Sunday, February 12, 2017

Mendidik Anak Bersedekah

Bismillah,
Bismillahirrahmanirrahim,

Saya tertarik dengan entry ini : http://cinta-rasul.blogspot.my/2017/02/baba-ambiklah-duit-ni.html

Boleh baca di sana untuk mengetahui lanjutannya.

Bila membaca saya teringat kepada anakanda saya, Ahmadan Mohd Sabri.

Sekali sekala dia akan dibawa ke masjid untuk membiasakan dirinya dengan masjid. Ya, saya sangat suka bilamana semua anak lelaki kami ikut abahnya pergi ke masjid. Eh, saya bukan suka sebab nak suruh anak skodeng apa yang abah mereka buat (huehue) tapi sebab saya yakin, dengan cara ini, ikatan antara anak dan abah dan juga masjid akan erat sekali.

Saya ingin ceritakan sesuatu tentang Ahmadan. Anak saya ini masih kecil, baru berumur 5 tahun. Dia belum pun tahu nilai duit. Dia tidak tahu yang nilai RM1 itu kecil dan nilai RM 50 itu besar.

Tak apa... biarlah dia belum tahu lagi. Tapi saya rasa ini adalah waktu terbaik untuk kami ajar dia dengan sikap pemurah. Kami kenalkan dia dengan erti sedekah, infaq dan lain-lain. Itu yang dilakukan oleh suami saya.

Boleh kata, dikebanyakan masa dia ke masjid, ada sahaja atuk-atuk dan pakcik-pakcik yang menghulurkan duit kepadanya. Dia memang rajin menghulur tangan bersalam dengan mereka. Maka tak hairan, selalu saja dia mengumpul duit-duit dari mereka huhu...

Lalu abah pun ajar untuk masukkan duit itu ke tabung masjid disitu. Maka, setiap kali dia dapat duit di dalam masjid, dia akan masukkan duit itu kedalam tabung. Sehinggalah pada suatu hari dia dapat RM 20 daripada seorang pakcik.

Seperti biasa, dia terus sahaja masukkan duit itu ke dalam tabung masjid. Saya yang mendengar cerita itu, tertelan air liur sendiri huhu... Kalau seringgit dua, saya rasa biasa tapi kalau sebanyak itu, rasa macam... errr...

Alangkah bagus bukan menjadi anak kecil. Sudah berada didalam hatinya memberi itu lebih mulia dari menyimpannya sendiri. Malulah umi andai masih menyimpan kedekut di dalam hati.....

2 comments:

  1. Anonymous2:45 PM

    Suami saya pun selalu ajar anak2 macam ni. Setiap kali pegi masjid diorg excited nak masukkan

    ReplyDelete
  2. Sekarang anak-anak dah pandai bila nampak tabung anak yatim dekat kaunter pembayaran TNB ke SAJ ke mesti diaorg mintak duit untuk masukkan dalam tabung..


    Berkongsi kisah sedih seorang isteri yang suaminya menghidap Paru Paru Berair beliau tidak rela suaminya di tebuk.Namun apakah ikhtiar beliau??

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!