Sunday, June 17, 2007

Suka Duka Berniaga Online

Bismillahirrahmanir rahim,

Hari ni rasa macam sejuk tangan saya menggigil takut ke nak marah ke saya pun tak pasti tapi macam nilah mungkin yang akan dialami oleh semua yang memilih untuk mencari makan secara online ini. Ada masa dan tika memang kita akan suka tapi ada pulak masanya mcm yang saya tanggung arini la...

SMS begini saya terima...
"Nak jawapan segera. Pos malaysia dah buka. Apa keputusan awak sebagai pejual ikut hukum syarak."

Saya pohon maaf sbb sebenarnya SMS ini lebih mengundang marah saya dari ketakutan saya. Sebabnya saya berasa saya berada dipihak yang benar. Tapi saya tak salahkan pelanggan saya sebab dia berhak rasa tensi, rasa serabut dan macam-macam rasa sebab dia dah bayar. Duit dia sedang hanging...Tu yang dia serabut. Lagipun peniaga macam saya bukan semuanya boleh diharap. Sori geng tapi ini kenyataan..Saye sendrik pun pernah terkena...

Apa ye yang nak saya ceritakan tentang bisnes online ni...? Banyak actually saya akan cuba untuk dijadikan panduan kepada mereka yang mahu mencuba...

PRODUK HAPE YANG BIASA BOLEH DI JUAL?
Bab ni memang seronok kalau nak sembang. Tapi secara basicnya, pilihlah produk yang menarik minat kita. Mcm sesetengah orang nak jual tudung, kain ela, pinggan mangkuk, tak kurang juga dgn insuran, kutip duit kutu n so on...Nak tgk tak betapa gilanya dunia perniagaan online ni, sila rujuk link yang saya sertakan dibawah...

- http://www.berrybunchbox.com/gedungwanita/index.php --> yang ni mmg kompem tempat org nak berniaga online ajek...
- http://www.wanitame layu.com/ forum/index.php --> yang ni masih ada forum untuk kita sembang benda lain selain bisnes jugak...
- http://www.wanitani aga.com/forum/index.php?sid=675642647a964bf7cab60216f732 c83e --> boleh buat bisnes dan dapatkan juga panduan dalam perniagaan online ni
- blog, fotopage, Yahoo 360, wordpress dan lain-lain yang didapati secara percuma yang telah dijadikan medan pulak untuk berniaga
- ataupun laman2 web individu yang mahu menjual produk masing2...

Berdasarkan beberapa link di atas, perhatikan la dalam semua tu betapa bisnes online ni tak mustahil akan mengurangkan masa mak-mak bershopping mopping secara realistik dan he he...mengurangkan juga risiko kehilangan anak....cuma kemungkinan anak lapo sbb mak tak masak tu masih ada..muahahaha. .

Juga jika nak menjual tu, pastikan la ada barangnya. Jgn nampak keuntungan yang upline jek dapat, downline yillek...Sila pulak rujuk laman web http://www.zaharudd in.net/ . Bagi mereka yang antikan ustaz ni maklum la macam-macam yang dia kata haram, tolong jgn pandang pada sumber yang dia amik. Jgn pandang pada penerimaan kita pada apa yg dia kata. Menerima yang benar tu memang pahit tapi adakah kita tau apa yg terbaik buat kita??

MANUAL JUAL BELI
Setiap barang yang kita minat nak beli, pastikan ada no tepon, nama, emel dan beberapa perkara berkaitan mcm no akaun.

- Bila dah minat untuk beli sesuatu barang, kol atau SMS atau emel penjual
- Kompemkan barangan masih ada
- Kemudian proses bank in
- Penjual akan uruskan pos
- Penerima akan tunggu barangnya sampai

KAEDAH POS
Ada macam-macam boleh guna
- Despatch - biasanya ini diamalkan oleh mereka yang duduk di area Lembah Klang. Dimana peniaga atau cawangannya ada di Lembah Klang
- Pos Parcel - cas yang murah malah ada peniaga yang bg free ajek. Cuma peniaga dan pembeli kene terima hakikat betapa lembabnya perjalanan pos biasa ni. Tapi kalau dah kita minta subsidi dari penjual maka terimalah hakikatnya.. .
- POS LAJU MALAYSIA - Bagi yang patriotik poslaju nih just nice tapi ada yang kata poslaju hampeh jugak
- POS SWASTA -Cthnya mcm Nationwide, GDex dan lain2. Tapi ada sesetgh tempat takde perkhidmatan tu, mungkin juga kene tunggu sehari dua untuk barang sampai. Sebagai contoh di Jerteh takde GDex, jadi barang dari tempat lain akan sampai dalam 2 hari ke sini.
- Emel - aik? Barang boleh anto ikut emel. Ada E-Book contohnya kalau kita nak beli, biasa akan di hantar mll email.

