Sunday, September 07, 2008

Boros Belanja Dengan Kad Kredit


Bismillah,

Tajuk kali ni hanyalah satu teguran kepada diri sendiri. Letih rupanya tengok Jualan Mega yang berlangsung sana sini. Saya mula terbayang nak belikan seluar suami. Baju raya? Saya dah tempah tapi tu bukan baju raya, tu dah jadi baju tahunan kami cuma bolehlah dirasmikan time raya karang.

Letih tgk iklan bukan apa, letih nak lawan nafsu nak membeli belah yang sedang menggila. Time gini la rasa nak beli oven, nak beli baju anak2, nk beli itu, nk beli ini...huhu...mujur saja kami masih mengawal diri untuk mempunyai kad kredit. Kalau tak tak tau lah mcm mana gayanya pulak masa nak bayar karang.

Kata orang bijak pandai dalam ekonomi nih, kad kredit lah alat paling dekat yang boleh membawa seseorang ke kancah hutang. Oleh itu, kepada yang ada kad kredit tu, kenelah pulak ada disiplin yang amat tinggi dalam melangsaikannya kan? Kalau zaman tok-tok kita, ada buku 555 untuk berhutang. Nak berhutang pun pakai bisik2. Skang ni zaman ada kad kredit, nampak mcm org bagus2.

OK, kat sini adalah sikit panduan (hopefully membantu). Saya amik dari dalam Kosmo tahun lepas.

- Hadkan jumlah kad kredit (berbanggalah kalau tak ada kad kredit)
- Hadkan jumlah perbelanjaan untuk setiap kad kredit
- Bandingkan harga barang (boleh perati katalog, atau jalan dari satu shopping centre ke shopping centre yang lain, tapi kalau nk round guna kete, tiba2 kang duit minyak lebih dari penjimatan pun tak kene gak)
- Senaraikan barang keperluan (jadikan ini satu disiplin. Saya sll buat mcm ni dan saya tak heran kalau salesgirl tersengih2 tengok saya memilih barang dengan tangan pegang satu pen dengan kertas. Ada yang rajin tegur, tapi saya tak peduli pun sbb salesgirl tu tak duduk belakang umah saya he he...so, kalau malu pun time tu je la)
- Bawak pasangan (lagi kedekut pasangan kita lagi bagus huhu...so dia boleh sekat keinginan melampau kita, tapi jgn la sampai nayakan kita pulak. Kalau suami saya dia lebih suka guna ayat "Nanti dulu" daripada "Tak payahlah". Ayat ni sll menyelamatkan saya dari boros)
- Bawak bakul dari bawak troli. (Kalau bawak troli barang yang diangkut tak terasa beratnya. Bila tak berat kita pun takrasa berat duit yang nak kita bayar. Tapi kalau guna bakul, perasaan malas nak shopping akan mai dengan sendirinya.)
- Kalau boleh buat satu list barang yang nak digunakan untuk sebulan. (Jangan sampai seminggu sepuluh kali pegi supermarket. Yang ni memang nak cari pasal namanya. Dahla nanti terbeli barang yang tak perlu, minyak pun habis)
- Jangan ronda2 kat department yang tak termasuk dalam senarai. Ni pun godaan jugak namanya.
- Catatkan perbelanjaan (so lain kali kita boleh compare, kat sini murah, kat sana mahal)
- Ukur kemampuan diri untuk hidup mewah (kalau kita bukan dari golongan senang, sedar2lah diri jangan berbelanja berlebihan) Janganlah disebabkan berkawan dengan mak datin, kita pulak berbelanja macam Puan Sri.
- Pastikan sebelum berbelanja, sebahagian dari gaji dah dimasukkan ke dalam akaun simpanan untuk perbelanjaan di masa kecemasan.
- Bersyukurlah dengan nikmat yang ALLAH beri kerana walaupun nikmat itu sedikit (lantaran perasaan tamak kita) namun di dalamnya terkandung rahmat yang tidak kita sedari.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!