Pages

Monday, December 05, 2011

Memaafkan Lebih Membahagiakan Dari Membenci

Bismillah,

Kita ini adalah manusia yang disisiNya ntah di mana letaknya kedudukan kita. Sungguh kita tidak pernah sunyi dari perkara dosa. Dosa, kadangkala dalam diam sahaja kita akan melakukan dosa apatah pula bila dengan orang di sekeliling.

Sebelum ini saya pernah menulis tentang Kemaafan Dendam Terindah. Tidak mudah melakukan itu, memaafkan bukan perkara yang mudah. Tetapi nyata sekali memaafkan dan bersabar adalah yang terbaik.

Dan (bagi) orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri. 
Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim. 
Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada satu dosapun terhadap mereka. 
Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. 
Tetapi orang yang bersabar dan mema'afkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan. 
[Surah asy-Syura : 39-43]

Pernah seseorang mengadu bahawa dia berada di posisi teraniaya. Sakitnya rasa teraniaya itu barangkali tidak tertanggung. Tapi tidak pula saya dapati hamba ALLAH itu kempis jiwanya. Malah terasa begitu besar sekali jiwanya bilamana dia terus-terusan memberi peluang kepada orang di sekelilingnya. Apabila saya melihat kepada individu2 yang selalu didatangi masalah, sebenarnya kita akan jumpa dengan dua golongan.

Golongan pertama adalah mereka yang bermasalah, tetapi tidak mahu berlapang dada. Selalunya jiwa orang ini tidak akan lapang. Dia akan kerap mengeluh bagaikan dunia berada di atas dadanya. Berbeza sekali dengan mereka yang tidak kurang mehnah yang mereka hadapi, apabila diberi ujian, mereka bersabar dan memaafkan. Masya ALLAH... semakin mereka ini diberi ujian, semakin hebat mereka jadinya.

Hakikatnya tidak ada manual bagaimana caranya untuk memberi kemaafan. Manual yang ALLAH telah tunjukkan adalah dengan kesabaran dan bagaimana sabar itu juga perlu dididik sendiri di dalam diri. Walaupun susah untuk dipraktikkan, percayalah bahawa ALLAH akan selalu memudahkan perjalanan kita. Sudah2lah membenci kerana semakin kita membenci, kita juga akan dibenci. Semakin kita dibenci, semakin pula kita membenci. Sudahnya, jiwa kita akan sarat dengan kebencian...nauzubillah

*Jika membenci membuat kalian terus bahagia, lakukanlah...tapi saya percaya membenci akan membuat hidup lebih derita*



2 comments:

  1. kakyong pernah berada di posisi org yg teraniaya... lebih sedih bila teman itu, hampir2 buat tak kenal dgn kita (setelah berbelas tahun).. dia hanya ingat kita ni sbg kawan satu sek ajer.. walhal betapa rapat nya kami dulu.. & cara dia tu seolah2 kami ni x pernah serapat itu & kakyong yakin, agaknya dia pun pernah lupa yg dia pernah fitnah kakyong (kata2 kawan yg lain sbb dia cemburu, WA)...

    tp tak pa lah, dah maafkan dia pun, dia pun bahagia dgn kehidupan dia.. cuma geleng kepala, bila dia pulak tanya, sejauh mana kami pernah rapat dulu.. hhhmm, geleng kepala saja lah.. mungkin betul dia sudah lupa..

    ReplyDelete
  2. mahu nangis boleh tak kak?

    smlm adik no 3 kata mulai hari ni putus hubungan

    dia remove saya dari FB

    gara-gara menegur GF adik yang suka malukan adik saya di FB juga..

    teguran saya tidak bermaksud melarang mereka berkawan,teruskan cuma mahu lebih betul ke jalan Nya

    saya hanya kata, jangan burukkan pasangan dikhalayak ramai, buruk baik itu pilihan,kalau masa bercinta tak boleh nak sabar bagaimana mahu teruskan perkahwinan..

    adik terus mengamuk bila saya tegur begitu..terus pm dan nyatakan bahawa jika saya ganggu GF dia lg,dia akan pastikan keluarga saya punah...

    sedih sangat sebab dulu susah adik saya bantu, teruskan persekolahan,hantar ke ILP...tp skrg?

    apapun..saya harap adik berubah,dia tahu bagaimana nak fikir bila dia besar dan dewasa nanti.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!