Eh, ini buat masa ni takde kaitan dengan saya. Bila tengok anak2 semua dah lena, teringat masa zaman diorang baby lagi. Asmaa', Usamah dan paling dasat sekali adalah Uwaiys memang ada rekod menangis malam. Tapi alhamdulillah, setiap kali kejadian itu berlaku, ada orang tua yang menemani kami. Tapi magiclah, bila orang tua pegang jek, diorang OK...seolah2 marah kan saya pulak..ha ha ha...
Sebenarnya, saya pernah terbaca yang baby yang menangis kuat ni terkesan juga dengan perasaan mak dia masa dia melalak tu. Let say, time dia buat hal, mak dia meremang bulu roma membayangkan anak dia diusik dek 'pihak ketiga' yang tidak kelihatan (ini contoh weih....) Jadi perasaan kita yang ketakutan itu akan dapat dirasai oleh anak kita dan mereka akan melalak dengan lebih kuat lagi.
Berbeza pula kalau mereka menangis je, kita cool aje. Tu sbb bila siang kita senang nak redakan anak kita nangis berbanding dia menangis malam. So, kalau anak nangis tu, janganlah kelam kabut sangat but then jangan la sampai cool buat dek je anak melalak pulak kan (kang jadi macam saya...ngeee)
Masa dia nangis tu, cubalah periksa...
- Adakah dia kepanasan atau kesejukan?
- Adakah dia lapo?
- Adakah lampin dia basah?
- Adakah dia lama sangat berjaga sampai dia rasa letih?
- Adakah dia kembong?
Selain sihat, perlindungan kemas yang dia rasakan juga mengurangkan kemungkinan dia menangis bukan? Setuju tak korang?? Tolong setuju aje lah ye.....hihi