Saya dihujani soalan dari seorang adik manis.. berikut lebih kurang dialog kami :
Dia : Apa cara terbaik yg boleh isteri buat kpd suami yg nak berpoligami? tapi nafkah zahir dgn isteri x setel
Saya : Bab nafkah dia kena setel dulu. Once dah tau suami nk kawin lagi, isteri dia patut berenti terus dr menyumbang dalam kewangan keluarga. Kalau nk pakai jugak bgtau itu hutang dan wajib suami dia bayar kpd dia nanti
Dia : Rumah x setel makan pakai pun banyak pakai duit isteri and yet suami ni baran kalau marah mmg maki je siap ada carut marut. Wife dia jenis soft je
Saya : Mmm... kalau laki baran ni aduhai
Dia : Tp tak tau detail sgt la bentuk mslh ni sbb wife dia x cerita detail. cuma dia tanya boleh ke minta cerai?
Saya : Mmm... kena byk nk tanya lagi tu dik. Laki dia baran kenapa?
Dia : kawan awak ni lemah gemalai dgn kawan2 pon x cakap aku kau tp bila laki dia aku kau dia rasa teruk sgt dah
Saya : Mcm dizalimi je mcm tu kan?
Dia : pndgn mata kasar awak may be sbb duit kot. Dizalimi? hurmm sbb kak pija ckp gitu?
Saya : Satu kalau suami dia baik dia takkan baran mcm tu
Dia : hurmmm. Ya jugak
Saya : Kalau suami mcm tu sebenarnya dia xlayak pun berpoligami. Tp bukan mudah nk sedarkan dia. Org lelaki dia pakai hukum harus bg dia ja. Tak fikir dah tanggungjawab dia selesai ke tidak
Dia : sebenarnya lately saya dilambakkan dgn persekitaran lelaki yg sibuk nak berpoligami. menyampah dgn lelaki2 yg beria nak berpoligami tapi rumahtangga sedia ada lintang pukang. kenapa keharusan tu melekat lebih kuat bebanding kegerunan terhadap ancaman Allah bagi lelaki2 yg tak berlaku adil?
Alahai.. orang lelaki sebenarnya faham ke tak yang tugas kalian kena betulkan isteri dan bukan isteri yang kena betulkan kalian?? Bagi saya masalah besar kalau isteri kena fikir pula cara nak betulkan suami masing-masing. Itu bukan kerja kami para isteri!
Zaman Rasulullah dahulu tiada isu poligami ni tau sebab apa? Sebab para isteri tak keluar bekerja pun. Ye Saidatina Khadijah dulu ada perniagaan dan Rasulullah uruskan. Dalam keadaan macam tu Rasulullah tak bernikah lagi pun.
Khadijah seorang sahaja isteri baginda semasa hayatnya. Selepas dari ketiadaan Khadijah barulah Rasulullah mula berpoligami. Iaitu selepas 25 tahun hidup bersama dengan saidatina Khadijah.
Apa Rasulullah buat tu dah betul dah. Keterlaluan jika saya minta kalian bayangkan kemungkinan Rasulullah berpoligami ketika itu kerana Rasulullah suci dari perkara yang keji. Tapi cuba bayangkan jika kalian suami minta nak kawin dalam keadaan isteri sentiasa menyumbang dalam keluarga? Alahai.. fikirlah dan relate dengan baik tentang ini.
Tapi kita sekarang ni, para suami terpaksa mengizinkan malah meminta isteri bekerja kerana tidak mampu untuk menanggung kehidupan. Tetapi lihatlah apa yang telah kalian lakukan?
Pakai ambil hukum harus tetapi tidak teliti dengan sebab musabab dan tidak teliti kemampuan diri sendiri. Maksudnya kalian tidak mengambil Islam secara menyeluruh. Ikut sedap keinginan kalian sahaja.
