Sunday, December 18, 2011

Panduan miliki anak ramai

Bismillah,


Saya pun tak ingat di mana saya ambil isi2 penting di bawah ni. Tapi dalam catatan asal ada nama Harian Metro dan ada pula nama Noor Jannah. Apa yang menarik perhatian saya adalah kebanyakan dari isi2 ini adalah sangat mengena dengan kehidupan kami sekeluarga (jika boleh dikata anak 6 itu ramai dalam usia saya 31-32 tahun).


Di bawah ini, yang bertulisan bold adalah isi kandungan asal seseorang dan saya sekadar nak ulas dengan cara saya.


Fizikal:
- Didik anak berjimat dan ajak mereka berfikir apa yang boleh dilakukan bersama untuk menambah pendapatan : Kami memang mendidik anak berjimat tetapi buat masa sekarang, tidaklah sehingga menyuruh mereka berfikir apa yang boleh dilakukan untuk menambah pendapatan. Baru2 ni Asmaa' belajar buat keychain dengan benang dan saya bgtau dia boleh jual jika dia mau tapi saya takde lah memaksa. Sekadar membuka minda dia bahawa benda tu boleh menghasilkan duit jika dia mahu.

- Jana pendapatan (termasuk anak) dengan mengusahakan apa saja perniagaan berasaskan kemahiran seperti mengajar mengaji, kelas tambahan atau memasak : Sebenarnya, tak perlu pun buka kelas pada orang lain. Mengajar anak sendiri mengaji, mengajar anak sendiri subjek2 akademik, memasak sendiri sangat2 membantu dalam mengawal perbelanjaan

- Jangan malu dan bersikap pentingkan diri sendiri. Isteri seharusnya lebih faham keperluan keluarga. Jangan biarkan suami sendirian mencari pendapatan. Tekanan boleh mengakibatkan masalah lain : Enough said. Saling faham memahami dan buang sikap mementingkan diri. Bersabar bersama ketika dilanda masalah.

- Ketika makan, amal tabiat biar bertambah, jangan terbuang. Jangan jijik untuk mengutip sisa makanan yang jatuh. Amalkan makan secara bersaprah : Kami kerap juga makan dalam talam.. kurangnya tak ada saprah. Bab tumpah, dah umur masing2 pun masih kecik mesti ada tumpah. Tapi saya akan paksa anak2 saya makan sampai habis. Kadang2 ada juga orang tanya, mcm mana saya buat sampai anak2 saya nak makan dan habis pulak tu. Saya memang tak buat apa2 selain paksa. Tapi considerlah sikit. Agak2 time masak tak sedap tu saya tak bubuhla nasi sampai berladung susah nak habis. Saya akan pastikan diorang makan sampai habis atau diorang takleh bangun dari pinggan. Huhuuu...

- Elakkan berbelanja dipengaruhi orang lain, gaya hidup atau status. Berbelanja untuk keperluan asas : Jadi, pejam mata je lah kalau tengok blogger baru beli gadget ke, baru gi melancong ke, baru pegi shopping ke....huhuhuhu

Emosi:
- Lapang dada dan sentiasa memaafkan. Faktor penting apabila bajet merudum, tetapi hati reda dan sentiasa bertawakal kepada Allah : Insya ALLAH..jgn risau rezeki selalu ada. Kerap dah poket kitorang kering tapi tak pernah lagi satu hari yang anak2 dan kami tak dapat makan. Bila bajet down, jgn panik2... hadap je apa yg ada :)

- Jangan keluh kesah, apatah lagi merungut, banyakkan berdoa.

- Sentiasa kreatif mencipta suasana ceria dan menghiburkan, contoh:
"Hari ini Umi cipta hidangan istimewa untuk anak-anak Umi yang comel dan baik iaitu jemput-jemput bervitamin." Pada hal setiap hari dihidangkan dengan jemput-jemput.

- Tekanan ialah bagaimana kita mengendalikan perasaan dan penilaian kita pada kehidupan seharian.

- Ubah cara bercakap dengan anak dan suami. Kita mungkin kurang wang, tetapi lebih mewah kasih sayang, jadi apa yang kurang?

- Ajar anak menilai dan menerima (muhasabah). Barangkali kita ada melakukan kesilapan, jadi apa yang diberikan oleh Allah adalah wajar.

Mental:
- Banyak membaca al-Quran dan berbincang secara positif misalnya, bagaimana Allah berurusan dengan hamba-Nya dalam soal rezeki.

- Kuatkan pergantungan hati dengan-Nya.

- Banyakkan berdoa (tidak semestinya di atas sejadah), bercakap dan mengadu dengan-Nya. Ini adalah terapi paling berkesan.

- Syukur yang tidak putus.

- Banyakkan sedekah kepada anak-anak dan suami melalui perbuatan dengan memasak sebaik mungkin, membasuh, mengemas rumah tanpa bersungut, bercakap menggunakan bahasa yang manis dan menghiburkan serta saling menghargai, sentuhan menerusi peluk dan belaian dengan lebih kerap.

- Memaafkan kesalahan orang sebagai penghargaan untuk diri sendiri


Saya komen sikit2 je sebab yang selebihnya sukar nak diceritakan. Pendek katanya adalah SABAR. Didik hati menjadi orang yang redha insya ALLAH pasangan kita akan turut bergerak ke arah itu. 



1 comment:

  1. suka perenggan ni..


    "Banyakkan sedekah kepada anak-anak dan suami melalui perbuatan dengan memasak sebaik mungkin, membasuh, mengemas rumah tanpa bersungut, bercakap menggunakan bahasa yang manis dan menghiburkan serta saling menghargai, sentuhan menerusi peluk dan belaian dengan lebih kerap."


    now anak2 pun dah sellau ringan mulut, puji ajer.. ibu masak semua sedap, makan semua habis.. Alhamdulillah, kurang lah membazir.. tumpah tu biasa lah , sikit2.. tp xdak lah sampai nak suruh anak kutip...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!