Pages

Tuesday, December 06, 2011

Kita Masih Tidak Cukup Berdoa

Bismillah,

Semenjak dua menjak ni, itik tidak bertelur. Mereka mula tidak bertelur masa mula2 musim hujan tempohari. Hoho.. sakit kalian bila itik tak bertelur sebabnya makanan mereka takkan kita nak catu pulak kan. Kiranya sampai rabak jugakla poket nak menanggung itik tu sementara nak menanti one fine day untuk mereka bertelur semula. Mujur alhamdulillah itik boleh dimakan, jadi bolehla kami makan especially yang nampak monyok tu kan.

Tapi jangan bimbang, kami masih optimis. Semoga satu hari, hasil titik peluh suami saya berhasil. Barangkali ini ujian ALLAH kepada kami. Bukan sedikit kata-kata orang yang terpaksa kami telan. Ada yang kata bela itik payah nak pergi mana2, memang pun tapi risiko tu memang telah kami fikirkan. Ada yang kata, payah nak menjadi bela itik telur ni, tapi pada mata kami bukan kami nak kaya pun, kami sekadar mahu cukup makan. Ada yang kata penat kerja dengan itik ni, serius sangatlah betul dan itu juga telah kami fikirkan secara mendalam akibatnya.

Namun, sekalipun risiko itu telah kami ketahui, kami masih manusia biasa...

Suami : Umi....huhuhuuu... nape itik tak bertelur lagi? Sob sob..
Isteri : Huhu... Sabarlah
Suami : huhuu...Sabar dah ni..
Isteri : Kita tak cukup doa lagi kot abah?
Suami : Hah? Tak cukup orang??
Isteri : Tak cukup doalah!
Suami : Keh keh..ingat tak cukup orang nak doa tadi
Isteri : Sabo je la...

Huhu... sabo je lah. Ada je dia nak belok kearah nak kawen lagi. Suami saya ni, dari awal kawin lagi ngusik bab ni sampai naik lali dah. Bila saya olok2 bagi dah dia kata takde sape nak sbb dia tua dan busuk pulak...maklumlah keje dengan itik kehkehkeh... *OK2..ini adalah lawak melampau laki bini, plis dont do at home*

Barangkali betul apa yang ada dalam kepala saya. Kurang doa, kurang usaha, kurang sedekah, kurang amal. Ya ALLAH...sungguh kita hanyalah manusia lemah yang hidup bergantung kepada kasih sayang ALLAH. Sebenarnya, bisikan2 baik selalu saja datang. Cuba kita perhatikan betul2. Saya nak cerita pun saya takut sebenarnya sebab ini melibatkan hal ibadah.

Masa saya di Taayah hari tu, barangkali di tingkatan 4-5 saya selalu terjaga malam lebih kurang 4-5 pagi dan saya tidak dapat lena semula melainkan saya ke bilik air, mengambil wudhu dan solat sunat sebelum dapat tidur semula. Masa tu sahabat baik saya (Amy) terpaksa temankan saya tiap2 malam ke bilik air sebab ada kes Mat Terap lah dan ntah apa kes lagi ntah. Jadi kami bergilir, malam ni tidur bilik saya, esok tidur bilik dia. Mujur bilik sebelah2 aje.

Itulah kesempatan yang ALLAH berikan kepada semua orang. Saya pasti setiap orang punyai naluri begini dan sama ada naluri itu mahu dilayan atau tidak sahaja. Selain naluri, banyak lagi isyarat alam yang mengajak kita beribadah seperti rengekan bayi di sepertiga malam terakhir bagaikan jam loceng untuk membangunkan ibubapa supaya bangun berdoa. Amaran2 ALLAH yang datang dari anak2 juga adalah ingatan yang baik buat kita.

*Semoga tulisan kecil ini dapat membuka hati kalian bahawa iman kita selalu berbicara, jangan sampai hilang suara iman itu mengajak kita kearah kebenaran :)*

8 comments:

  1. pagi2 singgah sini dulu... belum ade idea nak buat n3 apa...

    ya betui, kdg2 memang terlintas di hati.. tatkala didesak suruh kerja, tp kerja yg dicari bukan milik kita.. & bila musim sekolah mcm ni, memang selalunya bisnes en ayah akan merudum sedikit.. biasalah kan, customer dr kalangan org Kem, begitu lah, bila ramai yg balik kg.. bila musim polis buat operasi, kdg2 anak bini diantor balik kg.. merudum lagi..

    tp tak bermakna kami tak makan.. ada.. rezeki anak2 selalu ada.. bukan kita menharap pemberian org, tdk sama sekali.. tp bila org memberi, kita ni walau malu2 alah, terima ajer lah kan.. org dah sua pinggan kat depan rumah.. nak tolak apa nyer.. kang dikatakan sombong tak bertempat pulak...


    membebel di sini di pagi hari.. ;) pija masih di Parit Buntar kah?

    ReplyDelete
  2. Oh, ana paham x cukup org tu maknanya tambah anak lagi..kehkehkeh..

    ReplyDelete
  3. Allah bagi ujian kat seseorang tu sebab Allah yakin orang tu mampu tanggung, kata ustaz pada me.tu tanda Allah sayang. rumah eliss ada jugak bela itik telur. sekor ajer. tapi berbalang2 boleh jeruk telur masin, siap bagi jiran :)

    ReplyDelete
  4. Assalam,

    Setuju benar saya dengan tulisan ini. Doa juga tanda kita ingat pada Pencipta, mengingatkan kita ini adalah hambaNya. Secara tidak langsung menghidarkan sikap ujub dan takbur.

    Apa pun situasi yang kita hadapi, jangan sesekali melupakan Allah. Hanya dengan izinNya segalanya terjadi.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  5. @kakyong

    K.Yong, saya masih di Pt Buntar..
    mcm nilah kehidupan k.yong, w/pun kami macam ni, tp ada juga sebenarnya org yg nak jadi mcm kami... nntlah saya cerita di entry yg lain..

    ReplyDelete
  6. @Suhana Shahril

    Ana, sabo je lah kan kene usik laguni...nyampah ai :P

    ReplyDelete
  7. @e.l.i.s.s.m.i.e

    Masa kitorang bela dalam 20 ekor tu tiap hari dia bertelur... ni dah 5-600 ekor diamerajuk...kurang kasih sayang kot :P

    ReplyDelete
  8. @Rose
    Terima kasih atas ingatan sahabatku :)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!