Monday, June 10, 2013

Manja Pada Teknologi, Zikir Diketepikan

Harini elektrik dicatu. Kebetulan suami saya ada urusan di Jertih. Jadi sehingga 3.30 ptg tadi kami berkampung di sana. Balik tadi berziarah sekejap ke rumah sahabat kami. Lama betul tidak bersua, hampir setengah tahun lamanya.

Sesampainya di rumah 5.30 ptg td, elektrik belum ada. Suasana sudah beralih gelap. Bahang petang masih terasa. Makanan belum siap dimasak. Oh, masa terasa pendek sekali. Dengarnya elektrik dicatu sehingga 8.30 malam.

Saya mula merasa susah. Ya Allah, dugaan sekecil ini pun saya sebut susah. Malunya pada Nabi. Malu pada sahabat2 Nabi.

Haruslah diakui, kita sangat manja dengan teknologi. Manja sehingga tiada elektrik pun kebanyakan kerja dirasakan sangat terbantut. Bermakna, kebergantungan kita kepada teknologi adalah tinggi.

Setinggi itukah pula kebergantungan kita pada Allah? Jika tidak, maka malulah saya. Malu pada Nabi itu satu hal. Malu pula pada Allah Yang Menciptakan diri ini.

Betapa bongkaknya diri ini, sehingga diuji tiada elektrik sahaja sudah lelah. Bayangkan jika tiba2 bekalan oksigen dicatu pula. Allahurabbi, adakah ketika itu pergantungan kita kepada Allah cukup utk membawa kita ke syurga? 

Teringat pula kisah Saidatina Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah. Kisahnya berganda-ganda susah sehingga terpaksa meminta kepada Rasulullah SAW pembantu. Maka baginda bekalkan dengan zikir sahaja. Saya yakin itu adalah terbaik buat Fatimah dan utk kita juga. 

Tidak cukup yakinkah kita bahawasanya zikir akan sangat membantu kita dalam meringankan kerja? Saya sangat teringat pada pesanan suami, bila kita amalkan zikir ketika melakukan kerja maka akhirnya kita akan berzikir sambil melakukan kerja.

Faham tak maksud dia? Maksudnya zikir itu yang utama dan kerja tu sampingan sahaja. Bila benda berat dijadikan sampingan, maka ringanlah pekerjaan yang sedang kita lakukan tu.

Heh.. Suami saye dah sibuk mengintai bini dia dok taip apa. Lenkali plak sambung ek. Segan wooo orang ngintai kita tgh menaip kekeke.. Kalau baca lepas siap xpe, ai xkisah huhuhu

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!