Wednesday, May 12, 2010

Membina Hubungan Kekeluargaan & Persahabatan Pada Anak

Bismillah,
Perasan tak kalau kita jumpa orang yang nampak happy2 sokmo tu biasanya dia rapat sangat dengan keluarga dia?? Tak kira lah kalau orang itu rapat setelah dewasa ke atau sejak kecil, asal saja dia cuba rapat dengan keluarga insya ALLAH dia akan jadi orang yang gembira. Hubungan kekeluargaan yang sihat adalah bermula dari ibubapa. Ia adalah berkenaan ~menyayangi diri sendiri~saling berhubung~menghormati antara satu sama lain~memberi dan menerima~berlapang dada dengan yang lain.

Tapikan, anak2 dia takkan tau macam mana nak lakukan ni kalau bukan kita yang demonstrate kepada diorang. Sbb tu lah org tua2 kata, bapak borek anak rintik. Sebenarnya kan, saya taktau pun apa borek dan apa rintik tu...ahahaha, tapi sbb terpengaruh sangat dengan kawan2 Taayah saya dulu (eh apsal aku salahkan diorang ek), maka saya buat2 mcm tau je lah kan (maknanya budak2 Taayah memang suka tunjuk pandai lah tu.. :P).

Teringat dulu bila cikgu sekolah rendah saya suruh saya tulis pasal keluarga saya. Masa tu saya pun tertanya2 jugak apa pekerjaan mak2 dan pak2 sedara saya. Tapi sebab malu bertanya maka sesat lah jalan. Ntah hape2 kerja diorang saya bantai tulis. Tapi itu cerita dululah. Saya harap Asmaa' dan adik2nya bukan saje tau apa adik beradik saya buat malah semua sepupu saya itu kerjanya apa, dan jika mereka belajar, belajar di bidang apa...

Banyak cara sebenarnya kalau dikaji2 untuk menjadikan anak2 kita rapat sesama ahli keluarga. Satu caranya adalah amik kertas mahjong, kemudian buat carta keluarga bermula dengan opah dengan tokki sebelah mak dan ayah. Bila2 jumpa dengan pak2 sedara diorang amiklah gambar dan kemudian sportinglah sikit pergi cucikan. Bila tambah je ahli baru dalam keluarga pergi amik gambar lagi dan tambah sikit pada carta keluarga. Huhu...kalau buat yg ni sebelah keluarga mertua saya, alamatnya kena ada koman2 6 keping kertas mahjong...ahahaha...ramai!! Lebih baik lagi, kalau diorang kenal sorang2 tu kerja apa. Buatlah sikit catatan tarikh lahir ke, tarikh kawin ke...

Itu sikit je, ia lebih kepada keadaan di mana kita kenalkan anak2 dengan ahli keluarga kita. Kalau nak betul2 bagi anak2 kita mix around dengan mereka semua, panggil pakat mai kumpul ramai2 dan buat pot-luck. Saya cakap pot-luck sebab saya tak pandai masak untuk ramai2. Tapi saya suka berkumpul ramai2. Dah alang2 kumpul ramai2 ajak2 la pergi zoo sama2 ke, pergi berkelah di tepi sungai atau pantai ke...mm...bestnya!!

Tapi kadang2 kalau mcm saya yang beranak ramai ni memang kadang2 tak terkejar nak buat semua ni. Apa yang mungkin saya boleh buat adalah minta cadangan dari anak2 saya sendiri. Saya boleh tanya Asmaa' secara personal, mana dia nak ajak saya keluar. So saya boleh habiskan masa dengan dia dan dia rasa 'wah...bestnya umi nak luangkan masa berdua2an dengan Asmaa'.

Asmaa' baru 6 tahun tapi saya rasa dia masih dahagakan perhatian dari saya dan saya rasa ini baik untuk mengukuhkan semula perhubungan kami sebelum ia pergi terlalu jauh. So abah, apa kata saya nak gi melancong dengan kakak berdua2an? Next time berdua2an dengan Usamah pulak? Next next time dengan Uwaiys pulak...dannn... lalu abah diorang mencelah, "Turn abah, umi tak ingat ke??" Eheheh...turn you, kita gi sesama buleh?? :P

Andai pulak kita nak plan pergi picnic, apa salahnya kan buat2 tanya, apa lagi yang nak bawak untuk pergi picnic. Bila anak buatkan list kita pun appreciate dia buat dan dia akan rasa 'wah..saya ni orang yang boleh diharapkan'. Baru2 ni sepupu saya bercadag nak bawak diorang pergi picnic dan Asmaa' tak sudah2 cakap nak beli khemah...adui, alamatnya umi kena minta hadiah umi dari Sarakids lah.

