Wednesday, April 15, 2009

Rasa Terpinggir


Bismillah,

Pernah tak korang rasa terpinggir? Saye pernah...terbaru adelah baru2 ni. Tapi pun takde apa sebenarnya, mungkin saya yang jahat buruk sangka dekat orang2 tertentu sedangkan hari tu mungkin orang tu berlagak macho dengan saya sehingga saya rasa dia tanak bercakap dengan saya.

Kenapa saya tulis entry ni ek? Adekah korang meneka suami saya sedang meminggirkan saya? Berani2 la boikot saye abang...Nanti saye malas masak baru padan muka. Lagipun abg nak ajak sapepun nak boikot saye kan...Adekah pula anak2 umi yang meminggirkan umi? Musti la tak. Diorang adelah anak2 yang baik. Manakan tak...Asmaa' kencing tilam arini pun umi tak berleter mcm biasa. Umi makin baik kan? kan? kan?

Sebabnya terfikir tajuk entry ni bila terlihat seseorang buat status kat YM dia 'rasa terpinggir'. Mmm...ciannya. Kepada tuan punya nama, sorila saya kiranya mengambil kesempatan utk buat entry atas kedukaan anda.

Saya ingin mulakan dengan bercerita bagaimana sakitnya rasa terpinggir itu. Bayangkan ada orang lain yang ramai. Anda cuba mendekati kumpulan itu. Mereka meraikan anda tetapi masih menunjukkan keadaan bagai ada yang tidak kena. Anda lalu terpinga2...apa salah aku? Kemudian anda pun cuba bertanya, "Apa salah saya? Saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena.. " Anda cuba jujur tetapi mereka berkata, "Tak ada apa2lah..."

Pernah tak rasa macam ni? OK, kalau tak pernah, saya tabik spring pada anda yang tak pernah rasa terpinggir. Tapi awaslah, jangan sampai anda meminggirkan orang pula. Kelak, ALLAH akan membalas dengan balasan yang setimpal. Ingat, bahawa ALLAH tidak pernah lupa untuk memberi balasan kepada mereka yang berbuat salah. Jika anda takutkan ini, lawanlah rasa benci kepada seorang yang lain kerana dengan membenci itu, anda rupanya sedang memutuskan tali silaturrahim.

Saya sebenarnya sedang bimbang apabila Asmaa' dan Usamah terlampau rapat sehingga tiada ruang untuk Uwaiys menjadi 'dewasa' seperti mereka. Maka selalulah saya menjadi perayu kepada Asmaa' dan Usamah agar jangan meminggirkan adik mereka yang bermata boolat ini. Walaubagaimanapun, saya perati Arwa sudah semakin bijak untuk menemani dan memujuk Uwaiys untuk bermain dengannya.

Alhamdulillah, anak2 umi, ada padanan untuk bermain. Umi padan dengan abah, Asmaa' padan dengan Usamah dan Uwaiys padan dengan Arwa. Tapi dikebanyakan masa kami berguling bersama2. Kalau umi membebel pun, tak de sapa akan terkecuali atau terpinggir dari dengar lolongan Tarzanah umi :P

Mcm mana anda di tempat kerja anda? Adakah anda ada teman baik untuk bercerita. Saya mempunyai 3 orang staff dan jika salah seorang darinya hanya terdiam seorang diri, saya akan berasa risau dan cuba untuk kerap memanggil mereka. Cuma sekali saja, di satu hari yang saya terasa nak marah, ada seorang staff saya yang terkena laser saya. Tapi itulah pertama kali saya membambu dan tidak memujuk. Kepada staff2 ku...korang tau kan sape?

Saya bimbang juga bila tengok seorang dari mereka hanya duduk terpinggir. Saya mula terfikir, mungkin selepas2 ini, saya patut mengambil dua orang pekerja sahaja. Supaya mereka tak ada pilihan untuk berpecah dua. Supaya dua yang lain tidak akan meminggirkan satu yang lain. Supaya mereka sentiasa sepakat.

Saya melihat mereka seperti adik saya sendiri. Maka saya tidak suka jika mereka berdendam sesama sendiri. Saya tidak mahu membuat provokasi sebenarnya, tetapi semua telah maklum, blog ini adalah tempat saya meletakkan luahan hati saya dan nilaian saya pada sesuatu situasi. Jadi kepada adik2 yang kompem akan membaca entry ni, tolonglah fahami bahawa k.Pija betul2 bimbang jika ada yang tak kena antara korang.

