Thursday, September 11, 2008

Halnya Poligami

Bismillah,

Posting kali ni adalah sekadar satu respon yang terbit dari rasa bosan bila lihat di kalangan kita yang tak sudah-sudah bertekak benda yang sama. Saya juga berani jamin, selepas dari ini kita semua akan masih kembali menatap isu yang serupa yang dapat terlihat di mana-mana (kecuali mod haramkan isu ni ahaks, tapi saya gerenti tak sbb isu yg mcm nilah yang selalu menghidupkan grup ni).

Satu ketika di bulan puasa tahun lepas, seorang guru 40-an yang anak paling tua sudah melepasi ting 6 dan yg paling bongsu hampir2 nak masuk sekolah, datang bertandang ke tempat kerja saya dengan keadaan yang bagi saya sangat sedih. "Macam mana ye nak buat dengan .....(nama isteri dia).

Saya memandang keadaan ini sebagai terdesak kerana usia saya ketika itu 27 tahun, saya juga bukan kawan dia (dia sahabat suami saya), saya tidak pernah bersembang dengan dia melainkan suami saya ada bersama, juga saya tak pernah ada pengalaman dimadukan lagi namun dia masih meminta pendapat saya.

Alkisah, dia sudah berkahwin seorang lagi. Dia meminta kebenaran, cumanya isterinya menyangka dia sekadar bergurau. Ahaks, kalaulah saya, hal ini boleh menyebabkan saya berhenti makan kalau bergurau macam ni semasa makan (hal ni pernah terjadi dan lepas tu suami saya dah tak ngusik benda ni masa makan).

Kemudiannya isteri pertama bagi kata dua, "Aku atau dia". Huhu...ini sangat menyedihkan. Malangnya, isterinya tidak pula mahu bertanya saya "Macam mana ye nak buat?" Kerana saya ada jawapan untuk soalan itu. Ia tidak mudah tetapi mungkin juga yang terbaik untuk keadaan kita yang telah dimadukan tanpa pengetahuan.

Saya pernah tanya suami saya, "Takde ke angin nak jadi macam orang tu" Dengan jujur suami saya kata, "Lepas tengok orang tu, dah kurang dah rasa nak jadi macam orang tu," Jadi tak hairanlah saya masih 'First Wife' utk my husband. Seorang kenalan saya juga pernah ada angin yang sama dengan alasan 'Global warming' menjadikan hormon orang lelaki tak ketentuan turut kensel cita2 dia setelah benar2 menghayati susah benar untuk menjadi suami yang baik untuk dua isteri. Doa isterinya mungkin yang minta diberi petunjuk kepada suaminya makbul menjadikan dia terfikir begitu.

Untuk mereka yang berada di pihak suami;

* Sekiranya terlanjur melakukan perkara di atas, (mengahwini seorang perempuan tanpa pengetahuan isteri terdahulu) anda hendaklah bijak untuk mendamaikan mereka. Caranya berbeza mengikut pasangan.
* Bersikap adil. Jangan lebihkan yang muda, atau lebihkan yang tua. Kasih sayang memang tak dapat dinafikan susah nak sama rata tetapi selebihnya biarlah sama seperti penggiliran. Nafkah mungkin juga berbeza sbb lain bilangan isi rumah lain pula keperluan mereka.
* Jangan burukkan isteri pertama pada yang kedua dan sebaliknya. Anda akan menjadi ibarat kijang di tengah-tengah gajah.
* Perhatian kepada anak jangan diabaikan. Mereka mungkin tidak dibesarkan dengan suasana menerima poligami tengok2 dah besar panjang ayah diorang kawen lain. Sape tak malu kat kengkawan bila orang dok kata2 ayah diorang gatal tak cukup satu. Yang ni lumrah yang perlu diterima. Oleh itu, jangan sampai anak termakan kata orang. Biar diorang rasa, even ayah aku kawen lain, dia tetap baik pada aku.
* Jangan berahsia tentang perkahwinan baru anda, anda mesti berani berterus terang. Dengan berahsia, anda akan cenderung untuk menipu dan ini mengundang bahana yang lebih teruk lagi untuk diri anda dan keluarga.


