Bismillah,
Dah 20 minit saya buka dashboard ni, tapi tetiba idea tu terbang jauh2. Kalau saya nak amik, saya kena terbang. Kalau nak terbang, saya kena tido. Kalau saya tido, saya tak menulis.Kalau saya tak menulis, apa motip plak bukak komputer tengah2 malam ni?
Mai lah nak story pasal kenduri adik saya. Kenduri kecil saje pun, ade la kot dalam 500-600 jemputan *tak sure*. Saya memang teramat sangatlah eksaited sebabnya masa tunang dia saya pegi China, masa dia nikah dgn kenduri sebelah perempuan saya baru je beranak. Jadi kali ni, saya ada bersama. Seronoknya saya masa hari kejadian adalah tidak dapat digambarkan.
Punca2 keseronokan saya adalah :
- Adik saya selamat nikah
- Saya dapat adik ipar yang cun, bil makna dua2 menantu mak abah saya adalah cun *ngeh ngeh*
- Semua adik beradik mak dan abah iaitu pak2 dan mak2 sedara saya balik. Part ni adalah paling seronok. Rindunya saya pada mereka semua adalah tidak boleh digambarkan dengan 2-3 patah perkataan. Kalau saya cerita kang dia akan jadi beribu2 patah perkataan. Kalau taip beribu2 patah perkataan kang, saya tido lagi lambat plak
Begitulah tertulisnya jodoh. Lepas ni tunggu Ija punya turn pulak. Abah kata *barangkali berdoa* 5 tahun lg kenduri pulaklah kami. Saya doakan biar cepat lagi. Apo nak tunggu lelame...Hahahaha...
Dalam merasakan kesyukuran ini, saya terima pula berita cucu sedara sulung kami (anak kepada anak saudara sebelah suami) yang dilahirkan lemas barangkali semasa dilahirkan. Ya Allah, sungguh meremang bulu roma membayangkan detik melahirkan itu. Tidak mudah sebenarnya menerima berita kehilangan di saat sepatutnya kehadiran orang baru diraikan. Itu saya yang di posisi 'nenek sedara', apakah pula yang dirasakan oleh ibunya sendiri?
Tiba2 idea mengalir dengan deras tapi tidak mungkinlah saya menaip pada saat di mana sepatutnya saya tidur. Pohon doa kalian kebahagiaan adik saya itu. Juga doakan semoga anak saudara kami diberi ketabahan untuk terima kehilangan itu.
*takdir ALLAH tidak pernah tersilap, apa juga yang terjadi kepada kita, sekalipun kita rasa derita merana, ia tetap yang terbaik yang ALLAH berikan. Semoga iman kita akan selalu terjaga*

ngeeee..Iman telah disalinkan baju masa ni.. kalau tak weols sedundun
Anak segera *tetiba dapat 6 org anak*
Begitulah tertulisnya jodoh. Lepas ni tunggu Ija punya turn pulak. Abah kata *barangkali berdoa* 5 tahun lg kenduri pulaklah kami. Saya doakan biar cepat lagi. Apo nak tunggu lelame...Hahahaha...
Dalam merasakan kesyukuran ini, saya terima pula berita cucu sedara sulung kami (anak kepada anak saudara sebelah suami) yang dilahirkan lemas barangkali semasa dilahirkan. Ya Allah, sungguh meremang bulu roma membayangkan detik melahirkan itu. Tidak mudah sebenarnya menerima berita kehilangan di saat sepatutnya kehadiran orang baru diraikan. Itu saya yang di posisi 'nenek sedara', apakah pula yang dirasakan oleh ibunya sendiri?
Tiba2 idea mengalir dengan deras tapi tidak mungkinlah saya menaip pada saat di mana sepatutnya saya tidur. Pohon doa kalian kebahagiaan adik saya itu. Juga doakan semoga anak saudara kami diberi ketabahan untuk terima kehilangan itu.
*takdir ALLAH tidak pernah tersilap, apa juga yang terjadi kepada kita, sekalipun kita rasa derita merana, ia tetap yang terbaik yang ALLAH berikan. Semoga iman kita akan selalu terjaga*
salam tahniah & selamat penganti baru buat adik pija... shomel la adik ipar pijah nih..
ReplyDeletesalam takziah buat saudara sebelah suami pijah tu.. Allah, sama merasai kesedihannya.. semoga bertabahlah si ibu..
suka prenggan terakhir tu... :)