Pages

Wednesday, July 27, 2011

Jom BERSIH Hati : Bagaimana Membersihkan Hati

Bismillah,




Saya telah google dan ini sedikit sebanyak yang dapat saya ambil bagaimana untuk membersihkan hati


  • Mengingati ALLAH - 
"Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH itu hati akan tenang"(Surah Ar Raad: 28)
  • Jauhkan dengki 
  • Baca Al-quran berserta dengan maknanya sekali
  • Dirikan solat malam seperti solat tahajjud, taubat, hajat dan sebagainya
  • Berbanyaklah berpuasa
  • Berkumpullah dengan orang soleh
  • Bersegera membuat kebaikan - 

Surah Al-Imran;ayat;133ْوَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ133] Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.
  • Banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
  • Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sebelum tidur
  • Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari
  • Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
  • Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
  • Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
  • Kekalkan wuduk.
  • Bersedekah.
  • Belanja orang makan.
  • Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
  • Berkawan dengan ulama.
  • Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  • Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.
  • Pesan pada orang, jadi baik.
  • Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

Ramadhan kian menjelang... saya ingin mengajak diri sendiri untuk membersihkan hati sebelum menjejak ke madrasah Ramadhan. Apa persediaan kalian?? Kongsilah dengan saya supaya saya menyediakan diri saya juga :)


1 comment:

  1. tq for sharing.. insyaAllah akan cuba di aplikasikan dalam hidup sehari2.. akak mohon share di blog akak ye siti.. :)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!