Kepada isteri yang tiba-tiba diduakan;

* Susah untuk cakap yang ini tetapi itulah takdirnya. Takdir yang harus diterima. Itu sudah jodoh mereka dan yang lebih besar, ia berlaku dengan izin ALLAH SWT.
* Jangan minta cerai atau minta suami ceraikan yang baru. Perkara ini jika berlaku akan membawa kesan yang lebih padah lagi. Memang ia akan memakan masa. Cuba bercakap dengan baik dengan suami biar dia rasa kitalah isteri terbaik untuk dia.
* Jika ada masalah, luahkan. Jika rasa diabaikan, bagitahu. Jika rasa sendirian, bila tiba giliran luahkan perasaan. Jika tidak dengan mulut sendiri, tulis. Jika tidak punya masa menulis, SMS. Jika tidak dapat diluahkan kepada suami, adukan kepada Tuhan. Keadaan ini akan merapatkan hubungan kita dengan Tuhan dan hubungan ini lebih besarnya dengan kasih sayang suami yang boleh susut bila2 masa.
* Ingatkan suami berlaku adil. Sayanglah dia kerana dengan ketidak adilan, dia akan lambat masuk ke syurga (jika dosanya lebih banyak dari pahalanya).
* Jangan serang isteri muda. Dia akan punya peluang memburukkan anda pada suami. Jika anda bersabar, anda akan mendapat kasih sayang suami dan rasa hormat yang tidak berbelah bagi dari isteri muda.
* Jangan memburukkan suami kepada anak-anak. Anak-anak tidak boleh dibesarkan dengan rasa benci kepada ibubapa. Itu sesuatu yang salah. Walau bagaimana buruk pun pasangan anda, jangan mengajar anak membenci mereka.


Kepada mereka yang belum berpoligami;

* Yang comelnya dapatkan kebenaran. Memang lah susah yang teramat sangat. Mane isteri yang senang2 nak izin suami kawin. Tetapi belum cuba belum tahu.
* Pastikan isteri baru tahu dia bakal bermadu.
* Selesaikan dahulu masalah yang ada dalam rumahtangga pertama sebelum dengan senangnya berkahwin lain yang kononnya untuk menyelesaikan masalah. Anda hanya akan mendapat satu masalah baru sahaja.
* Yang satu ni susah sikit, err takleh ke kalau minta izin dulu baru cari pasangan? Sebab kalau sekadar berkawan2 dan membuahkan harapan kepada bakal isteri itu, alih2 anda tak jadi kawin, tak ke merosakkan satu jiwa. Tapi perkara besar di sini adalah memang bercintan cintun tanpa ada hubungan suami isteri kan memang tak boleh.


Saya sebenarnya bukan orang terbaik pun untuk bercakap hal ini. Namun bila sesekali isu ni bertandang, saya jadi terfikir kenapa orang suka bagi idea yang menggalakkan kepada suasana menipu? Poligami ni kalau dilihat kepada keluarga Nabi, sangatlah cantik namun malangnya umat Nabi tergamak memburukkannya.

Saya pernah membawa jiwa dan perasaan saya untuk menghayati rasa mereka yang diduakan, memang tak hairan kalau ada yang meluahkan suami sedang ada perempuan lain, saya akan menjadi emosi keseluruhan harinya pula. Tetapi ya lah, berat mata memandang, lebih berat bahu yang memikul.

Tidaklah posting ini ditulis untuk menyekat sebarang tajuk dengan isu yang sama. Saya yakin hal ini tidak pernah sudah (tengoklah.. .he he) Saya memohon, apa yang saya tulis ini datang dari fikiran saya yang saya harapkan telah saya landaskan kepada anjuran agama Islam.

Mungkin ada yang tidak bersetuju. Saya harap saya tak perlu mengulas dengan terlampau panjang akibat dari tulisan saya ini. Saya pernah menulis hal ini di dalam buku super suami saya. Semoga kita semua sentiasa tetap teguh di jalan yang diredhai ALLAH SWT. Maafkan saya jika ada jiwa yang terasa. Saya tak berniat melukakan hati sesiapa.

