Pages

Friday, August 12, 2011

Ibu Tidak Cukup Susu Boleh Berbuka

Bismillah,

Minggu lalu, saya didatangi sahabat yang saya cintai. Macam selalu, dah ada kat depan rumah baru dia bagitau. Sudahlah begitu, datang untuk memberi hadiah saja dan tidak mahu masuk ke dalam rumah. Kalau itu bukan bulan puasa, memang saya nekad nak bawa jag air keluar sebab diorang selalu mengelak untuk masuk ke rumah kami.

Sebelum itu, ada dia mengadu kepada saya yang dia sudah kekurangan susu. Saya hanya mencadangkan supaya dia tidak berpuasa sahaja sehingga masalah kekurangan susunya lekas selesai dan kemudian bolehlah dia berpuasa semula. Tetapi apabila sampai di depan pintu saya, bila saya bertanya, rupanya dia telah memberikan anaknya susu formula.

Oh.. di sini saya tidak berniat untuk menghina ibu yang memberi anak dengan susu formula. Saya sekadar merasakan sangat rugi sekali kerana telah memberi susu formula sedangkan penghasilan susu yang lebih sebenarnya boleh diusahakan. Itu sahaja... Saya telah rugi banyak dalam hal penyusuan susu ibu, setakat 5 anak yang saya ada, 3 orang tidak diberikan susu ibu secara eksklusif sepanjang 6 bulan pertama mereka. 2 lagi, terpaksa diberhentikan awal kerana saya mengalami kesuburan melampau (hamil lagi) :P.

Tapi alhamdulillah, rezeki Ahmadi ternyata lebih baik berbanding abang dan kakaknya. Ahmadi sudah ada ibu susuan dan sekarang Ahmadi telah kembali menyusu dengan susu badan. Nanti saya akan ceritakan bagaimana pengalaman ini terjadi. Saya mahu mengumpul lebih banyak perkara untuk diceritakan dalam satu entry.

OK, andai sahaja saya kekurangan susu di bulan puasa, saya akan memilih untuk berbuka puasa dan menggantikannya kemudian dari memberikan susu formula kepada anak saya. Itu akan menjadi usaha saya sebelum saya menyerah kalah. Perjuangan membanyakkan susu badan memang SANGAT SUSAH  sebenarnya. Jadi, bila ada pilihan ini, saya akan berbuka.

Perhatikan betul-betul apakah di bulan puasa, kita telah kurang mengambil makanan? Ini adalah kerana, menurut pengalaman ibu yang tiada masalah dalam penyusuan sekalipun di dalam bulan puasa, adalah kerana perkara berikut :

  • Berniat untuk beri yang terbaik kepada anak ~ insya ALLAH niat yang baik ini, jika diiringi dengan usaha akan dimudahkan ALLAH. 
  • Pastikan bersahur dengan makanan yang berkhasiat.

Sebelum membeli susu formula atas alasan susu kurang di bulan puasa, fikirkan ini :

  • Susu kita itu adalah hak anak, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan yang terbaik untuk mereka
  • Sudahkah kita berusaha membanyakkan susu kita itu sebelum memberi susu formula kepada mereka?
  • Adakah kita lebih sayang kepada 'nak ganti puasa' daripada 'beri anak susu formula'?
  • Sudah terfikirkah buruk baik kita mahu memberikan susu formula itu? 
  • Kita dah berbuka tapi produksi susu terus drop juga atas alasan yang tidak diketahui
Bukan apa, saya telah melaluinya berkali-kali. Dari sisi pengalaman saya, ternyata saya perlu kepada susu ibu untuk membesarkan anak-anak saya. Tidak mahu saya nyatakan di sini bezanya, jika rajin selak label susu ibu saya dan di sana anda akan temukan jawapannya. Bukanlah susu formula itu tidak baik tetapi bagi saya susu ibu adalah yang terbaik. 



