Monday, September 16, 2013

Facebook Saya Masih Tidak Boleh Dibuka

Bismillah,

BENGANG.

Itulah perkataan pendek untuk menggambarkan rasa dihati saya berkenaan facebook.

Alkisah, suatu hari saya sedang komen di satu wall sahabat (dah xingat sape pun), tiba-tiba terlog out sendiri. Seperti selalu saya buat, akan minta staff di parit buntar tolong log in memandangkan saya tiada pc atau laptop untuk melayari internet. Dia kata gagal dan minta salinan lesen. What?

Jadi saya bersabar dulu beberapa hari. Sambil-sambil itu saya menyerahkan password saya kepada beberapa sahabat yg saya percayai untuk cuba buka facebook saya. Masih gagal disitu.

Dan ia berlarutan sehingga sekarang. Barangkali sudah hampir dua minggu. Puncanya adalah kerana saya dilantik menjadi admin semasa saya beriklan di satu laman page dan mereka sering menerima aduan dari pengguna facebook kerana tindakan admin lain yang menyalahi akta facebook.

Bukan salah saya, dan lebih malang xtau nak salahkan siapa. Saya perlukan facebook saya kerana di dalamnya terdapat macam-macam urusan saya. Dengan frenlist yang saya rasa melebihi 2000++ dan grup yang saya sertai yang sangat sesuai dengan jiwa saya dan page yang saya like selalu memberi peringatan kepada saya. Lebih saya terkilan adalah disitulah saya berhubungan dengan staf bagi mengetahui jatuh naik kedai saya yang jauh itu.

Betul facebook tidak lebih saya perlukan berbanding alQuran, tetapi saya bekerja dengannya. Ia ibarat tempat saya berniaga sedang disita.

Pengajarannya, tidak lain. Bagi saya, jangan biar diri dilantik menjadi admin kepada page yang mempunyai puluhan admin lain yang tidak dikenali. Sekalipun disana ada ratusan ribu likers dan anda pernah menambah jualan di situ. Anda hanya akan berisiko membuatkan akaun anda di block seperti saya.

Suami saya minta saya berdoa, jika ada kebaikan semasa saya ber facebook, dptlah saya log in dengan izin Allah. Tetapi saya malu untuk meminta perkara sebegini dalam doa saya. :(

Tidak apalah, sekadar melepaskan rasa. Alhamdulillah blog saya masih boleh digunakan.

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!