Monday, January 19, 2009

Asmaa' Mengenal ALLAH


Bismillah,

Serasanya anak sulung saya sudah membesar menjadi seorang anak dara pingitan. Juga sebagai anak sulung, dia telah mula membantu saya melakukan kerja2 di rumah. Juga terkadang bila saya mula bertukar hijau dan mula berleter2 dia mengambil sikap begitu protektif pada adik2nya yang masih belajar mengenal dunia.

Asmaa' kini sudah mula belajar memahami konsep ketuhanan dalam kehidupannya. Bila menghantarkan dia ke PASTI, saya biasanya akan mulakan bercakap tentang dosa pahala, tentang ALLAH, tentang wujudnya syaitan dan beberapa perkara ghaib lagi. Juga tentang pahlawan2 Islam yang pesonanya lebih mengkagumkan berbanding hero TV yang tak kemana.

Asmaa' semakin belajar untuk mengenal PenciptaNya sehingga dia bertanya, "Umi, ALLAH tu warna apa? Kakak nak cari." Saya berkira2 soalan ini jika saya tidak jawab dengan bijak, dan Asmaa' memegang kata2 saya yang kurang bijak maka bagaimana kepercayaan anak kecil saya ini. Saya rasa ini mungkin masanya saya mencari buku2 yang sesuai untuk menangani soalan2 mencabar ini.

Pss..di adikbijak.com ada buku bertajuk "Ibu Benarkah Tuhan Itu Ada?" Link nya http://www.adikbijak.com/ref.plx?MN00001

Untuk hari itu, saya sekadar menjawab, "ALLAH tu warnanya cantik, kat mana2 pun kakak ada, ALLAH akan ada sama. Tapi kakak kena selalu ingat pada ALLAH." Juga kemudian dia pernah berkata kepada saya semasa saya dan 3 adiknya muntah2 dan cirit birit tempohari (Usamah sampai masuk air dan Uwaiys tersadai di hospital semalaman), "Umi, ALLAH mana? Kakak nak doa bagi dia dengar."

Uhuk..saya sekadar menjawab, "Kakak kat mana2 pun kakak doa, ALLAH akan dengar doa kakak." Dan dia tanpa bertangguh berdoa dengan kuat (saya kira dia mahu lebih yakin bahawa ALLAH mendengar doanya). Begitulah Asmaa' dengan soalan2 berbisa dia. Namun saya kira dia sudah memahami Tuhan itu sentiasa ada walaupun tidak terlihat dengan matanya.

Bila pulak adik2 dalam kedai ni memotong kuku, mereka pernah menjelaskan kalau tak potong kuku nanti syaitan duduk bawah kuku ni. Bersungguh2 pulak Asmaa' membelek kukunya yang panjang tapi katanya, "Takde pun syaitan." Adus...itu lagi perkara yang perlukan penerangan.

Bila saya merotan Uwaiys, (rotan gitu2 aje tapi dengan muka yang dasat dan ngeri he he..aksi mesti 110%) dan kemudiannya memarahi Usamah dengan suara yang rasanya ala2 panahan petir, Asmaa' lama kelamaan akan datang memeluk saya dan berkata, "Kenapa umi marah Usamah dengan Uwaiys. Kalau umi marah Usamah dengan Uwaiys nanti kakak pun nangis," Dan ini mesejnya pastilah dia turut sedih bila adik2nya dimarahi. Saya rasa bila saya mengaum, sampai Arwa pun tercebik2 nak nangis...huhu...

Bila saya menyapu sampah, my trademark acting adelah menyapu semua barang permainan diorg ke tangga. Setiap kali itu Asmaa' akan bergegas menyelamatkan barang permainan adik2nya. Dia selalu kata Uwaiys yang main (tapi kakak yang kutip). Huhu...sian dia jadi mangsa sampai lah satu hari, dia tenangkan Usamah dengan Uwaiys sambil kata, "Biarlah umi sapu, nanti abah beli mainan lain kat kita deh." Haiyyaa....

Begitulah anak dara ku yang sedang membesar. Baju2nya yang dah singkat saya dah asingkan dan dia gembira saya nak sedekah baju tu pada orang (bukan kerana suka bersedekah tapi kerana saya janji akan belikan yang lain untuknya). He he...

Sepanjang seminggu dua ni, walaupun saya tidak update blog ini, namun kehidupan seharian saya adalah sangat padat. Jadi inilah dia alasan tidak update blog dan saya sedang OK2 saja bila suami saya dan anak2 teruna saya bersatu semula sepanjang masa ini. Sehingga saya terfikir, alangkah baiknya kalau kami sentiasa bersama dan tidak perlu untuk menjalani perhubungan ala2 PJJ?
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!