Jika bawa anak2 pergi beli makanan pula, jika barang yang saya beli itu simple saja, atau di kedai makan, saya akan suruh anak saya yang bayarkan. Jadi di situ dia ada peluang untuk bercakap dengan orang dewasa lain tapi ingat, perlulah masih dalam kawalan kita. Jadi di sini dia akan tahu bahawa dia juga akan jadi seorang yang baik dalam komunikasi.

Seterusnya, kita boleh bg dia peluang untuk bercakap dengan org lain. Mcm tadi saya sebutkan suruh Asmaa' order dan bayar makan, macam benda lain pun boleh juga sebagai contoh belikan tiket Zoo ke. Masa kat dalam zoo pun boleh juga suruh dia tangkapkan gambar kita suami isteri. Lepas tu mintak dia fikir, mcm mana nak buat kalau kita nak tangkap gambar sama2. Mungkin dia boleh mintak tolong org yg lalu lalang tolong tangkapkan gambar kita sekeluarga. Ini akan buat dia rasa dia adalah seorang yang boleh diharapkan.

Galakkan juga dia bertanya kalau dia rasa nak bertanya. Dia seterusnya akan berani untuk bertanya soalan2. Selepas orang membantu mereka atau menjawab soalan mereka, pastikan pula kita ajar mereka untuk berterima kasih. Jadi dengan itu dapatlah mereka belajar untuk bersopan santun dan mengenal mana satu perbuatan yang disukai dan tidak disukai.

Seandainya setelah pulang dari berjalan2 juga, kita boleh buat buku mini tentang catatan perjalanan dan kemudian lekatkan semua tiket, gambar dan lain2 supaya kenangan ini akan membuat mereka ingat bahawa mereka telah banyak belajar dan keluarga sentiasa ada bersama dengan mereka. Mereka juga boleh tunjukkan aktiviti keluarga ini kepada ahli keluarga lain, malah kepada kawan2 mereka juga.

Semoga ada sedikit yang kalian dapat dari ntah apa2 yg saya tulis arini. Terlalu banyak benda yang saya visualkan...harapnya dapat jadi kenyataan :)



3 comments:

  1. ermm klu kat kedai.. yan suke mintak tolong qis pulangkan belen duit kt orang.. pastu dia sendiri tau bile orang tanye nak topup.. dia akan tunjuk buku celcom mane, buku maxis mane.. wlupun tak diajar tentang tu.. tp dia belajar sendiri dari pemerhatian dia setiap harikan.. kalau nak suruh2 sangat.. yan takut jadi paksaan plak.. kecik2 dah kena paksa wat itu ini.. yela umurpun baru setahun lebey.. takut nanti dia membesar n anggap lain pulak.. sebab yan tengok adik2 ipar yan.. bile mil kadang suruh itu ini.. nanti ade jek pemberontakan berlaku.. tarik muka.. hentak kaki.. tu camane pulak yer...? betul ke klu kite minta tolong dia.. dia akan rase 'diharapkan'?

    orang selalu cakap.. yan ni selalu nampak hepi.. adekah sebab yan rapat dgn famili?? tpi yan tak tgl dgn famili sejak kecil.. nenek yg bela yan.. bile dah besar.. duduk ngan famili.. mcm2 jadi pasal kite tak close dari kecil kan sampai memaksa yan keluar dari umah dan tinggal sendiri.. tp still orang kata yan seorang yg sangat hepi.. mungkin juga takde kene mengena ngan famili kot..

    ReplyDelete
  2. Betul la tu Pija, sebab bila kita gembira dengan kehidupan keluarga kita insyallah kita akan jadi gembira disisi orang lain.. yealah tu..

    Idea yang menarik bab carta keluarga, rasanya Uzair buat di Tadika tapi kan bila minta gambar, gambarnya tak cuci2 macamana nak ada..this week saya nak buat la

    anak2 saya nie jenis pemalu la, adui,puas suruh bayar yg senang2 , si abang dah tak nak.. hmmm

    bab berdua2 nie, selalunya masa makan dan dalam kereta adalah masa bertanya itu ini, masa nie pun ada masa nak tanya macam-macam ..

    thanks Pija untuk idea yang baik

    ReplyDelete
  3. Baguih jgk cadangan tu. Rasa2nya antara ketiga2 anak2 Ana, Aqilah lah mcm kekurangan perhatian.Boleh dipraktik nnti. Bwk jejalan berdua-duaan.Just you and me..thanks pijah.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!