13 comments:

  1. Anonymous6:47 AM

    Salam,

    Rasanya topik nie lama dah dlm SIM, sy pun dh letih nak mengosongkn email2 yg sy dah malas nak membacanya. Walau apapn persoalan & jawapan kpd tajuk POLIGAMI ini pd pendapat sy adalah diri masing2..walau berjuta2 reply pn akhirnya kt kena kembali kpd diri kt..

    Klu nak tanya dr org lelaki knpe hendak nikah lg wpun isteri pertama tak ada kekurangan langsung..jwpnya byk..dorg akan ckp "dh ditakdirkan" , "Qada & Qadar dr Allah Taala", '.."Kasihan & nk membantu", "Elak Maksiat", bla bla bla..Suami sy sdiri pn beri alasan yg sama "Allah dh tetapkan mc nie jd dia terima & berserah"..

    Mula2 nikah mmg smua nampak indah tp bila dh terjebak baru tau mcmana rasanya bila ada lebih dr 1 keluarga..tanggungj awap bertambah, serba-serbi kena tambah..mc suami sy sll ckp "Abang taubat tak buat lagi yg 2 nie pun tak larat dah" ...mmg kasihan bila tgk suami kelangkabut. .klu weekend pagi nk urus umah no 1 ptg lari umah no 2....lama2 blh mati tengah jalan..tiap kali tgk suami tidor sy rasa mc nak nanggis sbb kasihan dia sll kepenatan sbb tu sy kena mengalah dlm byk hal..kdang sy sdiri kena bgtau xyah balik umah kena byk2 rehat..mc skrg nie wpun tengah sarat mengandung sy masih memandu pegi kerja sbb kasihan tgk suami asik kena spotcheck aje..tp syukur sbb suami sy wpun nikah dgn sy tak bgtau 1st wife til skrg dia xpernah abaikan tanggungjawab dia..2 2 rumah mencukupi... (tp umah 1st wife mestilh lebih kan kan..yg nie xleh jeles) kasih syg dia tak pernah kurang, xpernah naik tangan, tak pernah marah2, tak pernah abaikn nafkah...cuma 1 ajer dia
    kurang...dia masih tak ada keberanian nk bgtau 1st wife yg dia dh nikah lain...tp xpelh itu bkn isu yg penting dia tau tangungjawab. ..mayb dia ada sbb sdiri..

    Nasihat sy pd lelaki yg nk nikah lbih dr 1, cuba check diri sdiri dulu klu rasa mampu nk handle smua nikah ler tp klu rasa masa yg ada pn tak xcukup utk diri sdiri baik xyah..yg ppuan pn sama jgn buta sbb cinta, pkir panjang b4 amik kputusan nk nikah dgn lelaki yg dh pya keluarga..klu dh biasa hidup berdikari xpe go ahead tp klu dr kecik manja sokmo baik xyah nnt sakit jiwa...kawin bkn sbb nk ikut nafsu tp perkawinan itu amanah yg kt kena jaga baik2..apapn yg penting ikhlas & adil pd diri sdiri dulu..

    -royselinda

    ReplyDelete
  2. pagi2 emel ni yg sy buka dulu..ditakdirkan begitu la isinye...
    saya juga berpandangan yg sama dgn cik siti sifir..panjang untuk explain..tp cuma satu je nk highlight... sume yg berlaku ada lah dgn izin ALLAH...walaupun kita tak suka..tu la mainpoint nye...dan segala apa yg berlaku tu adalah untuk beri kita pengajaran.. .hidup untuk menimba ilmu..bg saya apa yg berlaku di sekeliling kita semuanya bersebab dan ALLAH mahu kita belajar dalam kehidupan ni....sekadar pendapat yg general dari saya....

    dan juga bagi saya tak perlu la kita mengkomplicatedkan keadaan yg telah berlaku andai kata anda mendapati anda telah dimadukan atau apa2 je lah...semuanya pasti ada jalan penyelesainya dan sebahagiannye cik siti sifir kita dah pon jelaskan bagaimana di bawah tuh....

    wallahua'lam. ..

    ALLAH lbh tahu apa yg terbaik utk kita..ingt tuh...

    Shazwani Bt. Amanullah
    RA, PPPJJ , USM, PP.

