Semalam, saya taip pasal soya tanpa memikirkan alternatif sehingga saya rasa tersentap bila YatieJay tinggalkan komen di blog saya. Sekarang kemungkinannya ibu2 yang memberi anak mereka susu soya akan sentap dengan isi entry saya semalam. Saya terlupa fikir tentang mereka yang anaknya alergi kepada susu ibu dan anaknya pula sudah melebihi usia dua tahun untuk disusukan dengan susu badan.
Jadi semalam saya Google merata2 dan saya dapat bbrp artikel yang saya rasa sesuai. Sekali lagi tolonglah baca sendiri wahai kengkawan. Sebab saya masih dalam mood yang 'malas nak cerita' :P. Ha....tu jgn salah faham no, saya happy2 aje cuma tak dayo nak blogging sangat. Tak minat bah menaip dari laptop tapi takkan nak hangkut komputer saya ke sana sini plak kan...
OK, ini artikel yang sesuai, tolong baca dulu..lepas ni saya cuba simpulkan sikit :
1. Dalam entri ini, ada petikan yang menyebut ini :
Acid washing in aluminum tanks leaches high levels of aluminum into the final product. As a result, soy-based formula also has over 1000% more aluminum than conventional milk based formulas. Breast milk is best, but if one, for whatever reason, cannot breast feed, then Carnation Good Start until six months and Carnation FollowUp after that seem to be the best commercial formula currently available. The milk protein is hydrolyzed 80% which tends to significantly decrease its allergenicity.
OK, utk perkataan yg saya boldkan itu, saya searchkan kalian produk itu, tapi saya sangat tak pasti produk tu ada ke tak kat Malaysia. Sila baca review produk itu di sini.
2. Saya juga terjumpa artikel dari Indonesia iaitu Susu Soya Bukan Solusi Bayi Alergi Susu Lembu. Sila baca..tapi tiada alternatifnya di sini.
3. Ini pula artikel dari Malaysia berkenaan susu soya. Juga tiada alternatif.
4. Sila juga baca entry ini untuk artikel dari Berita Harian yang diambil dari SusuIbu.com. Di dalam link ini juga ada yang mencadangkan susu Anmum tapi which susu saya tatau la...Arwa saya pun saya kasik Anmum bukan sbb saya banyak duit tapi sbb dia minum Dugro packing baru ni dia cirit. Uwaiys & Usamah pulak abah diorang beli susu lembu fresh dari Pejabat Haiwan dan bg diorang minum. :)
Jadi, kepada yg lebih tahu, silalah tinggalkan komen utk kongsi tentang hal ni. Satu yg sy terfikir adalah cari sumber kalsium dari cara lain (pemakanan harian). Mmmm...apa kata kawan2 yg lain??
tingat dulu kecik2 adam x sihat, doctor tu ckp dia lactose intolerant kot, so kena bagi soy milk.
ReplyDeletetok nek dia la! lactose amendenye? aku dah cakap aku BF anak aku! *woh..nada marah ni*...
hehehe.peace k.siti!
ahahahaha........tu adelah jenis yg tak amik kursus dgn CSI tu...tu yg sesat bg fatwa tu :P
ReplyDeletesaya tengah berkira2 nak tukar susu soya anak saya tu.. (dah dua tahun lebih umurnya.. :P) bimbangkan kalsiumnya sebenarnya... tapi, nurse dengan doktor2 kata tak payah.. nak tukar susu pulak, jenuh juga nak cari yang dia suka... huhu
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletefizah.. terima kasih atas info... alamak anak saya yang sulung dr umur sethn n now 3 thn lbh mmg minum soya (isomil).. dah try bg mcm2 susu lain.. semua dia tolak... try anmum,enfagrow, dugro, dutch lady.. semuanya dia tolak... tgh cari alternatif lain la ni.. beli susu kambing product hiraq.. bg dia minum susu tu campur dgn coklat... pun dia tak nak.. tp baru2 ni pergi rumah kwn, dia ada suggest susu biomil.. ada campuran herba n air zam2... blhlah try...
Alahai puan pija...janganlah anggap saya marah. Sebenarnya saya frust sebab anak saya tak mcm budak2 lain boleh tukar2 susu kalau tak serai atau tak bagus.