KOS LAIN YANG AKAN DITANGGUNG OLEH PENIAGA
- Minyak - Kene gi pejabat pos untuk mengepos, kalau dekat beres, kalau jauh?
- Pembalut - takde kertas kosong atau kertas minyak yang percuma
- Kotak pembalut - Peniaga online dah biasa berjalan dari satu kedai ke satu kedai tanya "Kotak kosong ade?"
- Selotep - juga takde yang percuma
- Tali - Kene beli jugak ih, ih...
- Masa - yang ni peniaga kene ada bijaksana, kalau yang bekerja kene la ade keizinan dari bos atau apa2 pertimbangan yang perlu supaya duit yang kita makan tak lah jadi bebanan buat kita.
- Kamera - bagi mereka yang rasa2 gambar perlu untuk berniaga
- Bateri kamera apatah lagi
- Sewa tapak di mana-mana lokasi forum atau web
Banyak lagi actually jadi kepada pembeli, ingatlah bahawa peniaga2 ni sedang menanggung pelbagai jenis kos tapi kerana mereka redha maka mereka boleh pergi jauh.

RISIKO
- Masalah dengan POS - Ha ha...saya dah state awal2 lagi kat atas. Terus kene sound bab syarak gitu. Walaupun telah saya nyatakan dengan jelas didalam blog saya akan masalah yang bakal ditanggung, namun inilah yang mungkin akan dihadapi. Tambahan pula kalau kita bukannya tak bertanya, tanya punya tanya pegawai yang jawab kata dia pun taktau barangnya ada dimana tengah siasat... Phew...Tepon sana sini tu masuk kos jugak kan? Kalau pembeli menerima ini maka restukanlah peniaga anda pos dengan posmalaysia yang agak slow nih
- CUSTOMER YG KREATIF - customer nak corak ni tapi kaler lain, atau nak kaler ni tapi tambah batu berlian kat hujung, atau nak yg ni tapi nak 50 helai...Kalau leh jumpa takpe tapi kalau takleh aiiyyyoo..bukan senang oo nak cakap no to customer
- Masa - kalau kita kerja lain dan bisnes online ni hanya sampingan, kadang2 agak kelamkabut nak siapkan banyak kerja...kerja kita adalah no 1 tapi our bisnes online bukan no 2...abis mcm mana...hhuhu. .yg surirumah pulak berperang dengan anak-anak lagi, nak masak untuk suami terchenta lagi...keje umah lagi...STOP! !banyak nye keje
- Tersilap anto barang - Biasa la kalau tempahan banyak, dan tak pandai nak manage...jadikla keadaan yg mcm ni..
Customer tak bank in, tapi kita ingat dia bank in n kita dah anto barang
Mmm....byk lagi ah sbnrnya tapi nilah mehnah dan tribulasi yang wajib kita tempuhi andai kita dah memasuki alam ni...

KEUNTUNGAN
Bab ni lah yang sedap sikit nak bincang. He he...Setelah ditilik2, ikut pengalaman saya dan beberapa sahabat la, kira banyak jugakla bergantung pada barang tau...sbb customer yang ramai dan internet digunakan hampir setiap hari esp mereka yg kerja di pejabat. Pergi mari mmg tak dinafikan keseronokan berniaga secara online dan secara tak langsung kita akan mempunyai lebih ramai orang yang kita kenal dari pelbagai tempat.

Ush..dah ah...saje nak melegakan perasaan jek...he he....masalah kalau kita selesai baik2 insya ALLAH, ALLAH akan mudahkan...

4 comments:

  1. Anonymous6:25 AM

    biasa lah masallah tu semua. kalau taknak masallah makan gaji jer. Kenkadang ni tukang karut lebih mengarut dari yang kai mengarut.

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:55 AM

    Terima kasih dengan nasihat yang diberi..byk panduan yang boleh di ikut..
    tuan rumah, tumpang iklan ye...
    Ni kedai online yang jual cadar, kasut, baju,barang rumah dan macam2 lg...
    www.bazariaonline.com

    ReplyDelete
  3. emm bagus jugak ada posting nih...at least org yg baru start nak berjinak dgn bisnes online tau la sikit....
    selalunya selagi kita tak buat tak tau sgt...
    apa2 pun sume keja ada masalahnya..cuma ringan dgn berat je...tapi as long as boleh settle kira okla kan

    ReplyDelete
  4. Customer is always right, takper kita belajar dari kesilapan...

    - ikhlas dari http://sue-sygckit.blogspot.com

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!