    ReplyDelete
  3. ayat ... APA YANG BERLAKU ADALAH DENGAN IZIN ALLAH SWT .. tidak dapat dinafikan. Saya bukan penentang poligami. Malah suami saya berpoligami. Tetapi saya rasa setiap dari kita diberi AKAL FIKIRAN untuk berfikir. So, bila buat keputusan untuk berpoligami, jangan hanya mikirkan nafsu sendiri dan jangan lupa timbang-tara hal-hal lain yang berbangkit dek kerana kita berpoligami.

    Laluan untuk berpoligami itu perlu selaras dengan kehendak agama dan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Maksudnya, janganlah para suami bermaksiat dulu kemudian jadikan TERLANJUR sebagai alasan untuk berpoligami. Atau atas dasar ingin membantu dan kemudiannya tersangkut pula pada orang yang nak di bantu ( biasanya kes membantu janda atau ibu tunggal ) sehingga tak dapat berpisah lagi, maka berpoligamilah jalan keluarnya.

    Pendek kata, Qadha dan Qadhar sememangnya telah ditentukan oleh Allah swt. Tapi saya rasa kita tidak seharusnya menjadikan ketentuan Ilahi itu sebagai alasan untuk menerima segala yang berlaku. Allah swt telah memberikan kita AKAL untuk berfikir, so fikirkan lah kebaikan dan keburukan nya akan sesuatu tindakan itu sebelum kita bertindak

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:51 AM

    ayat ... APA YANG BERLAKU ADALAH DENGAN IZIN ALLAH SWT .. tidak dapat dinafikan. Saya bukan penentang poligami. Malah suami saya berpoligami. Tetapi saya rasa setiap dari kita diberi AKAL FIKIRAN untuk berfikir. So, bila buat keputusan untuk berpoligami, jangan hanya mikirkan nafsu sendiri dan jangan lupa timbang-tara hal-hal lain yang berbangkit dek kerana kita berpoligami.

    Laluan untuk berpoligami itu perlu selaras dengan kehendak agama dan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Maksudnya, janganlah para suami bermaksiat dulu kemudian jadikan TERLANJUR sebagai alasan untuk berpoligami. Atau atas dasar ingin membantu dan kemudiannya tersangkut pula pada orang yang nak di bantu ( biasanya kes membantu janda atau ibu tunggal ) sehingga tak dapat berpisah lagi, maka berpoligamilah jalan keluarnya.

    Pendek kata, Qadha dan Qadhar sememangnya telah ditentukan oleh Allah swt. Tapi saya rasa kita tidak seharusnya menjadikan ketentuan Ilahi itu sebagai alasan untuk menerima segala yang berlaku. Allah swt telah memberikan kita AKAL untuk berfikir, so fikirkan lah kebaikan dan keburukan nya akan sesuatu tindakan itu sebelum kita bertindak

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:55 AM

    Firman Allah Taala,

    Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan agar mereka menyembah (tunduk serta patuh) kepada Aku.

    Tuan tuan, n puan puan para sahabat sim sekelian, terjemahan maksud Alquran diatas perlulah kita fahami dengan sebenar benarnya...

    Ia itu, kita ini dan semua yang wujud di alam dunia ini dan juga yang bakal ujud dialam akhirat nanti, semuanya disebabkan oleh kerana Allah swt ingin kita supaya
    memikirkan keujudanNya, mengenaliNya dan seterusnya mengikuti perintahNya iaitu melalui ajaran AGAMA ISLAM yang telah diturunkanNya melalui KalamNya iaitu AlQuran seperti yang telah dicontohkan oleh Nabi2Nya as.

    Dengan kata lainnya kita ini (manusia ie- cina melayu india inggeris belanda ..dll, n Jin)
    telah dijadikan adalah kerana Agama Islam. Iaitu agar semuanya tunduk serta patuh kepadaNya dengan cara2 Agama Islam .

