Friday, December 23, 2011

Kami Boikot Asap Rokok

Bismillah,

Orang yang merokok ni bukannya tak tau rokok tu bahaya buat mereka. Ada sekali saya ke kedai yang mana rak rokok di belakang kaunter, terkejut tengok gambar kerosakan yang bakal dihadapi oleh perokok tapi yang herannya ugutan tu macam takde apa2 kesan pada perokok. Nak kata rabun, tak jugak. Nak kata celik, tak terfikirkah?

Bahaya rokok ni bukan sikit, malah boleh menyebabkan kemandulan plak tu. Kalau nak lebih cerita pasal rokok ni, google je lah. Tak ada sikit pun pekdah yang perokok dapat melainkan kemusnahan belaka. Erk... malas lah dah nak cerita pasal bahaya gila asap rokok ni. Saya cuma nak cerita macam mana kami boikot asap rokok.

Kurangkan ke tempat yang crowded
Bayangkanlah... bukan setakat nak elak asap rokok, tujuan kami elak ke tempat yang macam tu adalah untuk elak pemandangan yang tak elok mcm orang tgh bercintan cintun, elak dari diorang terliur dengan minuman yang berwarna warni dan makanan rapu and so forth. Kadang2 kesian jugak nak bawak anak ke pasar malam ke... ada orang kata, alah takpe kadang2 je.. kadang2 pun suami ai tak kasi...huhuhu

Elak dari bagi orang merokok dukung anak kecil kami
Seteruk itu kah? Memang! Ini adalah sangat susah kalau melibatkan ahli keluarga. Sape la yang tak sayang anak2 saya yang menjadi permata keluarga besar sebelah saya. Saya seorang saja yang dah kawin dikalangan sepupu sepapat saya sebelah mak dan sebelah abah saya. Jadi kalau ada yang merokok mendukung, maka akan keluarlah macam2 helah untuk mengelakkan diri. Konon2 anak kita beratlah, diapers dia penuh lah. And yes...walaupun orang tu bukan sedang merokok.

Ajar anak melarikan diri kalau nampak orang mula merokok
Bukan kata asap rokok, bau ridsect (racun nyamuk) tu pun kitorang elakkan. Memang kadang2 orang yang merokok tu akan terasa hati dan memang keadaan ni pernah jadi pun. Tapi, saya mohon maaf sangat, dengan rokok ni bagi kami, tiada kompromi.

Latih anak sound orang merokok
Disebabkan dah jarang sangat jumpa dengan orang merokok maka dah lama mereka tak melaser. Tapi masa duduk di Parit Buntar dulu, memang selalu jugak diorang sound orang.

Ada pula orang perli, bau asap rokok tak boleh...bau taik itik boleh pulak?? *Owh...malas layan boleh*

Semoga satu hari nanti, ada rezeki kami untuk alih sikit je kawasan itik tu dari rumah...Amin

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!