Pages

Sunday, December 20, 2009

Kakyong Telah Kembali Bersiaran


Bismillah,

Saya sangat terkejut semalam bila mendapat komen dari kakyong pada salah satu entry saya. Ia menandakan dia telah kembali bersiaran dan persoalannya sekarang adalah dari laptop manakah dia bersiaran? (kakyong..sila baca entry ini sebagai pihak ketiga..huhu) Setelah bertanya tadi, kakyong bgtau saya dia telah repair lappynya tapi kos membaiki adalah lebih kurang RM 900++.

Untuk pengetahuan kakyong, saya telah berkomplot dengan blogger2 lain dan terhasillah cerita2 di dalam entry di bawah (sila baca ikut turutan) :
Kakyong,
Kami lakukan ini dengan niat hendak membantu meringankan beban yang kakyong (sahabat kesayangan kami) tanggung. Sekarang, saya akan pindahkan apa saja yang mereka berikan kepada saya dengan kadar segera. Kami berharap kakyong dapat terima ini sebagai tanda kasih kami pada kakyong. Ada yang memberi sumbangan, ramai lagi yang memberi doa.

Sahabat2 yang terlibat,
Saya akui saya lewat dalam mengatur hal ini. Mungkin jika saya tidak diasak telefon rosak (untuk menghubungi tuan laptop) dan kereta rosak (untuk sampai ke rumah kakyong) mungkin hal ini dapat saya aturkan dengan kadar segera. Saya juga difahamkan tuan laptop dilanda kesibukan sehingga dia tidak dapat menghubungi saya juga. Tapi jangan bimbang, duit masih ada di dalam akaun saya.

Saya berkira2 mahu menyampaikan sendiri laptop ke tangan kakyong sendiri lalu saya beri lebih ruang kepada tuan laptop sementara kereta saya juga dapat dibaiki. Tapi perancangan ALLAH nyata lebih sempurna dari perancangan saya. Saya memohon berjuta kemaafan atas kedhaifan saya dalam melaksanakan projek ini. Tapi jika kalian masih lagi rasa saya melakukan kesilapan, saya pohon ampunkanlah.

Langkah seterusnya :
  • Setelah kakyong baca semua ini, saya minta kakyong tinggalkan mesej dalam kotak komen ini.
  • Saya akan emailkan semua email dari penyumbang dan email maybank2u yang saya terima.
  • Saya akan emailkan semua no yang menghantar mesej ke telefon saya
  • Duit akan segera saya pindahkan kepada kakyong bagi menggantikan duit yang kakyong gunakan untuk membaiki lappy nya
Kakyong, setelah menerima sumbangan dari penyumbang pertama, saya menangis. Apa perasaan kakyong agaknya ya?? Maafkan saya sebab buat semua ni tanpa pengetahuan kakyong sedangkan saya ada mesej kakyong masa spek kakyong patah tu...

13 comments:

  1. Betul, perancangan Allah adalah yang terbaik... Terpulang pada akak untuk menghandle wang tersebut... kami tsiqah dengan tindakan akak.. =)

    ReplyDelete
  2. niat baik, insyaAllah dibalas baik.
    sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari melakukan kesalahan.
    tahniah akak berjaya mencapai objektif projet.

    ReplyDelete
  3. Seeloknya kita tak perlu nak salahkan sape2 pun... paling penting kita dapat lihat di hasil dari kesatuan bloggers... cuma Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita semua... jadi rasanya elok siti teruskan dengan langkah seterusnya.. take it easy okeh! Dan untuk Kak Yong.. kami semua sayang kak yong.. sebab tu terhasil 'komplot' ni.. :)

    ReplyDelete
  4. salam kak Fizah...hehhe..saya pun beria baca entri kyong sbb ingat hadiah projek dha selamat sampai..tu yg saya tny kat chat box ni.nak tahu kisah sebenar..

    tak kisah la mcmna pun..kami ikut je perancgan akak.saya gembira melihat ukhwah kita semua masa projek ni dilancarkan dan begitu singkat berjaya mencapai objektif..saya rasa itu juga lebih manis

    ReplyDelete
  5. Salam Pija & semua rakan blogger..

    1st of all terharu sangat2 dgn apa yg u all dah buat. tak sangka you all boleh pk mcm ni sekali utk bantu kakyong. tak tahu mcm mana kakyong nak balas budi u all. semoga Allah sajer yg mbalas dan memurahkan rezeki kalian..

    dan utk pija.. mak buyung yg sudah hampir sarat ni... semoga baby lebih murah hati.

    kakyong dah baca semua n3.. tak terkata.. terima kasih atas ukhuwwah & kasih sayang ni..

    diam2 u all berkomplot yer... patut lah makbonda pernah minta no akaun.. dia kata ade lah..

    kakyong tak suka nak susahkan org lain, apatah berharap ehsan org.. tp masa lappy rosak tu.. resah juga.. sampai termimpi2 dpt hadiah lappy baru... bila pk2, saper plak lah yg nak susah2 nak bg hadiah mahal2..
    tak tau pulak plan potluck tu ade udang sebalik mee.. kakyong memang ingat nak tanya pija, bila u all nak mai potluck... tp segan pulak nak tanya... hehehehe..

    tahu nak tulis apa lagi.. tp u all memang sweet... sweet sangat...

    Terima Kasih semua.. nanti ade ruang waktu, kakyong akan buat n3 di blog.. skrg ni terkejar2 dgn masa..

    ReplyDelete
  6. salam
    tak apalah, asalkan duit itu sampai ke kakyong..kita merancang dan ALLAH tentukan..

    ReplyDelete
  7. takpelah Pija.. benda baik. niat baik akhirnya semua baik2 belaka....
    Alhamdulilah boleh dah bersiaran Kak Yong..

    ReplyDelete
  8. Its ok Pija. Kita kan hanya merancang, Tuhan yg akan menentukan.

    To Kak Yong, Selamat kembali. We miss u!

    ReplyDelete
  9. tad siapa akan salahkan k pija, malah semua orang berterima kasih keran akak pija melancarkan [rojek khas ini.

    rasanya duit terkumpul yang dikutip utk beli lappy buat kak yong tu mmg sudah di takdirkan untuk mengganti duit yg kak yong keluarkan utk repair lappy nya.

    kita merancang, Allah menentukan yang terbaik buat semua :)

    ReplyDelete
  10. yeay..kak yong dah kembali..slmt kembali kak yong..n kak pija, jgn ssh hati la..Allah lbih arif dan lbih thu kenapa jd camni..kan..mgkin ini yang terbaik...

    ReplyDelete
  11. manusia merancang, sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang

    ReplyDelete
  12. kak pija, kitorang faham... bukan salah sape2... sume Allah yang lebih hebat perancangan Dia... Janji kakyong dah kembali...

    ReplyDelete
  13. wish all of U think this way...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!