Bismillah,
Saya menulis entry ini di hari Ahad :) Hari di mana jantung saya bagaikan berhenti. Petang tadi, seperti biasa suami saya akan berehat seketika (tidur) antara 3-5 petang sebelum mula mengerjakan itik-itiknya semula. Usamah akan ke tuisyen 3.30-4.30 petang dan selepas ambil Usamah, kena ambil kakaknya pula yang ada kelas KAFA. Selalunya bila suami berehat, saya akan menghantar dan mengambil anak-anak.
Kebetulan 4.15 petang seorang sahabat suami datang untuk bertanya khabar. Dia pulang bila jam hampir 4.30 petang. Jadi, saya minta suami ambilkan anak-anak. Semasa hendak keluar, dia minta ambilkan kopiahnya. Ntah kenapa saya rasa semacam masa dia minta kopiah tu tapi tak tau apa yang tak sedap sangat di hati ni sedangkan selalunya dia pasti ke masjid. Sambil menunggu Asar, saya pun berbaring sekejap sambil menyusukan Iman dan macam biasa terlena.
Selepas tersedar, saya terus teringat Asmaa'. Saya dengar suara Usamah tetapi tak dengar suara Asmaa'. Terus rasa jantung berhenti. Bila saya kecoh mencari Asmaa', barulah ternampak suami saya terkocoh-kacah berlari ke kereta semula. Masa tu, tak boleh diceritakan betapa seramnya rasa sebab jam pun dah hampir 5.30 petang.
Saya terus berdiri depan pintu. Uwaiys menegur, "Umi, kenapa muka umi macam muka orang kesian?". Anak-anak yang lain ketawa-ketawa kakak mereka tertinggal dan saya marah. Saya betul-betul bimbang masa tu.Tak pernah lagi rasanya risaukan mereka ketahap itu. Kalau boleh, saya tak mahu dengar apa saja bunyi.
Masa berlalu, serasa lambat sekali suami saya tiba sedangkan tadi dia memecut sehingga terpancut pasir kerana lonjakan tayar kereta. Saya pun mengambil wudhu dan kemudian menelefon suami dan makcik voicemail yang angkat. Makin bertambah saspen dibuatnya. Rasa bersalah sangat merebahkan diri jam itu tadi.
Tak lama selepas tu, suami menelefon semula dan bila saya tanya Asmaa' macam mana, katanya ada dan alhamdulillah ada latihan nasyid di sekolahnya. ALLAH... saya terus menuju sejadah dan bersyukur dengan rahmat kasih sayang ALLAH yang telah memelihara Asmaa' bila dia jauh di mata saya. Betapa ALLAH memberi peluang supaya saya dapat memperbaiki lagi kesilapan saya.
Seeloknya Asmaa' sampai, saya tengok Asmaa' atas ke bawah. No words can describe. Saya soal apa kakak buat semasa menunggu dan dia pun mula bercerita. Alhamdulillah, ada baiknya juga bersekolah di sekolah perempuan semua. Selamat untuk Asmaa'.
Saya sangat percaya naluri yang ALLAH berikan. Silapnya, semasa saya rasa tidak sedap tadi, saya tidak berfikir apa yang tidak saya sedapkan. Sepatutnya saya terfikir, kalau abah mereka nak ke masjid, dimana pula Asmaa' hendak menunggu. Kesian incik suami terkejut-kejut rehatnya hari ini dengan kejutan tadi. Ampun yepp kandeku yang cantik!

akak pun penah skali tertdo, sedar dah lewat nak amik ami balik tuisyen. merempit le jugak dgn jantung berdebar2. nasib baik ada sowang hamba allah sanggup temankan ami sampai akak dtg. perghhhh, takut sgt rasanya
ReplyDeletemesti debar gila2 masa tunggu tu kan kak...otak mula nak fikir bukan2 tapi cuba sedapkan hati nak fikir benda elok2 je. tp memang selalu instinct mak2 ni tepat...alhamdulilla Allah pelihara Asmaa'
ReplyDeleteboleh bayangkan perasaan pija masa tu...baca entry ni pon dah berdebar2..syukur sgt Asmaa' baik2 jer...alhamdulillah...
ReplyDeletealhamdulillah selamat pulang
ReplyDeleteakak pon kadang2 van lewat hantar anak balik pon dah berdebau..