Wednesday, April 18, 2012

Anak Jatuh Katil

Bismillah,

Tetiba je terkorek email lama. Cerita Januari 2011 nu hah... Tapi bila dibaca balik terasa bahangnya lagi. Alkisah, ada seseorang yang menceritakan tentang anaknya yang jatuh dari katil ~ saya pastekan di bawah ni lah senang.


Salam to all,

just nak share n tanya pendapat sahabat SIM ttg kejadian pelik yang menimpa anak sy yang baru berusia 1 tahun 2 bulan. Malam tadi sy tido dgn anak dalam kul 10.30 mlm. husband sy keje mlm n normally balik dlm kul 12. kebetulan semalam, sy rase agak sunyi, sy pun buka la surah2 yang ade dan dengar sampai tertido.

disebabkan ank sy ni agak lasak mase tido, sy pun kepung la tmpt yg sepatutnya hubby tido dgn bantal, takut ank jatuh. tgh syok tido tiba2 sy terjaga sbb dengar ade sesuatu yg jatuh. mase tu dlm kul 11.30. bukak mata tgk2 anak takde kat sebelah sy. pucat sy dibuatnya. sy tengok keliling, takde pulak nampak kelibat budak berjalan. sy g ujung katil n tgk bwh tu, nampak ank sy tgh terbaring..mmg mengucap panjang..sy ingat dia pengsan ke, luka ke..sy angkat dia, tgk tak de pape. siap bole tido dgn nyenyak sgt smpai sy angkat pon tak sedar..surah yang dibuka td masih lagi kedengaran.

yang saya musykil..kemungkinan besar ank sy jatuh katil tp pelik nya..kenapa dia tak menangis?tak sakit ke jatuh atas lantai? untuk makluman, lantai bilik sy berjubin dan takde carpet. atau dia menangis tapi sy yang tak dengar smpai dia tertido balik kat lantai. (katil tu agak tinggi dan dia tak boleh panjat balik). tapi mustahil sy tak dengar. budak kalau sakit mesti tangisan dia kuat kan? atau ade makhluk yang cuba berdamping dgn ank sy? ade sesiapa yang arif atau mungkin bole bagi pendapat ttg perkara yang sy alami ni. sy risaukan keselamatan anak sy..


Sebagai orang yang pernah mengalami kejadian yang sama, maka saya dengan sukarelanya berkongsi pengalaman saya :

Assalamualaikum,
Kejadian yg sama pernah kena pada anak sulung saya. Tp yg m'jaga adlh suami saya.. Sy balik kerja je dia cpt2 srh makan dulu.. Habis je makan dia bgtau Asmaa' ada di bawah tp dia xsedar mcm mana Asmaa' boleh ada di bawah.. Nasib baik dah makan,kalau tak mmg tak lalulah jawabnya
Apa yg kami buat, saya bg minum air atau susu dan perhatikan adakah dia muntah. Keesokannya saya bawa dia ke klinik utk cek kot2 ada bleeding dlm hidung atau telinga yg kita tak nampak. Selbhnya perhatikan juga kesan2 lebam atau bengkak yg b'kaitan.
Alhamdulillah dulu2 Asmaa' tak ada sebarang kecederaan tp kena waspada juga kerana anak jatuh ni kadangkala ia ada kesan jangka panjang. Sehingga kini, kami dah tak ada katil apatah lagi perabit yg boleh dipanjat oleh anak2..

Sehingga tiba-tiba ada orang yang berkata begini :

agk terperranjat gak baca info dari sitisifir .suaminya tak terus g tau pasal anak, sebaliknya sruh bini makn dulu baru cerita.betul ke mental suami si sitisifir ni?

sepatutnya terus g tau pasal anak, dn settle pasal anak baru la pikir pasal makan.
"few seconds can make a diffrent .either alive or death"

Sentap mak taww... Saya pun apa lagik, buat serang balas la..

Assalamualaikum,
Mmm..kalau tya pasal mental suami saya ni maka wajiblah saya jawab ye.. :)
Suami saya alhamdulillah tidaklah m'punyai masalah mental dan dia dah lakukan tindakan yg wajar pd anak saya slps dia jatuh. Sbb itu dia xsempat call saya sms saya di tpt kerja. Dia taknak menunggu saya balik baru nk buat sesuatu pada anak..tempat keje saya masa tu adlh jauh..
Bila semuanya ok dan kebetulan sy pun blk dr kerja..dia suruh saya makan dulu sbb dia bimbang saya tak lalu nk makan.. 
Mmg ada parents yg mental tp alhamdulillah suami saya tak begitu dan anak2 sll rasa selamat b'samanya.. Harap maklum..
*oh alangkah indahnya jika 'mental' itu tidak keluar.. Ia kelihatan spt merendah2kan seseorg sdg kita juga tidak mahu dikata begitu.. Peace!!

Nasib jugalah ada yang backing. Antaranya :

Bagus cara suami sitisifir tu,kalau tak tentu sitisifir lagi tak daya nak fikir dan bertindak,apatah lagi penat-penat balik kerja. Cumanya kalau ada anak kecil tu berhati-hatilah dengan peralatan rumah yang agak merbahaya.

Saya share itu, bukan saja-saja pun. Saya memahami betapa kecutnya perut seorang mak bila anak jatuh katil begitu. Seriknya tu sehingga sampai sekarang pun tak berkatil. Saya tidak berani kata malaikat jaga atau apa saja alasan berkaitan. Memang sudah takdir ALLAH Asmaa' tidak apa-apa. Sebagai ibu, kita harus mengambil langkah selamat seperti yang telah saya nyatakan.

Untuk apa dicari kenapa anak itu selamat. Yang penting anak itu selamat! Jika pun malaikat menjaga, ia adalah takdir dari ALLAH SWT. Maka bersyukurlah ALLAH atur sedemikian rupa. Terkenang saya rupa bilik semasa suami saya beritahu Asmaa' jatuh katil. Memang lantai dipenuhi dengan bantal-bantal dan tilam dimerata tempat. Itu juga aturan ALLAH.

Saya pernah juga menulis tetang garis panduan berkenaan kecederaan di kepala ditulis di link ini. Untuk bacaan yang lebih ilmiah tentang keadaan anak jika terjatuh katil, boleh baca link ini ya!


3 comments:

  1. my nuha dulu pernah jugak jatuh katil ms dia baby mujur tak der apa2. tp tilam jer ms tu. skang dah beli katil, letak dia kat hujung kitorang dan buat benteng. hrp2 x jatuh laa kan :)

    ReplyDelete
  2. Siti,
    Saya pun ada pengalaman yang sama..Alhamdulillah, Allah melindungi anak2 kita..cuma saya pun tidur atas tilam je sehingga sekarang untuk keselamatan anak2 sebab ia amanah kepada kita...
    berkenaan suami siti tu, ia adalah tindakan yang bijak dan ia memang diharuskan dan sebagai isteri juga kita harus berbuat benda yang sama... seperti kisah seorang isteri bijak di zaman Nabi Muhammad s.a.w kalau tak silap saya..
    "anak mereka meninggal dunia dan ketika suaminya pulang setelah berbulan-bulan tidak balik...si isteri melayan makan minum dan segala keperluan suaminya dahulu...kemudian kata isterinya secara berkias 'abang, jika kita pinjam sesuatu dari tuannya, kita perlu pulangkan atau tidak?' suaminya berkata 'ya' dan barulah isterinya menceritakan kepada suami bahawa anak mereka yang dipinjamkan telah pulang kepada yang Empunya"..
    maaf jika ada kesilapan...dan terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  3. haha teringat dulu2 syafi selalu jatuh katil

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!