    INI bermaksud apa sahaja tindakan atau perbuatan manusia dan jin ini tak kira lah samada untuk bekerja,
    berkahwin, berjalan2/melancung , berkata2/berbicara, kenduri kendara, berniaga, belajar, berperang, berdamai, bersukan atau seribu satu macam lagi perbuatan
    mestilah semuanya kerana AGAMA ISLAM (Allah swt) seperti yang telah dijelaskan didalam Alquran..... .dan selalu kita baca... (Inna solati, wanusuki, wa mah yaaya,wa mamaati, lillahi Taala)

    Begitu jugalah dengan hal poligami ini, yang mana ia adalah sebahagian
    daripada yang telah diajarkan/dibenarka n Agama Islam, Maka ianya mestilah dilakukan hanya kerana Allah taala ie-- demi Mengagungkan Agama Islam/Allah Taala.

    Oleh kerana itu telah rugilah segala makhluk manusia dan juga jin yang telah melakukan apa apa juga amalan atau perbuatan yang tidak berniatkan kerana AGAMA ISLAM (mengagungkan Allah Taala)

    Oleh itu jika ingin berpoligami atau baru pertama kali nak kawin, atau apa2 perbuatan sekalipun (yang baik2/yang ada disebut dalam Alquran/ nabi saw) mestilah tiada sebab yang lain yang utama sekali iaitu kerana ingin mengagungkan (menyembah)Agama Islam( Allah swt)

    contoh poligami kerana mengagungkan/ mengangkat/ kebaikan kpd Agama Islam:-

    a)mengurangkan jumlah ibu tunggal
    b)dapat membela anak yatim atau yang ditinggalkan bapa
    c)membesarkan jumlah bilangan Ahli keluarga (cubalah bayangkan disyurga nanti yang luasnya seluas langit dan bumi hanya didiami oleh dua orang (suami/isteri) tak ke rasa sunyi nanti, mula la nak betandang kat syurga orang lain je..(boleh ke?)
    d)Mengurangkan jumlah rakyat miskin
    d) ..... ada banyak lagi, malas nak tulis dah, korang pun boleh pikir gak, ini bukan alasan...
    tapi poligami ini ada kebenaran utk membela/mengangkat/ menyembah/ tunduk/patuh kpd Allah swt mengikut cara2 Agama Islam.

    Bukan sebab rasa sunyi , cinta lama dah luntur, isteri dah monopouse dan sebagainya tapi ini semua mestilah sebab2 yang Dikemudiankan ... SEBAB2 YANG UTAMA
    ADALAH SPETI YANG DIATAS TADI.. kalu dak rugilah didunia dan rugi juga diakhirat..

    ReplyDelete
  6. Anonymous7:00 AM

    Tambah sikit
    Apabila seseorang suami tu meninggal dunia
    Apakah isterinya(jandanya) tidak kahwin lagi?
    Jika tidak kahwin lagi, insyaAllah mereka akan bersama disyurga

    Adalah tidak adil jika kita mewasiatkan agar ia tidak kahwin lagi
    Bila sisuami dah meninggal dunia dan habis `edah, bebaslah sijanda tu
    pelbagai keadaan mendatang yang membuatkan ada kewajaran
    untuk beliau berkahwin dengan suami yang baru.

    Andainya sijanda tu kahwin lagi, maka diakhirat nanti dia tidak akan bersama lagi dengan bekas suaminya yang telah meninggal terlebih dahulu.

    Maka melepaslah silelaki itu daripada mempunyai pasangan dikalangan manusia.
    Mungkin ada orang berkata "disana dia akan berkahwin dengan para bidadari"

    Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
    tidak sama antara kehebatan manusia dengan kehebatan bidadari
    para wanita dikalangan manusia jauh lebih hebat berbanding dengan bidadari.
    Tidakkah Allah menjadikan bidadari untuk berkhidmat untuk manusia?
    Hatta makhluq manusia lebih mulia daripada makhluq malaikat sekalipun.

    Seandainya lelaki tersebut punyai beberapa orang isteri, maka sudah tentu sebahagian dari mereka tidak berkahwin lagi selepas kematian suaminya. Atau sebahagian dari mereka meninggal terlebih dahulu daripada suaminya. Paling tidak adalah juga pasangan untuknya dihari akhirat dikalangan wanita manusia

    Oleh sebab itu perbuatan melarang seseorang lelaki berpoligami adalah satu kezaliman keatas lelaki itu. Malah banyak keadaan dimana perbuatan melarang itu adalah melakukan kezaliman terhadap hukum Allah itu sendiri.

