Wednesday, September 16, 2009

Rawatlah Perkahwinan Yang Dingin

Bismillah,

Ah, saya sudah bosan dengan contest :P mcmlah ada org yang paksa masuk ek... kekeke... Kebetulan 2-3 hari yang lalu seorang sahabat lama saya ada bertanya, "K.Long, mesti hang bahagi kan?" Saya tak sempat bercerita panjang ketika itu. Tapi saya sebenarnya mahu memberitahu dia, kita hanya akan mengenal kemanisan selepas kita tahu betapa pahitnya kepahitan terlebih dahulu.

Saya tumpang sedih, mulanya saya menyangka yang mereka mungkin bergaduh sebab berebut nak balik kampung tapi katanya tidak. Dia cuma berkias yang suaminya tidak seperti yang dia kenal dulu. Hidup ini tidak selalu ceria kawan. Pasti ada masa yang ALLAH akan uji juga kita sebab itu apa yang penting adalah iman dalam diri kita. Bagaimana iman kita akan memandu kita untuk menyelesaikan masalah....itulah yang akan diuji ALLAH.

Biasalah apabila setiap hari melakukan perkara yang sama. Sesiapapun akan bosan. Kadang2 kita rasa ragu kenapa suami aku boleh borak berjam2 dengan kawan2nya berbanding nak bercakap dngan baik 5 minit dengan kita pun susah nya. Kebosanan dalam rumahtangga ini pasti akan dirasai oleh sesiapa pun. Jika kedua2 tersalah langkah, rumahtangga boleh menjadi hancur berderai.

Oleh itu, jika hubungan kita suami isteri sudah mula terasa dingin, sesuatu cara yang munasabah perlu dilakukan segera. Tapi bukan dengan cara mencari salah pasangan kita. Tak siapa pun antara kita yang kenal kesalahan diri sendiri, semuanya orang yang salah kan? Merawat perkahwinan bukanlah kerja orang lain tetapi ia adalah tanggungjawab kita suami isteri.

Renung baik2 apakah punca kepada masalah itu. Jika anda ketemu dengan puncanya, rawatlah ia bermula dari situ. Jika bukan pagi ini, mungkin petang nanti anda tahu apa punca kebosanan itu. Boleh juga jika terus bertanya kepada pasangan tetapi jangan cepat melenting bila mendengar pendapatnya. Semoga raya ini menjadi permulaan terbaik buat kita saling bermaaf-maafan dan kembali menyuburkan rasa perlu memerlukan antara satu sama lain. Amin....

*sapo balik Jerteh, bgtau la ek, kot boleh jumpa2 di sana... ;)
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!