Pages

Tuesday, August 16, 2011

Alat Bantu Mengajar Anak Membaca

Bismillah,


Ini juga adalah kompilasi dari apa yang saya dapati dari giveaway yang pernah saya anjurkan satu masa dahulu. Ia adalah untuk membantu ibuk2 supaya tahu apakah yang rakan2 kita gunakan untuk merangsang anak minat membaca.

*Saya dah cuba klebek width dan height yg sesuai untuk buat scroll box tp nampak gaya nya tak menjadi jugak huhuhuhu... 


550px; height: 800px;"> 
Peserta pertama :
Alat yang spesifik untuk membantu mengajar tak ada kot.
Tempat:
Ana tak terhadkan masa dan tempat untuk mereka membaca. Mereka boleh membaca di mana-mana sahaja, tak kisahlah sama ada di bilik tidur mereka sendiri (atau di bilik tidur Ana), di dapur, di ruang tamu atau di dalam kereta. Sebab tu rumah ana berselerak, penuh dengan buku-buku mereka.kekeke..

Alam sekeliling:
Ana suka bagi mereka explore dengan keadaan sekeliling. Jadi bila mereka jumpa benda-benda yang sama seperti gambar di dalam buku mereka, mereka akan mudah ingat.
Ok. Itu jer kot perkara-perkara yang diaplikasi untuk anak-anak Ana.

Peserta kedua :
Iqra'
Al-Furqan
Kad Imbas Al-Barqy

Peserta ketiga :
Alat bantu mengajar yang ada?

1) Flash Card - baru beli 2 kotak..
2) Buku2 atau kamus bergambar - memang dia suka..suka beli kat kedai buku excess PJ, buku international dengan harga yang murah sangat
3) Majalah2 bergambar..terutama pa&ma..


Peserta keempat :

  •  Kad Imbas
  • Buku Cerita Yang Berwarna Warni
  • CD Lagu Kanak-Kanak
  • Kertas & Pen ( untuk melukis & menconteng )


Peserta kelima : 
Buku2 utk baby atau bahan bacaan saya yg sesuai diajak membaca bersama sikecil.


Selain daripada buku, saya juga gunakan kad bergambar untuk anak2 saya minat membaca termasuk buku yang disertakan Cd untuk kemahiran menyebut perkataan dengan betul



Saya belikan blok yang ada abjad dan nombor. Kiranya ini untuk ajar dia menulislah. Kalaula tulisan sayang ibu ni cantik macam blok nikan bagus.

Poster ni memang sangat penting. Letak kat laluan utama ye. Senang sket nak test. "Nak snack? Tunjuk dulu mane 'C'. 'C' untuk...COMEL. Sapa comel? Ibu comel !!! yeay....'C' untuk ...COMOT. Sapa comot? Najla !!!! hahahah....."

Drawing paper & magic pen. Harini bagi pen merah, esok biru plak, lusa itam, tulat kuning ...blablabla.....


Flash Card. Setakat ni baru ada 2 jenis. Satu untuk 'opposite' - yang ni beli kat Mydin dan satu lagi flash card dari Your Baby Can Read Lift The Flap card yang saya beli online.

Ni yang saya kategorikan apa sahaja yang boleh dijadikan alat bantuan mengajar. Kat atas tu saya ajar dia tulis nama sendiri, buat 'five' dan macam-macam. Tapi yang nampak kat situ adalah pancaindera yang ada kat bahagian muka. Muke sape yg kiut Najla lukis ni? Hehehe....

Najla jugak ade beberapa koleksi CD, ada CD Adik Pandai, Nursey Songs Vol 3 & 4, YBCR dan Bismillah. Yang paling dia suka Cd adik pandai.





Pelbagai jenis buku, seperti board book (buku keras), interactive book (buku interaktif), buku Bacalah Anakku (satu set ada 8 biji buku) dan buku-buku bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak. Tapi anak-anak paling suka buku interaktif sebab dia boleh dengar orang bercerita bila kita belek setiap helaian buku.





1. Buku:buku semestinya yang paling penting, buku juga mengikut umur dan perkembangan Naim sendiri, dari flash card, hingga ke Children Dictionary


2. Crayon Besar, pensil warna- ini biasanya dibuat selepas aktiviti pembacaan, biasanya aktiviti melukis balik lukisan di dalam buku yang dibaca dilakukan untuk menambahkan keseronokan, saya beli crayon yang besar supaya senang Naim nak pegang.


