Saturday, May 12, 2012

Beranikah Buat Baik Di Jalanan

Bismillah,

Mula2 kalian baca cerita ini :

Pernah satu ketika bila mana saya pandu pulang bekas teman wanita ke utara sempena cuti semester beberapa tahun lalu, tayar kereta tersebut pancit di tengah highway pada jam kira-kira 9:30 malam.
Kereta itu, kereta dia. Kereta Honda Jazz warna putih. Dah lama pakai. Saya rasa pada waktu itu telah masuk tahun yang ke-4, dan menurutnya dalam masa 4 tahun itu, itu lah kali pertama tayar pancit. Bermakna inilah juga kali pertama tayar spare diguna pakai, inilah juga kali pertama ada orang nak pusing jack tayar kereta tu.
Ya Allah, punyalah ketat.
Berpeluh saya dibuatnya. Malu pun ada jugak, macam kantoi orang lelaki tak pandai tukar tayar. Walhal disebabkan jack tayar tu ketat sangat memang jenuh la nak memusing. 
Highway pulak gelap gelita.
Nasib baik tayar yang pancit, tayar depan sebelah kiri. Takde la risau sangat di langgar kancil atau digelek lori.
Tiba-tiba ada satu motor ni berenti. Dia pakai helmet fullface. Tak tahu pakai motor apa, tapi nampak macam warna merah. Sebab gelap. Ingatkan ada orang nak datang pau. Saya siap sedia pegang spanar.
Mamat tu berhenti, parking motor, angkat fullface terus datang dekat tanya
OK ke bang?
Boleh la, saya jawab.
Eh bahaya ni bang, mari saya cuba pulak.
Rupanya saya jack kereta tak cukup tinggi. Belum cukup tinggi tapi dah bukak skru tayar nak kasi tanggal. Dia cakap, kalau lori datang lalu tayar tertanggal kereta boleh jatuh timpa. Bahaya.
Dia bukak helmet letak atas jalan, terus gagah capai jack dari tangan saya sambung jack. Nasib baik dia pun mengah jugak, jadi saya takde la malu sangat.
Gilir-gilir la buat sambil sembang ringan-ringan. Minah yang sorang ni sengih je sambil suluh lampu.
Dah habih semua, kemas-kemas dia datang salam pakai helmet terus jalan pegi ke motor dia. Saya rasa sikit ralat. Saya seluk poket ingat nak offer duit sebab memang dia usaha dan peluh pun macam lagi banyak dari saya. 
Takpe la bang.
Ambik la, saya insist.
Dia tolak tangan saya kemudian terus start motor. 
Takpe la bang simpan la. Ini hari, hari abang, esok lusa mungkin hari saya pulak.
Garu kepala, sambil terasa terharu.
Saper nama?
Firdaus.

Post From: http://www.Hujanemasx.com 

Hehe.. itu cerita kopipes... Satu yang saya tak berkenan adalah balik berdua2an dgn 'makwe'. Hayyohh... Zaman orang dah mula menjaga tatasusila ni masih ada juga yang buat begini atau barangkali cerita di atas telah lama dan orang yang terlibat telah bertaubat. :)

Dunia ini insya ALLAH masih banyak tempat yang selamat. Namun, at the first place kita mesti menjadi orang yang baik juga. Kerana, telah ALLAH janji buat baik dibalas baik. Balasan baik itu tidak kiralah dari orang yang kita buat baik atau dari pihak lain.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” Riwayat Ibnu Abi Dunya


Tiba2 teringat arwah abah. Semasa saya menyelak2 diari arwah, saya melihat jadual dia ke satu2 tempat bersama sekian2 orang. Rupanya tidak semua urusan abah itu urusannya. Abah adalah sangat mahir tentang jalan jadi tak hairanlah bila kawan2 dan saudara mara akan minta tolong dari abah untuk ke mana2.

Teringat juga di satu masa, ada kemalangan semasa abah jemput saya balik dari sekolah. Dalam keadaan kelam kabut, abah bawak budak yang kena langgar tu naik motor ke hospital/rumah budak tu dan dia suruh saya jaga basikal budak tu tepi jalan. Hahaha... Tapi saya dah cukup besar untuk jaga diri masa tu. Abah memang hero kami!

Sebenarnya susah untuk berbuat baik di jalanan. Seawal kawin, saya dan suami pernah jumpa sepasang orang tua suami isteri barangkali. Suaminya menolak motor barangkali pancit. Isterinya berjalan sendiri. Kami sehingga ke hari ini rasa ralat kerana tidak dapat membantu memandangkan laluan trafik di atas Jambatan Pulau Pinang menyukarkan kami untuk berhenti.

Sayang sekali jika wujud syaitan berbentuk manusia yang menahan orang di jalanan dan kemudiannya berbuat jahat sedangkan orang yang berhenti hendak menolong sangatlah berhati mulia. Semoga kita selalu dilindungi oleh ALLAH SWT atas setiap niat baik kita. Amin...


2 comments:

  1. ada beberapa kali dgn suami Knur berhenti nak menolong org yg baru kemalangan. Biasanya ada je yg baik hati menolong. Kami pun berhenti kalau2 ada yg kami dpt bantu. Kalau sorang2 takdela nak berhenti sbb tak berani.

    ReplyDelete
  2. masyaallah terharu..
    teringat pasal ma semalam..dia nak pergi rumah anak saudaranya tapi sampai stesen bas ada makcik minta tolong bawak dia pergi hospital sebab dah pening tak boleh jalan..ma temankan makcik tu sampai siap rawatan dia n balik sama2 n ma tak pergi pun rumah anak saudaranya..huhu..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!