    Akhirnya suka saya katakan
    Perbincangan kita tentang poligami ini sebenarnya lebih banyak menonjolkan dan menzahirkan kebodohan kita terhadap kebijaksanaan Allah dan relevansi hukum yang Allah telah tetapkan.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  7. Anonymous7:01 AM

    Saya sangat bersetuju dengan pendapat tuan (kedua -dua di bawah ini) . Dalam agama katolik.. paderi di larang berkahwin.. maka paderi pun patuh kepada kehendak agama mereka. Dalam Islam pula lelaki di benarkan berpoligami hingga 4 pada sesuatau masa.. jadi kenapa perlu di pertikaikan lagi. Bukan kah ini ajaran agama kita yang maha suci. Soal samada seseorang itu mampu atau tidak itu adalah bergantung kepada yang empunya diri samaada mapu dari segi tenaga rohani atau jasmani. Soal keadilan pula hanya dapt di tentukan selepas berpoligami.

    Tetapi yang nak kita highlightkan di sini (Lampu tinggikan kata menteri dari Parti gerakan dulu , Lupa pulak namanya tapi dia tu Presiden nya dalam satu sidang parlimen) ialah kenapa hukum atau kebenaran yang diberikan oleh Allah SWT ini di pertikaikan. . Kenapa... Apakah hukuman bagi seseorang Islam yang mempertikaikan hukum agama. misalnay kenapa kita harus berpuasa dan kenapa kita harus membayar zakat dsb.. apakah hukumnya jika kita mempertikaikan hukum-hukum ini. Sedarilah wahai umat Islam.. Sedarlah.. dan AKURLAH KEPADA HUKUM ITU.. NESCAYA ALLAH MEMBERKATI ANDA

    ReplyDelete
  8. Anonymous7:11 AM

    salam dan selamat berpuasa semua!!
    my 1/2 cent,

    dalam isu poligami, yang paling penting harus difikirkan ialah ANAK. kerana ianya amanah dari Allah s.w.t. yup...emaknya pun kena gak fikir...tapi, bagi saya anak2 ibarat kain putih. sapa yang nak corakkannya? kalau tak ibubapa? dan kalau x dicorakkan kain putih tersebut, kompom kain putih tu jadi kain kapan! masalah sosial etc..... kebanyakkan bapa yang mengamalkan poligami ni gagal menunaikan tanggungjawabnya menjaga anak coz hanya menjaga "nafkah batin" isteri2nya.ini mungkin disebabkan oleh ilmu melayan perempuan melebihi ilmu agamanya..dan of coz amalannya xbetulla. masa depan agama, bangsa dan negara sangat2 bergantung kepada gaya corakkan kita di atas kain putih(ANAK) tersebut..Don' t be selfish, think it deeply when u want marry twice or 3 or 4. the responsibility is become bigger.if u spoiled the children, you'll spoiled our religion, race and nation.


    tq,n have a nice day....tata. ....

    ::chali

    ReplyDelete
  9. ku setuju sgt2.. bukan menghalang atau mbangkang tapi pk lah dalam2 sebelum brpoligami. bukan takat hati dan perasaan kita sorg tapi ada banyak hati, perasaan, prkara & hidup yg trbabit skali. tang cakap mgm lah mudah tapi bagi bahu yg mengalas.. terlalu berat sbenarnya.. poligami itu indah bila amanah dan ikhlas telah brsatu.
    Â
    harus d ingat.. syurga tu milik ALLAH total.. cuma atas EHSAN DIA maka syurga itu layak utk kita.. bukan stakat amalan aje.. andai ada hati yg luka d sebabkan kita dan ada hak yg telah terabaikan oleh kita.. maka ALLAH x akan ampunkan kita slagi tuan punya diri x mmaafkan kita.. x berat ke tu?? maka andai ingin brpoligami maka brpoligami lah dalam ehsan dan ikhlas kerana 'DIA' .. bukan kerana slain dari 'DIA'Â
    Â
    poligami nie ibarat mdukung amanah ALLAH yg maha berat. nama pun amanah kan jadi tanyalah diri.. mampukah kita mejalankan amanah ALLAH ini sbaik mungkin .. kalau dh rasa kuat dan yakin.. teruskan lah tapi kalau masih ada rasa ragu2.. maka berhentilh utk brfikir skali lagi..
    Â
    wallahualam. . skadar pandangan 10sen dari saya.. kalau silap harap d betulkanÂ