Di antara rahmat Allah yang agung kepada hamba-hamba-Nya yang lemah, Allah memberi rukhshah kepada mereka untuk berbuka, dan di antara mereka adalah wanita yang hamil dan menyusukan anak.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu (iaitu al-Ka’bi, bukan Anas bin Malik al-Anshari, pembantu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tapi ini adalah seorang pemuda dari Bani Abdillah bin Ka’ab, dan dia pernah tinggal di Bashrah, beliau hanya meriwayatkan hadis ini sahaja dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam): “Kuda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mendatangi kami, aku pun mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, dan aku temui dia sedang makan. Beliau bersabda: “Mendekatlah ke sini dan makanlah”, Aku berkata, “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”, Maka beliau bersabda, “Mendekatlah ke sini, aku akan membeitahumu berkenaan dengan puasa. Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala menggugurkan (meringankan) setengah hari beban solat ke atas orang yang bermusafir, menggugurkan (memberi rukhsah) ke atas wanita yang hamil dan menyusukan anak akan kewajiban berpuasa. Demi Allah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengucapkan keduanya atau salah satu dari keduanya. Aku pun benar-benar menyesal kerana tidak memakan makanan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (715), an-Nasa’i (4/180), Abu Dawud (3408), Ibnu Majah (16687). Sanadnya hasan sebagimana pernyataan at-Tirmidzi)

Sumber : http://fiqhmedic.wordpress.com/2011/07/23/kemudahan-dan-keringanan-ketika-berpuasa/

Ibu yang tergolong dalam golongan boleh berbuka :

  • Susu kurang sedangkan anak adalah sangat perlu kepada susu untuk terus hidup. 
  • Anda tiada stok susu untuk mengatasi kekurangan susu itu. 
  • Anda memang tidak ada cara lain untuk memberi anak anda kecukupan susu itu ~ memang tidak pernah membeli susu formula dan tidak akan mahu memberikan mereka susu formula. *Mungkin ada di antara kita yang tiba2 saja di bulan puasa memaksa diri untuk menyusu badan semata-mata sedangkan sebelumnya telah memberikan anak dengan susu formula. Ini namanya mendera diri kerana anak yang telah merasa susu formula akan menjadi sangat tinggi tahap keperluannya dan kebergantungannya kepada susu.*

Punca susu kurang : (dipetik dari sumber : http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/09/15/wanita-menyusukan-anak-berpuasa-breastfeeding/)


 Jika menurut kajian di atas, punca kekurangan susu tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan puasa kecuali berlakunya dehidrasi. Dalam banyak keaadaan, kerisauan ibu yang takut letih & kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa. Kurangnya rangsangan kepada payudara membawa kepada kurangnya susu.
Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyakdemand, lagi banyak supply yg dihasilkan. Badan kita memahami demand untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan.
Di samping hormon prolaktin (berfungsi untuk membuat/menghasilkan susu) danoksitosin (berfungsi untuk mengeluarkan susu dari payudara), terdapat satu lagisubstance penting yang dinamakan Feedback Inhibitor of Lactation (FIL).
FIL adalah sejenis protein yg terdapat di dalam susu yg berkumpul di payudara ibu itu. Ia memberi negative feedback kepada proses penghasilan susu tu. Jika banyak susu tidak dikeluarkan dari payudara (sebab kurang penyusuan dari bayi/kurang diperah keluar), maka banyaklah FIL ini berkumpul dalam payudara. Level FIL yang tinggi ni akan memberi signal supaya kurang susu dihasilkan (negative feedback). Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka lama kelamaan payudara itu akan mengecil.
Sebaliknya, jika susu sentiasa dikeluarkan dari payudara (bayi kerap menyusu / kerap diperah keluar), maka kurang FIL dalam payudara. Level FIL yang rendah ini akan memberi signal supaya lebih banyak susu dihasilkan.
Maka, penyusuan berterusan samada puasa ataupun tidak amat penting supaya payudara tidak terputus menghasilkan susu.
Menarik juga andainya kita tahu apa kesan puasa kepada penghasilan susu :
Satu kajian dilakukan ke atas wanita Afrika berkenaan hubungan puasa danbreastfeeding mendapati isipadu susu yang dihasilkan tidak terjejas sewaktu puasa. Dan sebanyak 90% wanita Afrika yang hamil dan menyusu akan berpuasa semasa Ramadan. Kajian dari Universiti Colorado juga menegaskan puasa tidak memberi kesan kepada penghasilan susu dari segi isipadu dan kepekatannya.
“Metabolic consequences of fasting during Ramadan in pregnant and lactating women.”http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/6643131?dopt=Abstract“Effects of fasting, elevated plasma glucose and plasma insulin concentrations on milk secretion in women.”http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8254289?dopt=Abstract
Manakala, kajian oleh Universiti Ankara di Turki merumuskan bahawa kekurangan penghasilan susu dan kesan-kesan lain semasa puasa lebih merupakan kepercayaan tersendiri si ibu. Bimbingan agama dan teknikal amat diperlukan untuk membantu golongan ini.Fasting by breastfeeding mothers of infants is common during Ramadan, and rates are affected by beliefs of mothers on the effects of fasting on breastfeeding. We believe that child health care providers need to be knowledgeable about religious and cultural phenomena, study the effects of Ramadan fasting and form links with Islamic teachings to find religiously and culturally appropriate methods to combat the possible unfavourable effects for infants and children.”Attitudes and practices of breastfeeding mothers regarding fasting in Ramadan.http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11737021?dopt=Abstract