3. Video Compact Disc(CD) atau Cakera Padat, Bagi Naim tengok tengok cerita Upin dan Ipin pastu beli pulak buku Upin dan Ipin, mesti dia nak baca buku Upin dan Ipin tu

4. Stamping cop untuk cop gambar menarik, play dough untuk membentuk macam-macam seperti dalam buku yang dibaca, ini lagi menyeronokkan Naim

5. Permainan- sebenarnya membaca hanyalah salah satu dari proses pembelajaran, banyak lagi proses pembelajaran contohnya bermain, semasa bermain banyak benda yang boleh dipelajari oleh anak-anak. begitu juga dari segi penglihatan, anak-anak memperolehi maklumat yang sangat banyak dari proses visual, begitu juga dari pendengaran, derita rasa, apabila semua proses ini digabungkan, ia akhirnya akan membentuk seorang anak yang cerdas dan cergas

Kita cuba buat yang terbaik untuk anak-anak, yang penting berfikiran positif, banyak membuat kajian dan bacaan mengenai perkembangan kanak-kanak, akhirnya kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah supaya anak kita menjadi seorang yang berjaya dan berguna Dunia dan Akhirat


Ni saya suruh senyum ye....





Naim suka sangat buku Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ni, hampir setiap hari selak..



Ini Gajah



Naim mengecop.....seronok-seronok



Buku The Developing Child tu memang bagus sebab dalam tu terangkan umur dengan tahap perkembangan anak dengan terperinci.


Ni untuk ummi....saya langgan selama 2 tahun dah ni..penuh kat rumah magazine pama and magazine rasa(ni untuk masak-memasak ye)



Ni alat bantuan mengajar, VCD, ada VCD yang sekali dengan buku, jadi buku tu gambarnya sama dengan yang dalam VCD...Naim memang suka



Serius tu baca....masa ni Naim umur setahun lebih



Ni masa Naim berapa bulan ntah...baca resepi dengan ummi dia





  • Cloth book
  • Buku-buku bergambar
  • Buku-buku yang fancy (contoh: yang ada peek-a-boo dalamnya), bagi anak seronok..sambil baca sambil main
  • Flash card

Sebelum tu, I nak share jugak few tips yang I dapat belajar dari Montessori Method talk yang di adakan di nursery Baby SN iaitu Kinomi Hoikuen. Parents kena faham tentang tiga perkara penting dalam perkembangan anak2 berumur 0-6thn. Yang paling penting ialah dalam tiga aspek iaitu :-

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWpwBhY9treehOEItLSoZio4jYaT832xUTrdLC9tkYVmVudUhXUt9ZVdSMTIx6AF0zr2z-GZhf_mP7zmTLzo4tDO4HYyk6JN_W416HBrpsfZ0Ns25B9J77Uj-vOfF0QwaBwjMfwQ/s1600/blog8.jpg



(1) BRAIN

~ dalam usia 0-6 tahun inilah, perkembangan otak nerd si manja paling cepat dan cerdas.
~ parents kena bijak untuk ambil peluang dalam usia anak2 0-6tahun ini untuk meransang perkembangan minda anak2
~ bukan maksudnya kita paksa anak2 belajar tapi parents kena bijak buat aktiviti yang boleh ransang minda anak2 untuk berfikir nerd dan dalam masa yang sama, jangan paksa anak2
~ antara aktiviti2 yang boleh dilakukan ialah :-
(i) Painting - Try to alternate between large, stubby brushes and smaller, finer brushes. The smaller the brush is, the more control they need over their hands.
(ii) Writing - Use crayon or chalk. This affords some really fine work and allows them to develop their pincer grip
(iii) Puzzles - For younger children; start them off with large peg puzzles(have the little knob sticking out of each puzzle piece). This allows them to garner more control over their finger movement.

=- stacking the animal-shape jigsaw puzzle with knob on the puzzle-=

(iv) Playdough - Children will get some great fine motor skill exercise out of Playdough especially if you add some extra equipment such as rollers and cookie cutters.
(v) Cutting - For younger children who are just getting used to manipulating scissors, you can buy them without any metal. They are sharp enough to cut through paper but not much else.
(vi) Threading - Buy some beads to thread or use some colored pasta and string. This activity requires a lot of control and a steady hand. Perfect practice for fine motor development.

=- moving the beads through the complicated colorful strings -=

(vii) Blocks - Start out with larger blocks and move your way towards the smaller variety. The smaller the blocks, the more control they need to develop. 

 
=- different types of blocks and shapes -=


(2) SENSITIVE PERIOD
~ sediakan ruang dan peluang untuk anak2 menggunakan deria lihat + rasa + sentuh + dengar mereka untuk belajar

(3) MOVEMENT
~ antara akiviti2 yang boleh di lakukan ialah :-

(i) Running - great for encouraging the development of gross motor coordination.

(ii) Climbing - developing those important gross motor muscles.
(iii) Hopping - developing some balance.
(iv) Ball play - Kicking, rolling and throwing are some great ways to encourage gross motor development


 
=- kicking and throwing balls -=




Cara untuk menerapkan sedikit sebanyak konsep Montessori Method di rumah ialah dengan cara menyedikan persekitaran yang SESUAI. I selalu ulang2 pasal sediakan the appropriate & conducive environment ni kan?. Kat sini I nak share lah macamana caranya I sediakan persekitaran yang sesuai untuk baby SN bermain sambil belajar di rumah.