    Â Sharina Hj Sarip Cyberjaya Selangor

    ReplyDelete
  10. Anonymous7:12 AM

    Aku pun lelaki... Tapi susah juga poligami... sebab tanggungjawab dia amat berat sekali... pastu aku terfikir juga cuba menyelami hati isteri aku dan anak2 perempuan ku... Kesian aku tengok pada mereka.. Aku rase tak tergamak aku nak kahwin lagi satu.. Lelaki sekarang kalau nak kahwin lgi satu byk2 pk, pk.

    Pk mase depan anak2, tanggungjawab, ada mase nak beramal ibadat di masjid dan surau, hubungan kita anak lelaki dengan ibu kita. itu yang penting. Takut kalau dah kahwin dua mak ayah di kg pun tak dapt jenguk... sOry to say... sekadar pandangan... maap banyak2 ye..

    ReplyDelete
  11. Anonymous7:12 AM

    Tertarik saya untuk menjawap soalan ini

    "Persoalan di sini kenapa sebenarnya lelaki ingin berpoligami ? Saya
    harap suami2 yang berpoligami dapat memberikan sebab2 kenapa mereka
    berhasrat untuk berpologami.
    Mungkin dengan jawapan ini memberk gambaran sebenar kepada isteri2
    kenapa lelaki mahu kawin lagi satu.Sebelum ini kita cuma di dedah
    yang setipa lelaki ada keinginan untuk berpoligami. Kenginan ini
    adakah wujud kerana iman, hawa nafsu atau kerana ikut-ikutan. "

    Saya belum lagi berpoligami. Insya Allah, dalam masa terdekat. Kalau
    tak bulan depan, tahun depan, kalau tak tahun depan 10 tahun lagi ..
    apa pun Kalau diizikan Allah swt , Kun Faya Kun ..

    Kalau ditanyakan pada setiap lelaki, pastinya mereka ada alasan
    tersendiri. Antaranya:
    1. Bosan dengan perkahwinan sekarang.
    2. Tiada cabaran baru. Semuanya dah diuruskan oleh isteri dan bibik.
    3. Tiada penghargaan, penghormatan dan respek pada suami.
    4. Cabaran dari rakan rakan
    5. Dugaan, godaan, nafsu dan yang seerti dengannya.
    6. Zuriat
    7. Rasa kasihan dan kesian
    8. Rasa tanggungjawap untuk membantu.

    Rasanya cukuplah listing tu. Biar kawan kawan yang menyambungnya.

    والسلام

    محمد سيسس بن م جاميل
    (Mohamad Siss M Jamil)

    ReplyDelete
  12. Anonymous7:14 AM

    Weiii... bukan senang weiii,
    Cakap je senang...

    Bagi lelaki
    Walaumacamana pun pada lelaki... fikir2lah sedalmnya..
    yang saya tahu kebanyakan lelaki ni lebihkan seks jer
    Kalau tak mau tanggung dosa berzina dan beronani baik nikah jer
    Tapi jgn tiada beban batu digalas. Saya percaya pendapat sitisifir amat bernas.

    Bagi perempuan
    Klu dah bermadu tu belajar2 lah redho dgn ketentuan Ilahi
    Baik untuk diri dan suami, kalau benar masih sayangkan suami walau dimadu
    Pada yang masih belum dimadukan suami tu, tumpukan perhatian sepenuhnya pada suami, cari persamaan, ikut rentak hobinya, tapi jangan sampai mengongkong sangat.
    Kalau bab poligami ni jgn menentang atau mencabar. Ingat Allah Maha Mendengar.
    Baik jer diam dari berkata apa apa.

    Waullahu Ak'lam

    ReplyDelete
  13. Anonymous6:31 PM

    Salam'alaik...sekadar perkongsian..ade artikel yg bersesuaian dgn topik ni...n sy rase kupasannya jauh lebih baik dan sahih inshaALLAH...

    http://ummusaif.com/2008/09/01/fakta-tentang-poligami-rasulullah-saw/

    wallahu'alam...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!