Jika masa mula2 kemasukan Anati hari tu, semua adik2 seakan2 tidak boleh menerima Anati. K.Pija sabarkan aje dan cuba bersikap neutral. Keadaan ini sebenarnya tidak terjadi semasa Timah dengan Mijah. Sebab Timah dan Mijah tidak mempunyai seorang yang lain untuk meminggirkan seorang yang lain.

Sekarang Anati sudah semakin OK. K.Pija tumpang hepi bila As dan Timah dah boleh mula bekerja dengan Anati. Korang tau mcm mana keadaan satu hati ini terjadi? Sbb bila Anati minta korang berterus terang, maka korang telah berterus terang. Kebanyakannya adalah semasa meeting dan seterusnya dibiasakan di luar. Bukankah itu satu keadaan yang baik?

Jadi K.Pija berharap, sikap berterus terang adalah satu sikap yang baik. Apa salahnya jika anda melukakan sedikit hatinya jika hasilnya, anda boleh bekerja sama2 macam Wonder Pets tu? Bagitau jika ada yang tak kena dan bantu orang yang anda cuba2 pinggirkan itu. Jangan benci sesama sendiri sedangkan anda dah tentu berada di bawah bumbung yang sama.

Jika kita dah gunakan cara yang sama untuk memperbaiki Anati hingga Anati menjadi begitu berjasa kepada kita, maka, jika keadaan yang sama berlaku kepada orang lain, tolonglah berterus terang sesama kita supaya yang kusut tidak bertambah kusut. Kerana bila dah kusut nanti, jenuh la cari sikat yang kuat untuk meluruskan keadaan. Atau tak...cara senang nya, kita kerat je kan?? Dan mengerat setakat ini tidak termasuk dalam senarai tindakan k.Pija.

Tolong buktikan bahawa bertiga bukan alasan untuk berpecah. Tolong buktikan bahawa berterus terang selalunya akan membuatkan kita semakin selesa di antara satu sama lain. Tolong juga buktikan bahawa kita bukan jenis yang suka memutuskan tali silaturrahim. Tolong yeee....?? Mmm...K.Pija menyayangi korang. Adakah korang menyayangi sesama sendiri???

***pss...lupa lak nak tujukan pesanan ini kepada mereka yang merasa diri terpinggir. Ini adalah cara saya menangani rasa terpinggir...


  • Lantak lah orang nak pinggirkan kita pun. Jangan sampai kerja kita terjejas dek tindakan orang pada kita.

  • Cuba jugak lah rapat2kan diri sambil amik hati mereka yang meminggirkan itu. Anda tidak berdosa dengan mengendeng2 itu. Bahkan hasil akhirnya mereka akan menghargai anda.

  • Dah tau orang tak suka kat kita, cuba pastikan apa yang mereka tak suka tentang kita dan elakkan untuk melakukan perkara itu. Dengan cara itu, insya ALLAH mereka akan kembali semula berbaik2 dengan anda.

  • Jangan lupa berdoa kepada ALLAH supaya mereka terbuka hati untuk kembali menjalinkan silaturrahim dengan anda.

  • Juga jika anda rasa sakit (sesungguhnya dipinggirkan adalah satu benda yang sangat menyakitkan...tolonglah faham jika anda ada meminggirkan orang) jangan cuba mengadu kepada orang yang di sekitar anda. Nak tau kenapa? Anda mungkin akan membuatkan orang yang anda tumpang mengadu itu turut membenci mereka yang meminggirkan anda. Dan ini adalah bahaya untuk persahabatan anda. Jika anda mahu mengadu, carilah mereka yang di luar dari lingkungan tempat anda dipinggirkan.

  • Jika anda terasa terdesak untuk mengadu, adukanlah kepada ALLAH kerana hanya dengan ini, kelegaan akan datang ke dalam jiwa anda. Biar dunia anda kosong, jangan jiwa anda kekosongan.

OK...itu je la pesanan Niyang Rapik utk arini...hajat hati nk tulis satu tajuk tapi Timah ni ajak bersembang tengah orang menaip...he he...

1 comment:

  1. Thanks akak untuk pesanan tu. "Biar dunia anda kosong, jangan jiwa anda kosong". InShaaAllah

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!