nama kita akan naik macam ahli regular yang lain yang macam kita follow tadi.
- Kalau korang nak cepat naik follower, silalah daftar secara berbayar..huhuhu...yg itu saya tak berkenan. :P Tapi kalau kita berjaya membuatkan 15 orang klik link kita, maka kita akan jadi VIP dalam tempoh 24 jam :)
OK, itu je nak share...semoga ada manfaatnya