Tahukah kalian bahawa antara perkara yang menyebabkan poligami ditolak oleh orang wanita? Antara tiga perkara yang sering menekan kami golongan isteri adalah :
1. Suami tidak bersifat belas dengan isteri : cakap kasar, siap naik kaki tangan atas tubuh isteri. Layanan tak munasabah. Dan.. uh fikirkanlah sendiri malas saya hendak tulis.
2. Suami tidak menanggung isteri SEPENUHNYA! : bil, sewa, loan kereta blablabla masih mengharap ihsan dari duit isteri. Ini menandakan kalian tidak faham tanggungjawab kalian. Sepatutnya SEMUANYA dibawah tanggungan kalian. Bukan isteri pun! Kalau kalian boleh menanggung kehidupan keluarga maka isteri tak perlu keluar rumah bekerja pun. Ini akan mengurangkan tekanan mereka dan mereka akan jadi lebih ikhlas dalam menjalankan tugas sebagai seorang isteri. Tolonglah jangan pendek akak sebab tunduk pada nafsu yang satu itu. Allah sedang nemerhati kalian.
3. Suami melakukan kemaksiatan secara sembunyi : berhubungan dengan calon baru dalam keadaan mencurigakan dengan ayat bahasa cinta tak bleh blah.. aduhai. Itu belum maksiat yang sampai test sentuh dan direct menuju zina. Lupakah ayat 'la taqrobuz zina'? Lupa? Memang hampeh!
Tolong fikirlah wahai suami. Isteri anda itu insya Allah tidak akan melenting jika kalian benar2 baik terhadap mereka. Selesaikan tanggungjawab jika kalian benar2 mahu berkahwin lagi. Sungguh saya berasa sangat panas bila isu ini diajukan kepada saya. Saya boleh bayangkan hati isteri mereka yang tersiat-siat dek salah laku suami.
Tolonglah ingat bahawasanya kita ini sentiasa diawasi malaikat. Setianya mereka mencatat setiap perlakuan mereka. Itu satu hal. Hal yang lebih penting adalah pandangan Allah. Tidak sekalipun kita ini terlepas dari pandangan Allah tau tak?? Sekalipun pada benda yang kita belum fikir pun telah Allah ketahui. Inikan pula perkara yang sedang dan telah kita fikirkan. Itu baru hal fikiran! Bagaimana dengan perbuatan??
Ya! Nada saya memang keras. Saya bukan bersikap feminisme. Itu bukan pegangan saya. Cuma saya yakin dengan sepenuh keyakinan bahawa Islam tidak pernah zalim. Yang zalimnya adalah kita yang sengaja meninggalkan Islam.
Justeru saya pohon maaf jika ada yang terasa. Cubalah kalian duduk dan renungkan semula hukum mana yang kalian ambil dan hukum mana pula yang telah kalian tinggalkan? Fikir kenapa kalian ambil hukum poligami dan tinggalkan hukum tanggungjawab kalian?
Sebabnya adalah kerana kita cenderung mahu sesuatu yang lebih untuk diri kita sedangkan kita tidak tahu apa yang terbaik buat diri kita sebenarnya.
Bagi saya, jika kalian masih perlu kepada duit isteri untuk bayar bil, sewa dan belanja dapur sorry to say, kalian tidak layak berpoligami. Apatah pula jika kalian tidak bersikap baik dengan isteri dan melakukan kemaksiatan pula.
Cubalah jadi manusia yang bertanggungjawab. Tunaikan tanggungjawab sebagai suami dengan baik. Sebenarnya ramai je isteri yang offer nak carikan isteri untuk suaminya sebab mereka tahu suami mereka baik dan bertanggungjawab.
Tak payahlah sibuk fikir tentang poligami sebab ia akan datang dengan sendiri selepas tanggungjawab kalian terlaksana secara total. Kalau main separuh-separuh huh.. sorry to say, kalian gagal.
Ingat! POLIGAMI ADALAH RAHMAT BAGI ISTERI TETAPI BEBAN (sebut kuat2) UNTUK SUAMI. Kalau tak faham lagi, tak tau lah!
*peace!! No war
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!