Pandangan serong masyarakat kepada golongan yang mengambil rukhsah dengan berbuka puasa : 
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِأَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ} (14) سورة لقمان“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-KU dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-KU-lah kembalimu.”

Memang adalah sangat susah untuk mengelakkan pandangan serong ini. Ini adalah kerana, sekalipun mereka mengetahui berkenaan rukhsah ini, mereka masih beranggapan ada alternatif (susu formula) atau mereka beranggapan ada orang boleh berpuasa, maka kenapa tidak kita? Mmm....benda ni susah nak cakap, bila kita BF, maksudnya biologi kita dah tak sama dengan wanita yang tak menyusu... itu dah satu beza, di antara orang yang menyusu pula, ada yang kerjanya perlu tenaga lebih banding sesetgh orang kerjanya tak berat mana... 
Pada pendapat saya, bukanlah nak melengahkan suruhan agama.... tapi kalau kita betul2 nak menjaga hak anak dengan m'beri susu ibu, dan dalam masa yang sama susu kurang...pilihlah untuk berbuka.. kemudian, sama2 kita ikhtiar supaya kita dapat banyakkan susu dengan mengambil lebih makanan berkhasiat pada sebelah malamnya... Memang ada setgh org yg akan pertikai 'apsal ko buka puasa, aku BF juga tp aku puasa' kerana hakikatnya kita dan dia tak akan pernah sama... bila org berkata, biarkan saja kerana niat kita itu kita serah kepada ALLAH.
Tujuan saya timbulkan isu ini adalah bukan nak menggalakkan orang tidak berpuasa...cuma jika tiba di jalan buntu seperti sahabat saya itu, berbukalah...kemudian jangan sehingga tidak berikhtiar untuk mengatasi masalah ini. Kalau perlu makan lebih di malamnya, makanlah.. dan jika mampu pula, belilah suplemen yang diamalkan majoriti sahabat kita.
Untuk menambahakn lebih pemahaman, sila rujuk link di bawah ini juga :

2 comments:

  1. pengalaman saya, puasa tahun lepas baby saya baru 2 bulan...so,saya amik keputusan tak puasa langsung...dlm tempoh puasa tahun lepas ke puasa baru ni pun, saya cuma dapat ganti kan 10 hari je sebab anak saya lebih suka susu saya dan stok susu dia pun 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' je...
    lepas tu, pregnant pulak...mabuk2 tak bole nak ganti puasa...sudah nye, kene la bayar fidyah n ganti lagi 20 hari....huhu...
    nasib baik puasa kali ni, dah lepas trimester pertama...harap2 dapat berpuasa penuh....
    tu jerrr nak cite...hehe...

    ReplyDelete
  2. sayer pon,,tahun lps ank baru 3 bulan,,sikit jer ari yg berpuasa,,tahun nih ank da 14 bulan,,Alhamdulillah walau ader gak tinggal ari tuh.....

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!