Tuesday, January 18, 2011

Isu Azan di Lembah Pantai


Bismillah,

Sbnrnya sgt menenangkan bila t'dengar suara azan yg m'dayu2 tambahan pula di subuh dan maghrib. Tp bg kita yg duduk di masyarakat majmuk ni mungkin mereka yg tidak sefahaman dgn kita akan rasa tidak selesa. malah ada yg memeluk agama islam dgn hya dengar azan sahaja.

Saya t'igt semasa di Pt Buntar, kedai saya adlh b'hadapan dgn tempat ibadah penganut Sikh. Bunyinya yang kadangkala kuat akan m'buatkan rasa tidak selesa sedikit terutamanya jika kami sdg ada customer. Tapi tidaklah sehingga saya buat report.

Tapi jgn kalau kedai aksesori selang satu pintu kami buat hal. Merek bersaing2 dgn kedai aksesori bangunan sebelah dgn pasang speaker yang kuat amat sampai spek yg kami susun atas display vibrate sama. Yang ini bukan saja tak selesa tp t'ganggu amat!

Saya yakin, andai mereka itu patuh kpd agama mereka, pasti tiada niat bg mereka utk buat mcm tu. Pasang speaker kuat2 dlm kereta even ayat quran pun akan menimbulkan gangguan apatah pula lagu yg ntah hapa2 tu.

Berbalik pada isu azan di Lembah Pantai ni, sbnrnya dah reda tp elok sy kongsi b'sama supaya yg tidak tahu bole sama2 dpt ilmu baru. Penyudah cerita ini adalah dgn petikan di bawah :

Katanya, perkara itu terjadi kerana beliau sebenarnya tidak tahu membezakan antara laungan azan dengan ceramah ataupun kuliah subuh.

“Saya perlu jelaskan saya tidak pernah meminta ataupun berniat untuk menghentikan atau mempertikaikan azan yang merupakan elemen yang begitu penting dalam sembahyang umat Islam.

“Saya perlu mengaku tiap-tiap orang ada kelemahannya termasuk saya. Sebagai seorang bukan Muslim, semasa saya tulis surat tersebut, saya langsung tidak tahu membezakan antara azan dan ceramah.

“Maka saya ingin memohon maaf secara tulus ikhlas jikalau kekeliruan saya ini menimbulkan salah faham atau menyinggung perasaan mana-mana pihak khasnya umat Islam di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis dialog dengan dua persatuan penduduk Pantai Dalam di sini.

lihat, betapa mereka itu tidak tahu m'bezakan antara azan dan yg lain2. semoga kita semua akan terus berada dlm keadaan harmoni. saya percaya azan tidak menimbulkan rasa t'ganggu tp yg selainnya itu harus kita pelajari dimana dan bila utk menguatkannya.

Ulasan dr Dr Asri bole dibuka dan dibaca di link ini :
http://drmaza.com/home/?p=1339#more-1339

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

1 comment:

  1. bagus la isu ni dah selesai... bikin haru jer..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!