Friday, October 05, 2012

Berkorban Kerjaya

Bismillah,

Berkorban kerjaya bagi saya adalah meninggalkan kerjaya sedia ada untuk mengejar cita-cita atau sasaran tertentu.Bagi saya sendiri, saya telah meninggalkan kerjaya asal saya untuk membina perniagaan sendiri. Sesungguhnya kita tidak pernah dapat mengetahui untung nasib kita jika membuat keputusan seperti ini.

Namun jika difikirkan kini, sekalipun saya tidak semewah sebelum ini tetapi dari segi menjaga keluarga, saya cukup berpuas hati. Saya dapat mengatur masa dengan lebih selesa kerana jadual hidup saya tiada yang mengawal. Saya dapat menyusukan anak saya sendiri walaupun 3 anak saya yang sebelum ini saya rasakan mustahil untuk menyusu sendiri. Saya juga dapat mengawal anak saya sentiasa memandangkan mereka sentiasa di depan mata saya kecuali mereka telah mula bersekolah.

Jika dapat dibezakan antara 3 anak yang terawal dengan 3 anak yang kemudian ini, sesungguhnya besar beza antara mereka terutamanya dari segi perkembangan dan kesihatan. Jika sebelum ini bangun malam untuk membancuh susu, menyalin lampin dan mungkin melayan anak muntah adalah agenda biasa tetapi kini alhamdulillah tiada lagi semua itu.

Jika dahulu ubat demam, batuk dan selsema sentiasa ada di dalam peti dan stok vitamin juga menjadi koleksi, kini kami cuba mengamalkan gaya hidup sihat dengan minum susu segar dan menanam kebanyakan sayuran seperti kangkung dan buah-buahan seperti betik dan markisa untuk keperluan harian.

Saya juga dapat masak sepenuhnya untuk keperluan di rumah dan sehingga ke sekolah di mana anak-anak akan membawa bekal air tangan kami sahaja. Dengan cara ini kami dapat menjaga sistem pemakanan mereka dan mengelakkan sebarang perasa, pewarna dan pengawet. 

Setelah anak-anak sihat, perkembangan minda mereka juga lebih memberangsangkan. Maka pada ketika ini tiada ibubapa yang akan mengeluh kerana anak-anak sihat dan cergas.

Semua ini tidak dapat kami lakukan sekiranya masih makan gaji. Sekalipun ada yang melihat tindakan kami sebagai terkebelakang tetapi bagi kami tidak. Selepas dari keputusan nekad itulah hubungan saya dan suami menjadi semakin akrab dan kami menjadi lebih gembira. Setiap hari yang dilalui adalah hari yang indah kerana melihat senyuman mereka.


8 comments:

  1. itu bukan terkebelakang. Org2 lain je yg tak sedar cara hidup keluarga PIjah tu lebih elok sebenarnya. Harap2 Knur pun ada peluang utk buat mcm tu juga nanti.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. semoga pengorbanan Pija diberkati Allah :)

    ReplyDelete
  3. saya pun korbankan kerjaya demi anak2.. skang dah setahun lebih bersama dorang. membesar dan mendidik mereka sangat mencabar

    ReplyDelete
  4. Tahniah.. An inspiration for me...

    ReplyDelete
  5. sesungguhnya inilah impian saya...dpt mengurus anak sendiri...buat kerja sendiri..atur masa ikut kemampuan sendiri...harap ada kekuatan dan diberikan jalan ke arah tu....

    ReplyDelete
  6. Pengorbanan besar yg membuahkan hasil yg positif:)

    ReplyDelete
  7. Anonymous4:58 PM

    salam akak..kenapa lama dah xupdate blog.. Alhamdulillah jika semakin sibuk menguruskan keluarga dan rezeki yang diberi

    ReplyDelete
  8. Tindakan yang sangat terpuji. Bukan semua orang berkemampuan untuk mengambil langkah yang sangat positif ini. Semoga Pija sekeluarga terusan diberkati Allah , In shaa Allah

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!