Bismillah,
Hidup ni tidak selalunya licin saja. Ada masa kita akan diuji oleh ALLAH SWT.
Ayat di atas adalah firman ALLAH SWT dari surah Al-Ankabut : 2 - 3. Sila ke link ini untuk membaca kenapakah kita diuji.
Saya bukan mahu bincangkan kenapa kita diuji. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah, satu [atau barangkali lebih] perkara yang akan membuatkan benda yang tak stress menjadi lebih stress.
Saya dah kajiselidik apekah sumber terbesar yang membuatkan saya stress, anda bagaimana??
*Mari kita sama2 fikirkan apa punca stress kita kemudian kita sama2 rawat punca itu*
Hidup ni tidak selalunya licin saja. Ada masa kita akan diuji oleh ALLAH SWT.
Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata, kami beriman kepada Allah, sedangkan mereka tidak diuji lagi. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka semata-mata untuk mengetahui mereka benar-benar beriman atau mereka berdusta untuk beriman kepada Allah.
Ayat di atas adalah firman ALLAH SWT dari surah Al-Ankabut : 2 - 3. Sila ke link ini untuk membaca kenapakah kita diuji.
Saya bukan mahu bincangkan kenapa kita diuji. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah, satu [atau barangkali lebih] perkara yang akan membuatkan benda yang tak stress menjadi lebih stress.
- Kurang tidur
- Lapar
- Anak menangis
- Selsema
Atau kalian ada perkara lain yang selalunya menyebabkan kalian akan rasa lebih stress lagi? Saya selalunya tidak bermasalah dengan tidur. Seingat saya sepanjang hayat saya, hanya sekali saya cuba untuk berjaga malam dan saya rasa sekalipun saya masih rugi satu malam untuk tidur, tetapi malam tu saya gunakan untuk study *fuhhh... bukan senang Pija nak study uols*.
LAPAR barangkali akan menyebabkan saya stress. Sebabnya, kalau saya tidak makan, anak2 saya especially yang menyusu badan tidak akan tidur lena. Bila yang kecil tak lena, mulalah saya tak boleh buat kerja lain. Satu lagi, bila lapar, tubuh kita akan berasa lemah. Bila tubuh lemah, maka kerja sekali lagi tak jalan. Oleh itu, incik abam, sila maklum kalau tetiba bini ande menghabiskan last kopek punya nasi dalam periuk, ia adalah bertujuan untuk memberikan servis terbaik kepada keluarga. Jadi saya sarankan kepada incik2 suami sekelian, bagilah binik anda makan seawal2 pagi supaya satu hari itu dia akan lebih bersemangat!
ANAK MENANGIS juga satu lagi punca stress. Huahua... selagi keperluan anak yang menangis tak dipenuhi, percayalah.. memang anak yang lain pun automatik akan jadi kucar kacir jugak. Jadi, kalau ada yang minta susu, cepat2 lah bagi sblm dia mintak dengan cara menangis. Ni nasihat untuk diri sendiri ye Pijah...keh keh keh...
SELSEMA juga! Kalau saya sedang selsema, memang saya akan rimas sangat bila buat keje. Tak susah pun nak hilangkannya, cuma 'nyeh' buang aje hingus. Selalunya punca saya selsema adalah habuk dan sejuk. Gatal mengadap habuk telah menyebabkan saya terpaksa menyapu lebih 5 kali sehari. Sejuk pula, caranya adalah tidur dengan selimut dan mengelat dari memandikan anak pagi2 buta.
Saya dah kajiselidik apekah sumber terbesar yang membuatkan saya stress, anda bagaimana??
*Mari kita sama2 fikirkan apa punca stress kita kemudian kita sama2 rawat punca itu*
kalau izan, anak menangis n selsema mmg jadi masalah utama bila stress... lagi satu kalau umah terlalu bersepah! buat kerja apa pun tak jadi.
ReplyDeletetime sakit memang stress sbb rumah macam tongkah pecah & hati sayu sbb dlm sakit semua kerja harus juga dibereskan.. sedangkan badan perlu rehat..
ReplyDeletetp kakyong akhir2 ni perasan, bila dekat2 nak mari peod tu.. stress makin mjadi2.. belum tambah dgn sakit kepala.. tp lepas 1-2 hari dlm tempoh tu, okay lah pulak..