Pages

Saturday, June 07, 2014

Klimaks Isteri Adalah Tanggungjawab Suami

Bismillah,

Harini saya tidak mengikut suami menghantar anak. Lagipun, semalam baru kami jenguk Asmaa' dan di rumah pun sudah ada lauk untuk dimakan. Kebetulan juga harini suami perlu menghadiri mesyuarat di Pasir Putih.

Jadi, pagi ni saya nak melapangkan masa dengan kerja-kerja dirumah dan pokok-pokok diluar hehe.. Sebelum bermula, saya ibgin berkongsi sesuatu dengan kalian.

Susulan nota usrah saya tempohari, ada seorang sahabat mengajukan soalan :

2. Soalan ni sensitif sikit.. Nk minta maaf dulu kalau x sesuai...

Bila suami request ke tempat tidur.. Pd ms tertentu yg kita rasa pnt sgt or stressed sgt n kita tolak.... Ikut hukum kita tau yg ia dosa....  Teringat yg kisah nabi tidur kat luar rmh sbb x nk kejut aisyah bila blk lewat mlm..  boleh kita kompromi ke perkara ni?
Boleh ke kita fikir yg suami ptt ada tolak ansur dgn kita?

Soalannya panjang, tapi saya berminat nak kongsi jawapan saya untuk soalan kedua ni. Pertamanya yang perlu kalian tahu, saya sebenarnya bukanlah belajar agama tinggi sangat pun. Sekadar pendidikan Islam di peringkat sekolah menengah dan kursus ZT (ape dah ek? Ketamadunan Islam kot?) semasa di UKM.

Justeru, jawapan saya mungkin boleh dipertikai dan tidak boleh dijadikan hujah ilmiah. Ia adalah sekadar hubungkait yang saya sedari berdasarkan pembacaan saya dan perbincangan dengan suami dan sahabat-sahabat.

Berbalik kepada soalan, bolehkah stress dijadikan alasan untuk menolak hajat suami kepada isteri?

Cuba renungi hadis ini :
Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan isnad yang baik. Berkata al-Haithami : Perawi hadis ini adalah perawi al-Sahih kecuali al-Mughirah bin Muslim, beliau adalah thiqah)

Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata lagi : ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi ; beliau berkata : hadis hasan sahih)

Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Demi jiwaku yang ditanganNya, tiada seorang lelaki yang memanggil isterinya untuk bersama, lalu dia menolak, dan suami tidur dalam keadaan marah (tidak redha) maka malaikat akan melaknatnya hingga ke subuh.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

Agaknyalah, duduk di belakang tunggangan tu stress tak? Juga, di zaman oven xde lagi utk set masa dan suhu macam zaman kita, stress tak kalau suami berhajat disaat membakar roti?

Adus, sungguh saya tidak dapat membayangkan keperitan zaman yang dilalui oleh Rasulullah dan sahabat dahulu. Kalau dizaman kita tak apalah ada kereta yang stabil kalau tersalah suami berhajat pun cuma nak cari langsir untuk cover je lah kan?

Jadi, jika kita stress, cuba bandingkan pula dengan tahap stress zaman sahabat dahulu bagaimana? Masih beratkah stress yang kita tanggung itu berbanding mereka? Allahurabbi..

Saya dapat merasakan betapa bertuahnya kaum muslimin jika begini sekali layanan yang perlu diberikan kepada mereka oleh seorang isteri. Seolahnya tidak adil pula?

Astaghfirullah.. Jika itu perasaan kita, sebenarnya kita masih belum cukup ilmu lagi. Islam ini sangat adil dan tidak zalim. Tidak sekali-kali! Jadi kepada kaum suami, jangan mendabik dada terlalu awal.

Perhatikan pula hadis berikut :
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila seseorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya, maka hendaklah ia menyempurnakan (isterinya). Jikalau ia mendahului isterinya, maka janganlah ia mempercepat (meninggalkan) isterinya itu”.
(Hadis riwayat Abu Yaqla dari Anas)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka hendaklah ia menyempurnakannya. Kemudian bila ia telah selesai telah selesai hajatnya (orgasme) sebelum selesai hajat isterinya maka janganlah ia mempercepatkan (meninggalkan) isterinya itu hingga selesai pula hajat isterinya itu”.
(Hadis riwayat Abdul Razak & Abu Yala dari Anas)

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menyingkir hingga selesai hajatnya selesai hajatnya sebagaimana ia mendapat nikmat dari hajatnya”. (Hadis riwayat Ibnu Adiy dari Ibnu Abas)

Nah! Jangan baca bahagian hadis melayan suami sahaja. Sila baca bahagian bagaimana seorang suami juga wajib menyantuni isterinya. Cantik bukan?

Sebab itulah jika isteri stress, suami hendaklah dengan sedaya upaya cuba mendamaikan jiwa isteri itu. Gunakanlah apa jua cara sekalipun bagi membuatkan hati isteri berasa damai. Jika kalian gagal mendamaikannya, maka kalian akan berlaku zalim kepada isteri kalian.

Jadi sekiranya isteri mempunyai masalah di rumah atau dipejabat, adalah menjadi tanggungjawab suami untuk membantu meredakan hatinya. Melalui inilah, jiwa muslim akan subur dan kian bersemangat.

Janganlah ambil Islam separuh-separuh. Islam adalah agama yang syumul dan lengkap. Semua Muslim jika berpegang teguh pada ajaran Allah ini, tidak akan terasa dizalimi dan tidak juga mahu menzalimi.

Mohon maaf andai ada kesilapan atas catatan saya ini. Saya juga terbuka kepada teguran insya Allah. Semoga hari ini menjadi hari yang baik untuk kita memulihkan keadaan rumahtangga kita. Senyum..dan jalan terus!

Nota kecil,
Fb : Norhafizah Madzlan Pija Sitisifir
Sitisifir10.blogspot.com

Terima kasih buat suami (Mohd Sabri Salleh) yang memberi faham betapa cantiknya Islam :)

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!