Sunday, January 23, 2011

Sakit Kepala Yang Berpanjangan

Bismillah,

Pasti kalian bosankan, hampir setiap entry saya mengadu sakit kepala. Saya rasa  benar2 tidak selesa dengan sakit kepala ni. Jadi sekadar ingin bertanya adakah kalian pernah mengalami sakit yang hampir serupa? Jika ada apa pula rawatannya??

Sakit kepala saya disertai simptom berikut :

  • Bila menunduk especially sujud, rukuk dan bila2 nak merendahkan tubuh, terasa berdenyut2 bahagian belakang kepala. 
  • Sakit sekitar bola mata
  • Sakit belakang leher
  • Adakalanya saya rasa gigi saya pun sakit
  • Saya sedang batuk dan selsema tapi boleh dikatakan dah surut jugak lah. Kalau tak ia lebih teruk lagi. Selsema pun sbb saya rajin pam keluar sampai melonggok2 sapu tangan dibasuh setiap hari maka taklah tersumbat teruk macam selalunya.
Saya bersyukur kerana dalam sakit2 ini pun :
  • Saya boleh drive lagi, kerana penglihatan saya tidak terganggu
  • Berleter pun boleh lagi...wakakaka
  • Sebahagian besar kerja di rumah boleh dibuat lagi, cuma sehari dua ni saya tidak masak sbb pergi berulang alik ke Jerteh sbb ipar2 saya balik. Dua kerja rumah yang sedikit tertangguh adalah basuh pinggan (tapi tak masak, so tak byk pun pinggan dan lipat kain - akibat dr tidak cukup hanger)
  • Oh ya...saya dah tak kesejukan macam dalam minggu lepas 
Rawatan yang telah saya ambil 
  • Batuk : air asam limau nipis campur gula
  • Selsema : Saya pam keluar dan ada makan Claritine
  • Penin : Minyak Cap Kapak (sampai laki ai kata ai bau minyak angin!), mengurut dan ada jugak amik ubat tahan sakit di rumah mertua sbb dah tak tahan sakitnya. 

Bila baca link di bawah ni mulalah saya jadi risau :

Tambah pulak kalau dibaca pada faktor rangsangan yang ditulis dalam Surau Kampung 

Masalah migrain biasanya diwarisi dalam keluarga (saya tak ada keluarga lain yang ada migrain). Saintis berpendapat, individu yang mempunyai migrain mengalami gangguan keseimbangan kimia neuro dalam kepala dan keadaan boleh menjadi lebih teruk jika ia disertakan dengan lima faktor rangsangan.
Lima faktor ini ialah:
(1) Psikologi-Tertekan, keresahan, marah, pertukaran kerja, kemurungan, kejutan, terlalu gembira, terlalu letih, risau dan cuti. (OK...saya sangat risaukan abah saya dan saya risau Kelisa tak dapat dibaiki sebelum kami pulang)
(2) Pemakanan - Tidak makan, berdiet, jadual makan tidak menentu dan jenis makanan seperti coklat, keju, makanan bergoreng, limau, wain merah, monosodium glutamat dan kafein. (alamak, yang merah tu mcm saya je....)
(3) Fizikal - Membongkok, kurang tidur, bekerja mengikut syif, perjalanan jauh yang melewati zon waktu (menyebabkan jet-lag), bangun lewat, perubahan cuaca (kan sedang beralih dari musim hujan ke musim panas) dan mandi air panas.
(4) Fisiologi - Haid, makan pil perancang, bunyi atau bau yang terlalu kuat dan tajam, merokok serta kesan pil tidur.
(5) Optik - Cahaya terlalu terang, silau dan terlalu lama menatap skrin komputer (pun rasa dah kurangkan semenjak sakit kepala ni) atau menonton televisyen.

Aduhai...begini sekali sakitnya.. Saya pohon jika ada nasihat dari kalian semua dan jika tidak ada nasihat, doakanlah.. 


Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

5 comments:

  1. assalamualaikum.
    saya pun turut sakit kepala berpanjangan yakni berterusan sampai hampir 1 tahun lebih dan juga sampai hari ni. apa yang saya buat, saya jumpa macam2 doktor. doktor pakar dah. tapi semua tu x boleh pulihkan saya. saya jadi lali dengan sakit kepala ni. lagi2 tahun ni saya spm. sata buat rawatan di darusyiffa(solok gaung melaka) . Ustaz di sana kata saya kena gangguan sejak saya duduk hostel . Kalau kita boleh kongsi pengalaman, do not hesitate to email me at wagio7_latioantares@yahoo.com . tq.

    ReplyDelete
  2. Hazwan, alhamdulillah buat masa ni akak dah OK.. setakat ni belum sampai ke tahap terima rawatan dari Ustaz...memadai dengan PCM yang akak amik aritu dan mengurut juga.. Akak doakan semoga Hazwan juga segera sembuh dan score dalam SPM... :)) Gud luck

    ReplyDelete
  3. @Sitisifir10 Oh. yeke. PCM Tu ape? sy smpai skrg still sakit lagi. rasa nak hentak2 kt dinding . hha.. nk try akupuntur pulak :'(

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:30 PM

    sy pun sakit kepala..dr minggu lepas xhilang2.xtau la nape..pening sgt..rs ditarik2..tp,sebelah bahagian je..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!