Pages

Monday, August 26, 2013

Persiapan Haji : Nota Tanyalah Ustaz

Soalan : Bolehkah terangkan kelebihan tanah haram Mekah berbanding bahagian bumi yang lain?
- 'Āli `Imrān:96 - Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia --sesungguhnya tpt awal ibadah adalah Kaabah
- abu dzar bertanya? Apakah masjid yg plg awal dibina? 40 tahun beza atra masjid aqsa dan baitul haram
- Al-Baqarah:125 - Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud" --jdkan maqam Ibrahim sbg tpt beribadah
- tpt kelahiran Nabi Muhammad

Soalan : Apakah persediaan plg awal yg perlu dilakukan utk org yg hendak menjadi tetamu Allah?
- persiapan kewangan
- taubat minta ampun dr Allah dan manusia
- pulangkan semula barang amanah
- selesaikan hutang

Soalan : Apa hukum orang pergi haji tp xbayar hutang?
- jika berjanji secara bulanan spt pinjaman beli rumah atau kereta, harus tunai haji tapi selesaikan tunggakan jika ada
- kalau ada hutang kecil lebih baik selesaikan dulu

Soalan : Adakah seseorg dikira berkemampuan menunaikan haji tetapi tidak tinggalkan nafkah kepada ahli keluarga?
- Imam Nawawi kata org yg xsediakan nafkah utk ahli keluarga xlayak pergi haji lagi

Soalan : Sahkah haji orang yang guna duit haram untuk menunaikan haji?
- Rasulullah SAW pernah pesan siapa pergi haji dgn duit haram (rasuah, judi dll), tidak ada ucapan selamat dr malaikat dan tertolak haji

Soalan : Apakah tanda haji seseorang itu maqbul atau mabrur?
- percakapan yang baik
- tinggalkan maksiat
- semakin cenderung kepada agama

Soalan : Amalan sunat yang perlu diketahui sebelum pergi haji?
- wajib itu modal, sunat itu untung
- minta ampun dr Allah
- cari sahabat2 yg baik yg akan menolong kita cenderung kpd kebaikan
- naik tpt tinggi bertakbir dan semasa turun bertasbih
- banyakkan bertalbiah

Soalan : Betulkah Allah muliakan bumi Mekah sehingga Allah larang menumpahkan darah di situ?
- Pendapat pertama : sejak Allah jdkan tujuh lapisan langit dan bumi lagi diharamkan menumpahkan darah di situ.
- Pendapat kedua : sejak Nabi Ismail dan Hajar ditinggalkan kawasan itu

Soalan : Yang mana lebih utama, ke Mekah atau nikah?
- kalau tangguh nikah boleh membawa kepada penzinaan dan mendekati perkara haram maka utamakan nikah

Soalan : Apakah maksud orang yang menunaikan haji berkelahi, bertengkar dan buat kerja fasiq?
- xboleh bertengkar, rafas dan fasiq
- rafas : ucapan yang menimbulkan keberahian atau lucah
- fasiq : kerja yang ada maksiat
- jidal : berkelahi

Soalan : Ada orang kata, kita dilarang pakai pakaian yang cantik dan bergaya ketika musim haji?
- Nabi bersabda bila tunaikan haji pakai sesuatu yg sederhana
- semasa haji, Nabi pakai tikar lusuh, baju yang sederhana dan pakaian yang tua

Soalan : Kenapa kita digalakkan menziarahi 3 masjid iaitu masjid nabawi, masjid haram dan
- Hadis : 1solat lebih baik 1000 kali di masjid nabawi dr masjid lain kecuali masjid haram, 1 solat di masjid haram lebih baik 100 kali di masjid nabawi
- mulianya kerana kita berada di tpt yg pernah disinggahi para Nabi, ulama, ahli sufi dll.

Soalan : Apakah tips untuk dapat haji mabrur?
- niat
- gunakan harta yg halal
- taubat
- ubah sikap dr negatif kepada positif
- banyakkan bersedekah

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!