Tuesday, July 30, 2013

Tol Akhirat : Nota Tanyalah Ustaz

Oleh Ustaz Halim Din
Ali Imran : 14-17

- Ada ibadah yang kena bayar sebelum ke akhirat
- ulama kelaskan golongan di akhirat iaitu golongan untung, selamat dan rugi
- 4 perkara yg akan disoal di hari akhirat iaitu kemana umur dihabiskan, ilmu kemanakah dia beramal, hartanya kemanakah dibelanjakan dan dari mana dapat, pancaindera apakah yg dibuat

Soalan : Terangkan maksud alBaqarah 110
- dlm quran sll ada tulis solat dan zakat berturutan sebanyak 27 kali
- solat sgt berat melainkan org yg cinta Allah dan Rasul
- zakat bertujuan utk menyucikan
- zakat fitrah utk bersihkan diri org yg berpuasa dr lafaz keji dan mungkir dan menolong org miskin
- at Taubah : 103 -- ambik sebahagian (1/40) dr harta
- Isra' : 100 -- manusia dijadikan dlm keadaan bakhil. Hanya iman yg menyelamatkan
- Abu Bakar hanya tinggal Allah dan Rasul utk bajet perang

Soalan : Apa nak buat jika terlupa atau waswas utk bayar zakat?
- wajib qadha

Soalan : Jika arwah meninggal dlm keadaan blm bayar zakat?
- guna harta yg ditinggalkan simati utk urusan jenazah > bayar hutang >bayar zakat sebanyak 2.5% > kemudian difaraidkan.
- waris tlg bayarkan bg pihak arwah

Soalan : Bolehkah seseorg xbayar zakat pd amil tp bayar direct pd org miskin?
- afdhal bayar pd amil sbb ikut ayat Quran yg mana pemerintah punya kerja utk menguruskan duit zakat
- sah jika bayar sendiri menurut hukum feqah

Rukun zakat
1. Niat
2. Duit

Soalan : wanita perempuan bekerja sendiri, zakat dia atau bapa yang bayar?
- kalau ada pendapatan, keluarkan zakat sendiri dan bgtau ayah
- bole bayar zakat pg pihak maid

Soalan : Bagaimana pengiraan zakat emas?
- utk emas yg disimpan lebih 85g kena bayar
- utk emas yg dipakai lebih 800g kena bayar
* cara pengiraan refer pej zakat

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!