Thursday, January 22, 2009

Kecurian Slash 'Kepukauan'


Bismillah,

Melampau betul saya harini..walaupun sedang bersiap sedia untuk menghantar Asmaa' ke sekolah dan Arwa ke rumah pengasuh kerana hari ni kami buat marketing di USM, saya masih sempat jugak bajet 15 minit saya hanya untuk melepaskan geram (juga untuk berkongsi hikmah kejadian yang telah saya alami semalam).

Semalam di petang nak menuju ke Maghrib, dua orang foreigner datang ke kedai dan membawa dua keping RM 50 dan katanya dia nak tukar kepada duit RM 100 sekeping. Pertamanya, saya sarankan lain kali fikirkanlah rasionalnya dia nak duit seratus tu sekeping (yang saya tak sempat nak fikir semalam).

Selepas dia mendapat duit sekeping RM 100 tu (bersaksikan dua lagi staff saya), dia nak lagi tukar duit dan dia beria2 tarik duit dan cuba menghimpit2 saya di kaunter saya meletakkan duit kami. Kalau dilihat dari mata kasar memang dia tak ambil apa2 tapi yang nyatanya dia telah dengan mudahnya mengambil RM 200 saya (yang mana saya tidak halalkan masuk ke perut dia!!)

Saya terkesima sekejap (wah ayat apa den guna) dan lepas je dia keluar saya kira semula duit saya daripada RM 500 yang kami ada tadi dah tinggal RM 300!! Adus dan yang lebih malang lagi, saya tak sempat ambil no plat kereta mereka. Bodoh sekali rasanya bila kene curik macam ni.

Tapi saya masih bersyukur atas beberapa perkara :
1. Dia tidak mengambil semua duit saya.
2. Dia tidak mengapa2kan kami.
3. Sejurus selepas solat Zohor tengahari tu tiba2 angin saya nak pergi bank in duit sebanyak lebih RM 1k (di mana saya tak penah tiba2 pegi bank in separuh dari duit yang kami dapat hari-hari). Kalau tak ntah2 berapa banyak lagi yang mereka sempat sauk. Arrgggg...hampeh!!

Saya belajar beberapa perkara dari hal ini :
1. Kalau foreigner nak tukar duit, dont ever tukarkan duit kita kepada diorang. Actually ni kejadian kedua saya (seblom ni pernah jadi masa saya masih keje dengan orang). Diorang ni ntah apa penyakit nak juga pegang duit kita tak pepasal.
2. Kalau pun diorang nampak duit kita, jangan sekali2 bagi dia pegang duit tu.

Selepas solat Maghrib, belum sempat saya bagi salam (sah2 tak khusyuk) ada foreigner dua orang lagi datang dan mintak nak tengok RM 50 dari staff saya. Kononnya dia nak tukar duit tapi takut orang tipu diorang so dia nak tengok macam mana duit RM 50. Staff saya tunjukkan duit tu. Tapi dia tak bagi pegang. (Anati, lenkali jangan bagi, tipu je kata takde pada orang yang macam nih - Saye ajar staff saya menipu ke?)

Lepas tengok duit tu dia kata nak tengok lagi duit lain siap2 tunjuk laci mana yang kami selalu simpan duit...wah2 berani sungguh!! Agaknya dua member dia tadi dah bagitau kat diorang yang kitorang dah sedekah diorang dari laci tu! Tapi saya dah bertindak lebih awal, selepas je kecurian tadi, duit baki RM 300 yang ada tu saya simpan baik2 dalam poket saya. So, bila diorang bukak laci, memang tak ada apa yang ada. (Tapi staff2 ku, lenkali jangan la bukak laci tunjuk kat diorang mcm tu ek)

Mmm...malamnya ada customer kami yang datang dan mereka mengajarkan kami cara untuk diamalkan dengan harapan orang tu akan datang pulangkan duit atau berubah supaya jangan buat benda macam ni balik. Nantilah, dah balik dari marketing karang, saya tuliskan cara tu dan juga ayat 9 surah Yasin yang elok diamalkan bila nampak ada orang yang meragukan masuk kedai kita. Juga ada baiknya semasa membuka dan menutup kedai, baca surah al-ikhlas, dengan penuh keyakinan bahawa ALLAH SWT akan melindungi kita dari perkara yang tidak2.

Wuwuu........tolong saya ngantuk takleh lena semalam!!
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!