Beranak kali ni memberi saya satu pengalaman baru. Tiap2 kali beranak, saya terasa seperti beranak sulung. Seakan2 tak pernah melalui kesakitan itu. Tambahan kali ni, berkali2 saya alami false alarm..huhuhu. Malu sama misi, mau dikata anak sulung udah anak yang ke 5!! Takkan tak tau rasa contraction lagi... :P
Seblom ni saya ada cerita dah semasa saya lupa besday suami dan mak saya 13 Januari lalu, ketika itu pada 14 hb saya mengalami sakit perut yang amat sangat. Tapi bila saya duduk dalam keadaan merangkak, sakit tu tiba2 hilang. Masa 5 Feb baru2 ni, perkara yang sama berlaku lagi. Saya sakit lagi dan saya teramatlah hepinya sbb sakit pada tarikh ni (happy kerana sakit?? Apakah??)
Mana tak excited masa saya sakit itu adalah 830pm dan esok itu adalah besday Arwa. Kalaulah saya melahirkan Ahmadi pada 6 hb sbb kebiasaannya jika saya sakit, saya akan melahirkan dalam tempoh 3-4 jam selepas itu. Saya dan suami pun tinggalkan anak2 pada dua adik ipar saya. Mulanya saya tak bagi mertua ikut tapi dia rasa dia perlu ada sama untuk teman saya nnt. Dalam hati saya itu, mahulah berdikari kali ini.
Sampai2 depan hospital, mcm selalu juga...saya akan tunggu sehingga sakit itu tak boleh tahan ditanggung lagi. Tapi lama menunggu, saya rasa saya sangat tahan dengan sakit tu. Kiranya keadaan tu tak memaksa saya melapor diri ke labour room lagi. Lalu suami saya cadangkan kami pergi berehat di rumah sahabat baiknya.
Kalau kami berdua aje, saya rasa nak duduk dalam kereta aje tapi bila tengok mertua saya tidur di belakang saya rasa kesian. So, kat rumah tu, saya rasa sakit tu semakin kerap kul 2 am. Excited la ai sbb nak beranak 6 hb ni lalu saya kejutkan suami dan kami bergerak ke spital smula.
Yang syioknya, sampai depan pintu wad bersalin itu pun sakit itu makin lama makin saya rasa boleh tahan...huhuhu...last2 saya cakap kat suami takpelah 4am saya masuk lah walau mcm mana pun keadaannya. Elok2 saya masuk, mereka mula cek dan bukaannya dah mencapai 3-4 cm. Alih2 orang sebelah katil saya tiba2 nak meneran.
Elok aja dia sakit yang amat itu, saya rasa hilang sakit langsung!!! Huwwwaaahhh...kan saya dah kata saya takut! Misi yang perasan saya ketakutan pun tanya, "Eh..kenapa awak pulak yg pucat? Kalau tak sakit gi lah katil 9." Saya direct terus pergi katil 9 dan tak toleh belakang lagi. tu pun rasa mcm terbang, tak rasa dah tapak kaki berjalan.
Sampai kat katil 9 saya pejam mata rapat2 sampaile mertua saya sampai dengan beg sebeban dan tanya, "Guano Fizah..." saya tak bgtau dia saya takut tapi saya bgtau dia ada orang lain nk beranak. Huhu...kalu dia tau saya takut mesti dia akan bg ceramah motivasi subuh tu. Dia orangnya kuat semangat dan saya segan dengan dia.
So, subuh tu dia putuskan nak teman saya dan suami saya kata takpelah dia nak balik dulu. Tak kisah pun dia balik sbb saya teringat anak2 nnt mesti pelik kalau kami takde. Seblom sempat suami pergi jauh, saya mesej suruh suami pujuk mertua saya balik. Saya serius tak gamak nak tgk dia tidur atas kerusi padahal saya tau dia sakit belakang apatah pula tidur atas lantai hospital. Lagipun, kalaupun saya beranak aritu, saya dah set minda untuk jaga sendiri dan tak perlu sesape temankan saya.
Masa untuk solat Subuh masa tu ada lagi setengah jam dan saya paksa mata saya untuk lena juga sebab sepanjang malam tu saya pujuk baby keluar...he he..pujuk2 juga, tapi bukankah perancangan ALLAH lebih baik dari impian saya. Lagipun hari masih panjang. Saya perlu berehat sementara waktu...(ayat cover baik punya padahal takut nak beranak)
Aiyyah.......ada manyak lagi nk cerita neh...boleh kah saya sambung ke episod yang seterusnya!! :P
rasa mcm takut pula nak tambah anak lg bila baca pengalaman Pija. Sy plan kalau ada rezeki nak tambah sorang lg thn ni. :D
ReplyDeletepija,
ReplyDeletegelihati lak bila baca n3 pija ni...
mcm2 ragam erkk org nak bersalin..