Cuba tgk link ini, itu adelah repekan saya semalam. Sebenarnya itu perkara biasa la kan sekali sekala dilanda perkara seperti itu. Silapnye, saya biarkan hal saya dengan anak2 saya sampai sebegitu lama. Insya ALLAH saya akan lebih bersabar mulai dari hari ini. Mmm...posting itu pun yang pada asalnya saya nak padam tak jadi lah. Sebab nasihat2 dan doa yang ada di bawah itu sungguh menaikkan semangat saya semula. Dan sekarang saya dah mula tersenyum2.
Tidak ada apa isi menarik yang saya kongsi sekadar nak letak gambar2 yang saya snap dengan enpon RM 150 yang saya beli dari Anati. (Sebbaik Anati jual murah jek... :P)
Ompecak...wajah ini mengalu2kan kedatangan Syud. Tapi Syud jangan jeles, kitorang dah ada housemate baru yang ganti Syud. Nak tau cerita?? Kene datang dulu...he he
Ini pula adalah budak yang merintik borekkan abahnya. Minat gila dekat ayam sampai asyik nangis depan bilik simpan ayam sebab nak masuk tengok. Terbaru dia dah ambik raga kecik dan pijak raga tu untuk tengok ikan dalam kolam. Histeria kejap umi dia tau...kalau histeria mesti la jadi Tarzan kan? So, abah..kat mana kita nak alih kolam tu pulak??
Lihatlah wajah tokki yang tak menunjukkan rasa bersalah bila bawak lari anak umi bukan sekejap, siap bawak balik tido. Budak yang kene kidnap tu pun mcm tak kisah kene culik. Maklum lah dok umah opah ada katun Astro, ada katil, ada aircond...huhu
Ini adalah buku latihan Maths Asmaa'. Ia setebal lebih kurang 3/4 inchi. Tebal kan? Asmaa' 5 tahun dan dia masih belum kenal sepenuhnya angka2. Yang dia kenal setakat ni 1, 2, 3 (sbb ada TV3 dan ini no pertama dia kenal), 5 (sbb dia asyik tulis terbalik dan umi suruh dia tulis penuh2 dalam satu kertas) dan no 10. Kalau dia tak kenal, macam mana dia boleh buat buku ni? Nanti saya cerita step by step bagaimana nak ajar anak kita Maths.
Ini gambar Asmaa' dan Usamah di depan National Stud Farm. Kami berangan nak gi tgk kuda2 yang encem kat dalam ni tapi rupanya ada banyak protokol plus kami datang pun naik kete Kelisa so macam takde kelas la nak masuk tempat bagus mcm ni. Anyway, at last kami godek juga laluan ke belakang tempat ni dan dapat tgk dari jauh je la kuda2 kat sini.
Di bawah di letakkan beberapa gambar anak beranak saya bermain dekat dgn tempat kuda...hepi tgk diorg boleh meloncat2 kat sini.
Ini adalah gambar Usamah ketika kene denda lap air yang dia tumpahkan. Sangat pandai, dia amik kain buruk lepas tu dia bawak sekali cebok. Bila dia lap sampai basah then dia perah dalam cebok tu sampai kering. Bagus!! Sebab umi tak ajar tapi dia pandai. Cayyang Usamah.
Dua gambar Arwa yang telah berjinak2 memakai tudung. Sudah pandai di usia dia setahun 2 bulan bila nak ke mana2 minta di tudung kan....Arwa ni abah yang jadi jurulatih :)
Ini adalah gambar budak yang pandai memanjat tapi tak pandai nk turun. Ini adlh muka dia yg ketakutan sbb duduk atas almari dapur umi. Lepas 15 minit baru bawak dia turun n skang dia tak panjat lg almari tu...he he
Yg ni adlh dua sahabat baek tp yg duduk atas tu berstatus pembuli. Jumpa kt umah salah seorg kawan tokki yg ada mesin ram ayam. Masing2 berdebar nk tgk sama ada telur ni menetas ke tak. Nampaknya yg kami punya dah menetas sekor dan dua lg dah mula tebuk. Hepi for abah. Alhamdulillah, dapat la jugak perati perkembangan ayam dr bulu nipis ke punuh bulu.
OK K.Yong, saya kenalkan ayam piru yang hensem.... :D