Pati Ikan Bilis dan Pati Ayam sendiri bikin
Semalam sos tiram, pagi tadi nestum. Sekarang saya nak cadangkan supaya kita tukar dari guna pati ikan bilis kepada..... AIR REBUSAN IKAN. Hehe..
Jangan lupa kalau ada nak rebus ikan, simpan airnya dalam peti beku sekali. Lagi bagus kalau masa rebus ikan letak asam jawa sekali. Hari ni saya dapat sebekas air rebusan ikan ni dalam peti hehe..
Selain pati ikan bilis, ada juga kadangkala kita perlukan pati ayam. Jika kalian buat sup ayam, ayam dah habis tinggal kuahnye aje, maka kuah itulah yang disimpan beku dan jadikannya pati ayam nanti.
Atau boleh sahaja jika ada rebus ayam dan simpan air rebusannya. Tapi saya prefer simpan air dari kuah sup ayam, sebab rasanya lebih mables. Kadangkala, kuah sup itik pun saya simpan.
Okeh, itu sahaja perkongsian saya di tengah hari ini. Hajat dihati nak qailullah tetapi kaki lembu mesti dikerjakan di dapur huhu,semoga lepas zohor nanti dapat melenakan diri sebentar. Niatkan qailullah, insya Allah ada bahagiannya mengikut sunnah Nabi tercinta.
Suka cadangan akak. Nanti nak buat.. kena kurangkan makan diluar
ReplyDeleteSihatsihataje.blogspot.com