Sunday, August 05, 2012

Bila Anak Mengigau Menangis Malam

Bismillah,

Arwa sudah kali kedua minggu ni mengigau malam. Mengigau yang menangis2 dan berjalan2. Selalunya Uwaiys yang begitu tapi rasanya dah lama Uwaiys dah berhenti mengigau. Kadang2 diorang ni mengigau sebab nak ke toilet. Lepas kita pimpin ke toilet dan mereka lepas hajat maka lenalah mereka semula.

Tapi kadang tu bukan sebab nak ke toilet pun. Saya kalau anak2 mengigau yang nampak lain macam, cepat2 saya peluk diorang dan baca ayat kursi. Itu je yang saya amalkan. Insya ALLAH memang tak sampai 3 kali berhentilah dia mengigau.

Saya peluk tu supaya dia dengar kita baca ayat kursi tu. Rasanya kita boleh beza kot anak ngigau dan mengamuk. Kalau mengamuk pulak, saya akan bacakan Zikir Ya Latif. Ini pun sangat mujarab juga. Itu je nak share... Pendek saja kali ni :)

3 comments:

  1. Anak saya pernah satu ketika dulu mengigau yg agak extrem.. Saya azan dalam rumah, elok je dia tido balik.

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri! Buat para blogger di luar sana!! Jom join contest ini! 3 pemenang bertuah akan mendapat duit raya EDISI TERHAD sampul wajah saya!!;) Klik http://www.aimisyahirah.com/2012/08/contest-nak-duit-raya-cik-misya.html untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete
  3. thanks for the info siti.saya bermuhasabah.kadang kala bila anak mengingau saya marahkan pulla anak saya....really meaningful info

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!