ReplyDeleteKebergantungan Naufal pada susu soya seolah mcm takde alternatif lain. Kalau budak yg tak alah susu lembu boleh tukar susu jika berlaku cirit birit atau sembelit (akibat tak serasi), Naufal pulak memang takde alternatif lain (ku fikirkan lah, rupanya ada jugak cuma mungkin takde kat pasaran msia ni).
Bukan tak pernah cuba, malah bertin2 susu kami dah beli dan cuba utk dia (kosnya kami dah tak fikirkan dah. Setiap kali tak serasi, kami bagi org lain). Bila mula naik rashes dan muntah2 rasa kesian sgt kat dia tau...seolah2 dah jadi bahan ujikaji. Ni semua semata2 sebab parents nak yg terbaik utk dia...tapi rupa2nya yg difikirkan terbaik tu memudaratkan dia...huhuuu...
Mintak maaf Pija kalau awak rasa saya marah dlm komen semalam. And thanks for the good info utk entry kali ni....
Peace!
Oh ya, ayat ni mungkin Pija tersalah type:
ReplyDelete"Saya terlupa fikir tentang mereka yang anaknya alergi kepada SUSU IBU dan anaknya pula sudah melebihi usia dua tahun untuk disusukan dengan susu badan"
Pija maksudkan SUSU LEMBU kan? Heheee....takde budak yg alah susu ibu. That's the miracle of mom's milk! ; )
saya pun tak tahulah ... ada ker alternatif?
ReplyDeletesalam semua :)
ReplyDeletemmm isu yg best gak ni, dgn ilmu & pengalaman yg sgt tak seberapa ni sy cuma nak berkongsi, ya setakat ni formula berasakan soya adelah alternatif bagi yg ada alahan pada formula berasakan susu lembu. Susu brand apa2 pun asas dia tetap sama iaitu sama ada susu lembu ataupun soya. setakat ni sy tak pernah lagi nampak susu formula yg dibuat berasaskan susu kambing yg ada dijual secara komersil (kecuali susu kambing yg minum fresh lah).
Ni sy nak keluar tajuk sikit (boleh ye k.pijah hehe) kalau ada anak2 yg dah besar sikit kan selalu tak suka nak minum susu sbb xsuka bau, loya etc.. dah paksa2 minum susu pun tak boleh jugak what so ever jd sbgai mak2 yg nak pastikan kalsium anak2 cukup bolehlah cuba bagi horlicks, kandungan kalsium per serving dia agak tinggi ~500mg per serving [tp kena bancuh ikut yg dia tulis tu la ye] sbb rasa & bau horlicks tu boleh diterima oleh ramai orang & malted drink pun ade rasa yg unik gitu :)
Syayassir, mm...tu lah tapi nurulhuda kata skang bole minum horlick sbb ada kandungan kalsium di dalamnya...
ReplyDeleteUmmuAmmar, agak2 budak2 yang alergi protein susu ni dia boleh tak minum biomil ek?? sian kat diorang nnt
Yatiejay, eh saya bukanlah hot bengang...tapi saya mcm terlupa nak bg alternatif so, mungkin org yg mcm awak rasa down sbb baca email saya...huhu...peace!!!
Nadnye...setakat yg diketahu, horlick adalah alternatif utk yg lebih 2 tahun kan nurulhuda kan????
ni sy nah hapdet sikit, td sy g Tesco pastu sy jln2 kat tempat jual susu2 tiba2 ternampak ada growing up formula [untuk 3 thn ke atas] yg base dia goat milk, tp ada 3 tin je lah pun.. sy sokong artikel dr presiden kolej pediatrik, breastmilk is the best of course dan utk smbg mmg slalu susu lembu lah, soya untuk yg ada alahan pada lactose sbb protein dr haiwan lebih berkualiti [lebih tinggi bioavailability]berbanding dr sumber tumbuhan.
ReplyDeletebagi sy dr sudut pemakanan, anak2 umur kurang 2 tahun lebih byk bergantung pada susu berbanding makanan pejal jd agak pada pendapat sy mmg soya base formulalah alternatif bg anak2 yg ada ALAHAN TERHADAP LACTOSE sbb yg penting nak pastikan dpt cukup nutrient
p/s: yg pasal horlick tu sy sbnarnya lebih suggest utk kes2 anak2 yg betul2 takmo minum susu sbb fussy & yg seangkatanlah bukan sbg alternatif soya base sbb malted drink masih ada lactose :)
ooppss ada terslh type pulak bukan *lebih tinggi bioavailability tp *lebih tinggi biological value.. mintak maap..hehe..
ReplyDelete