Pages

Thursday, July 21, 2011

Anak Ramai : Cara Mengurus

Bismillah,

Saya menerima mesej ini dari k.Masayu  beberapa hari yang lalu. Saya berjanji hendak menyiapkannya dalam masa 3 hari tapi ternyata saya gagal kerana saya kalut dengan tetamu yang datang dan kesihatan saya yang tiba-tiba sahaja bergolak. Jangan pandang pada blog saya yang dipenuhi entry, ia adalah scheduled belaka yang mana saya buat bila mana ada kesempatan. Juga jangan pandang pada wall facebook saya yang aktif kerana saya boleh sahaja duduk sekejap-sekejap untuk memberi komen di sana atau barangkali suami saya akan menjawab bagi pihak saya.


Assalamualaikum w.b.t saya sedang mencari beberapa orang wanita bekerjaya untuk berkongsi pengalaman dalam mengurus masa, keluarga dan rumah tangga. Pengalaman ini akan dimasukkan di dalam buku supermom ideal yang bakal terbit tidak lama lagi, jika pijah tak keberatan berkongsi jadual harian yang padat dan tips mengurus masa dan keluarga.
;D


Sesungguhnya saya bukan seorang yang layak untuk berkongsi pengalaman memandangkan kehidupan manusia biasa, lumrahnya akan mengalami naik dan turun. Malah, selepas dari menerima mesej k.Mas, saya tiba-tiba menjadi pasif sekejap. Jangan kalian bimbang, saya tidak apa-apa. Hanya sakit 'alami' yang sedang saya hadapi sekarang ini.

Buat masa ini, penawar paling melegakan saya adalah berbicara kosong dengan suami dan berjalan-jalan bersama suami dan anak-anak. Selepas mendapatkan terapi itu, insya ALLAH saya akan sedia pulih. Contohnya selepas pulang dari Kota Bharu menghantar tetamu kami tempohari, walaupun telah jauh malam, saya berkobar-kobar menggantung suai baju anak-anak saya yang berlonggok kerana hari sebelumnya saya tidak bangun langsung.

Baiklah bagi menjawab mesej k.Mas itu, saya akan mulakan dengan perenggan di bawah :

Mengurus Masa
Saya bukanlah orang yang bagus sangat dalam pengurusan masa. Secara keseluruhannya telah banyak saya ceritakan dalam entry saya di bawah :


Sekarang, saya benar-benar perlu beradaptasi dengan anak yang ramai dan jadual mereka yang berubah dari tahun ke tahun. Buat masa ini saya lebih suka mengamalkan kaedah checklist berbanding jadual. Dalam sehari, saya akan duduk di awal pagi dan buat checklist kerja apa yang saya perlu buat dan setiap kali saya dapat melaksanakannya, saya akan strike perkara tu.

Dalam masa yang sama, saya ada sedikit jadual yang longgar untuk anak-anak seperti :

  • Makan tengahari
  • Iqra'
  • Homework
  • Ulangkaji
  • Main
  • Menonton TV/VCD/DVD
Mereka harus menyelesaikan semua yang dinyatakan di atas sebelum malam menjelma. Main dan menonton TV/VCD itu adalah bonus dan mereka hanya akan mendapatkannya sekiranya mereka berjaya menyelesaikan yang lainnya. Itu bermakna, jika mereka tidak melakukannya maka mereka tidak akan mendapatkan bonus itu. 

Selain dari itu, kami mengamalkan disiplin tertentu di dalam rumah. Kami tidak ada cara lain selain dari mengajar anak-anak kami untuk bekerja sama-sama. Di sini saya sertakan link yang sesuai untuk dibaca bagaimana kami cuba untuk mendisiplinkan anak :
Tanpa mendisiplinkan anak-anak, kehidupan saya barangkali akan sangat kucar-kacir. Apatah pula bila tidak mendapat kerjasama suami. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, tidak terlalu sempurna tapi sedang elok sahaja dan kami bersyukur dengan keadaan kami. Di samping itu, saya ada dua prinsip yang selalu saya ingat :

Untuk membaca entry Yutt berkenaan 24 jam tidak cukup sila ke link ini


Selain itu, jangan lupa keperluan diri untuk berekreasi. Tidak perlu mencari tempat yang mahal-mahal. Cuba perhati sekeliling kawasan tempat kita tinggal, masih ada banyak lagi tempat yang boleh di explore dan dijadikan tempat untuk bersantai. Sasaran kami seterusnya adalah Kolam Air Panas La.

Rasanya itu sahaja yang saya dapat kongsikan bersama kalian. Saya tidak menghantar entry ini kepada k.Mas kerana masalah yang saya nyatakan di atas. Saya ucapkan selamat berjaya buat k.Mas dengan bukunya Supermom Ideal itu.

5 comments:

  1. sy suka entry ni

    time management tu sgt2 pntgkan :-)

    ReplyDelete
  2. waaa..panduan utk saya pas dpt ank nnti ni..=)

    ReplyDelete
  3. wah kak pija..super mom..tah dapat ke tak sehebat kak pija ;D

    ReplyDelete
  4. jgn bertangguh tu payah sikit nk buat...hehehe..baik!.lepas ni xnak bertangguh dah

    ReplyDelete
  5. try our best ti be our kids' supermom ! biarlah kite xsuper di mata org lain , tp di mata suami dan ank2,kitelahh yg super ... yeehaa ~

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!