(1) Meja + kerusi khas
~ bila anak2 ada kerusi + meja khas untuk dia gunakan, dengan sendirinya anak2 akan faham yang mereka perlu duduk di kerusi dan meja tersebut untuk sebarang aktiviti 
~ sebab I tak jumpa lagi meja yang sesuai (*read: murah) senyumkenyit untuk baby SN, I jadikan iron board yang kecik tu sebagai meja untuk dia hehehe
~ consequences: bilik tidak bersepah + anak2 faham kegunaan kerusi & meja 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcmEbWFnS8dAeLYhncClHb2kBLbHKd95_cIh_Mgym1hrEBsxPl0ou5DnEVi3PdWphkwpG_FRmJFjHVlonZeCUfIzoxdBZ4iSIvospXf6QjayhPhRS0GOmiCVUH2auKMskwXrw4YQ/s1600/DSC_0001-4.JPG
=- baby SN duduk dengan penuh gaya kat kerusi + meja study -=

(2) Alat tulis yang sesuai
 

~ crayon lebih sesuai untuk permulaan umur tapi ken apastikan crayon tu selamat untuk anak2 pegang
~ I beli crayon yang ada pemegang, jadi probability untuk tangan baby SN tercemar dengan bahan kimia dan dalam masa yang sama kebarangkalian untuk baby SN 'makan' crayon tu adalah rendah


=- crayon ada pemegang khas ~ selamat untuk anak2 kecil -=



(3) Sediakan tray/dulang untuk aktiviti - contoh: menulis 

~ letakkan kertas untuk menulis di dalam tray/dulang 
~ bila letak kertas dalam dulang ni, kebarangkalian untuk anak2 conteng kat tempat lain (*read: dinding) ialah rendah
~ consequences : anak2 akan faham sebarang aktiviti hanya di lakukan di dalam tray itu + toys/learning tools tidak bersepah


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkWxO8mAygkAgjSYyil6qiFUT3qN7ZSTY1KnAqlN5KiE6LYnh1GqX4Fu3S_THyS35Wsb9dQnKYepTWALzKQpeCibWBDBV6hhTU0WBpzo6nRzZv8xshSD8Yj5ZA7Xe5TLPua0jIYg/s1600/DSC_0002-5.JPG
=- can anyone interpret his writing/drawing? -=


=- kusyuk menulis/melukis sampai naik kaki atas kerusi -=



(4) Rak yang rendah
~ toys/learning tools di susun seeloknya pada paras yang mampu di capai oleh anak2
~ ajar anak2 untuk ambil toys/learning tools dengan cermat dan letak semula di tempat yang di ambil

 
=- buku di susun pada tempat yang rendah dan senang di capai anak -=


~ parents kena tunjuk demonstrasi dulu dan lepas tu ulang banyak2 kali perbuatan ambil & letak toys/learning tools di tempat yang sama banyak2 kali sampai anak faham

~ bila anak2 dah berjaya ambil dan simpan semula toys/learning tools di tempat yang sepatunya, bagi tepukan tepuktangan tanda penghargaan atas usaha mereka
~ consequences : anak2 faham konsep tidying up room + bilik tidak bersepah


 

=- toys kecil2 main dalam tray, tak bersepah kat luar ~ senang mommy nak suruh kemas semula kenyit ngee -=



(5) Susunan yang sama dan kemas

~ susun toys/learning tools di tempat yang sama supaya anak2 tahu di mana sepatutnya mereka letak toys/learning tools lepas di gunakan




~ kalau boleh jangan campak2 semua mainan dalam bakul mainan je sebaliknya susun berderet supaya anak2 nampak apa mainan yang dia ada

~ dalam bakul mainan tu cuma letakkan toys yang susah nak di susun e.g: bola, small blocks


 
=- bola disusun dalam bakul; blocks kecil disusun dalam tray -=


Itu antara tips2 macamana nak menyediakan persekitaran yang conducive untuk anak2 belajar dengan seronok dan bermain tanpa terlalu menyepahkan mainan di rumah. Tak banyak pun kena belanja untuk sediakan persekitaran sesuai ni, yang penting kita selaku parents kena bijak gunakan apa yang ada di rumah dan susun sebaik mungkin untuk anak2.
# harga crayon + pemegang = 100yen#
# harga kerusi kecil = 500yen#
# harga iron board a.k.a meja study kecil = 200yen #
# harga bakul = 100yen#
# harga tray blocks = 100yen#
# harga tray menulis = 100yen#
*convert sendiri lah ke RM ye encem hehehe*


Kalau korang ada tips lain lagi nak tambah, please share it with me in the comment section. kenyit Boleh juga I apply tips korang bagi tu untuk baby SN.






 

1 comment:

  1. wah, ada terselit jugak wajah anak ku di dalam entry ini hehe

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!