Pages

Tuesday, July 26, 2011

Hati-Hati Lopak Di Jalan

Bismillah,

Ini peringatan terutamanya kepada penunggang motosikal. Saya dulu pernah merempit juga dan sejauh2 saya bawak motor dulu adalah dari Selayang ke Kajang & Bangi. Tapi syukurlah jalan yang saya lalui dulu bukan jalan kampung. Selalunya jalan di bandar besar begitu elok dan kalau ada lopak tak begini keadaannya.

Bila saya buka Wiki untuk mencari maklumat berkenaan Lebuhraya Timur-Barat ni, barulah dapat tahu bahawasanya jalan itu dibina di sekitar tahun 1967 lagi. Tapi kalau tengok sejarah memang agak susah nak buat lebuhraya tu.

Ada seorang customer saya yang pernah kerja di Kelantan dahulu cerita zaman dulu komunis ramai di jalan ini. Jadi, memang ramailah yang terbunuh dalam proses nak siapkan jalan ni. Tapi zaman sekarang mana dah ada komunis (komunis menyerah sepenuhnya semasa tahun 1989 - saya 9 tahun dah masa tu), sepatutnya jalan ini boleh dibaiki dengan aman.

Ini adalah gambar semasa di puncak Titiwangsa :)
Utk baca lebih sila klik sini 

Uik... itu gambar suami saya....bukan gambar komunis :P

Saya mencadangkan supaya jalan ini dibaiki bukan apa. Cuba lihat dulu gambar2 di bawah ini :


Di tengah jalan...bukan di tepi






Masa kejadian tu, kami terlihat ada dua budak muda dengan dua motor dengan seorang terbaring di tepi jalan dan seorang lagi sedang kegelisahan. Waktu tu baru saja Subuh dan saya yakin, barangkali orang lain pun tak berani nak berhenti apatah pula masih gelap. Boleh jadi saja dua budak tu hanya berlakon.

Tapi mujur juga suami saya terlihat lopak dalam gambar di atas dan dia rasa budak2 itu memang betul2 kemalangan. Kami mempunyai pengalaman bila mana kereta kami terpusing lalu masuk ke dalam longkang dan andai saja tak ada orang berhenti dan tolong, pasti kami duduk dalam longkang tu je lah jawabnya. Jadi kami tahu bagaimana rasanya being neglected dek orang lalu lalang di situ.

Tak banyak yang dapat kami tolong, kata suami dia tak ada patah riuk tapi luka di merata2. Suami saya cuba kosongkan bahagian blkg AD Resort kami in case abang budak tu sampai terlampau lambat. Rupanya mereka dah contact abang mereka yang kerja di Pulau Banding untuk datang tapi agaknya abang dia solat dulu kot baru datang ambil adiknya maka lewatlah sikit tiba.

Mujurlah ia tidak melibatkan nyawa. Jalan sebegitu, sudahlah berlopak, tiada pula lampu jalan memang akan mengundang kejadian seumpama ini. Jadi, kepada mereka yang memandu tak kira apa jenis kenderaan sekalipun berhati2lah dan kepada pihak JKR, silalah beri tumpuan kepada jalan ini memandangkan ia adalah laluan utama untuk orang dari Utara ke kawasan Pantai Timur.

*Ape lah ayat aku ni mcm la JKR nak baca entry ni :(

 

3 comments:

  1. hayooo...
    sangat dasat...
    ish2..arap ade pembaikan..

    ReplyDelete
  2. hantar link ni ko aduan rakyat TV3 suku ataupun terus hantar ko JKR.

    rindu nyo ko jalan ni*tiba2 teringat kenangan balik kapong dari Nibong Tebal - Kelate suatu ketika dulu*

    ReplyDelete
  3. Yg dahsyatnya sepanjang jalan rosak.. amik masa terlalu lama utk dibaiki. cuma balik baru ni Alhamdulillah banyak yg dah dibaiki. namun masih ada yg berlubang. sebab sy lihat jln tersebut dibaiki tidak menepati standart JKR.jadi mmg mudah utk pecah kembali. sy yakin sbb tengok cara tampal mcm tampal jln kampung dan nipis.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!